Tuesday, February 5, 2013

Pavlova For My Loves

Assalamualaikum...
Rasa macam dah lama tak makan pavlova.Hari tu tengok program Walimatul Urus Perkahwinan Apek (Che Mohd Khairul Fahmi ngan Leuny)ada la sebut pasal wifey dia wat pavlova...tetiba tekak tingin lak nk pavlova.Tambah lak time meronda jumpa buah-buahan tempatan import yang segar terus rembat...kali ni spesel sket sebab dapat buah bluebery hehehe.Apa la suma bahan dah ada terus ON projek.Wat pavlova ni senang tapi kena sabar sebab dibakar dengan suhu yang rendah jerr.Selalu wat kek kena bako dalam range 150-170'C kan tapi Pavlova ni dalam range 100-110'C jer selama sejam.Kalau tak masak lagi kena tambah masa lagi.Sambil tu kenalah tunggu depan oven ya untuk saat2 akhir tu, kalau rentung sapa yang nanges haha.
kali ni saya guna Fresh cream lagi sedap compare guna yang ready spray tuh
gamdingan bluebery, stobery dan kiwi.Kiwi tuh dah ranum sket..lembek la pulak..
RESEPI PAVLOVA

Bahan-Bahan: 

  • 4 biji putih telur gred A (pada suhu bilik)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sb jus lemon (lagi sedap gn lemon)
  • 1 sk esen vanila
  • 2 sb tepung jagung

Cara-Cara: 

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 20min.Tapi time nak bako turukan ke suhu 120 dajah celcius (depend pada suhu oven masing2)
  2. Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tar-tar dan jus lemon dan esen vanila.Mix lagi.
  3. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kental/bertanduk (jika diterbalikkan mangkuk adunan tidak tumpah)guna speed maximum
  4. Bila adunan kental,masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit kaedah kaup balik (kacau sehala)
  5. Sediakan dulang pembakar, lapik dengan baking paper.Masukkan adunan tadi.(linapg main hentam wat bulat.Ketebalan tu agak2 sendiri la ye.
  6. Masukkan ke dalam oven (letak kat rak tengah).Bako selama 1 jam 15min.Linapg bako dgn suhu 120 degree celcius untuk stgh jam pertama, selebihnya gn suhu 110 darjah celcius jer hingga golden brown.Cuak gak la..jap2 jengok takut rentung hihihi..Tapi jgn lak ngengada pi buka pntu oven.Tak pasal2 penyek jadi telur dadar
  7. Dah siap masak.nampak garing kat luar dan bla ditekan2 lembut kat tengah

Cream (Topping)
Bahan-Bahan:

  • 1 cawan whipped cream (non diary)rasa dulu kalau manis,xyah tambah gula
  • Buah-buahan segar (buah masam2 taw stoberi, blueberi)

Cara-Cara:

  1. Pukul cream dan gula hingga kental (bertanduk)
  2. Sapu cream (nak cantik,wat piping)ke atas pavlova dan hias dengan buah2an segar
  3. Simpan dalam esbok 1-2 jam.Agak2 buah n cream dan sejuk bolehlah ngap.

12 comments:

Qashmere said... Balas

Suka makan pavlova tapi sikit je sebab manis sangat. Saya pon baru lepas buat last week

Amie said... Balas

Nyum nyummmm... ambik buah strawberrynya nak bawa lari ye Lina....

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

akak tengah berkira2 juga nak buat pavlova... entah bila nak jadi.. aritu beli strawberry tp cari kiwi plak takde.. strawberrynya pun dah licin kena bedal ngan en. husband tak sempat nak diapa2kan pun.. hihi.. kalau buat ni kena pastikan ada ramai org yg boleh mkn.. hihi.. kalau tak nnt sendiri yg kena habiskan..

faa.rosli said... Balas

dah lama xbuat pavlova..

Asyifa Mustaffa said... Balas

Lama dah x mkn ni kak....meh le seketul tu...:-)

Cheq Sue said... Balas

pernah buat sekali, tapi lastnya dia penyek macam biskut meri, sekarang ni macam dok rasa nak cuba, tunggu masa je... :)

lina_pg said... Balas

@Qashmere
Kali ni saya kurangkan gula gn 1/2 cawan jerr..kira ok lah tahap kemanisan tu tambh lak mkn ngan stoberi yg tak bape manis tuh hihi

lina_pg said... Balas

@Amie
stoberi jer kak amie...ameklerr budak2 tak bape suka masam kata depa

lina_pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
Adeh,kalau ahli majlis tak makan, mood nak mem'pavlova' pun terbantut kan?kalau wat jap jer licin..tukang masak pun sonot

lina_pg said... Balas

@faa.rosli
Apa lagi jom pavlova hahaha

lina_pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
yang ni suma dah arwah hihi

lina_pg said... Balas

@Cheq Sue
Tu la kan cheqsue..walaupun nmapak simple jer cara nak buat..kadang2 sket kesilapan..ranap suma..penyek pun kalau still bleh makan..xpe kan cheqsue

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...