Friday, March 22, 2013

Ayam Masak Kicap & Cendawan

Assalamualaikum...
Kat rumah ni, kalau hari2 makan ayam pun xpe..kompom licin punya..Tak taulah tekak anak2 ni suka sangat ngan ayam..sampai mama ngan abah naik jemu jugak.Kang masak ikut tekak kite tak makan lak deme ni huhu.Layan ajelah tekak depa...Kadang2 naik pening gak nk masak ngan ayam ni...kalau malas sangat wat ayam goreng berempah ataupun ayam goreng bodow ajer..Itupun anaka2 kata sedap...dah watak utamanya ayam..tentulah sedap kat tekak anak2..
Hari ni..dah ketandusan idea...bahan utama ialah ayam..kemarin dah buat kari ayam, adeh pening kepala cari idea.Buka peti ais ternampak cendawan butang (dalam tin)yg belum digunakan lagi.Hmm tentu korang pelikkan cendawan dalam tin simpan dalam esbok.Tak guna lagi lak tu..Kisahnya dak maisarah ni suka sangat tanggalkan kertas pembalut kat tin tu, segala macam pembalut abes ditanggalkannya.Sardin, susu cair dan cendawan butang ni.Susu cair berbeza sket sebab bila goncang cuma dengar air jer.Lagipun tin lebih rendah.So tak la tertukar bila nk buat kek.Pastu bila nk nk masak sardin, jadi pening kepala..dah la tin sama tinggi..goncang ada bunyi air dan menda lain kat dalam..maknanya ada isilah..dengan konpiden terus buka tin..alahai cendawan la pulak...seb baik buka sket jer..Terus simpan dalam esbok..Buka tin kedua baru betul sardin.Bertuah sungguh dak Maisarah ni...Kes nak perabihkan cendawan ni la..terhasilnya Ayam Kicap dan cendawan ni...sedap gak bula digandingkan bersama....Panjang tul citer ari ni hehehe
suka kuah pekat camni...

RESEPI AYAM MASAK KICAP DAN CENDAWAN
By : Lina pg

Bahan-Bahan :

  • 12 ketul ayam ( setengah ekor ayam sy potong kecik2)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih ( kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 1 labu bawang besar (hiris nipis)
  • 1 tin cendawan butang (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 4 sudu makan cili boh
  • 2-3 sudu makan kicap pekat ( sy guna mahsuri lemak manis)
  • Kicap manis secukupnya ( agak2 la )
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-3 keping asam keping
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Minyak
  • Air secukupnya ( untuk kuah )
  • Garam & serbuk perasa

Cara-Cara :

  1. Panaskan minyak kulit kayu manis dan bunga lawang.Masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing
  2. Masukkan cili boh, tumis lagi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ayam,gaul dengan bahan tumisan hingga mesra.Kacau sekali sekala hingga ayam separuh masak.
  4. Masukkan kicap ( kicap pekat dan kicap manis) dan sos tiram. Kacau sebentar. 
  5. Masukkan sedikit air, sama paras ngan ayam..masukkan asam keping..renehkan sebentar..(supaya kicap meresap ke dalam ayam)
  6. Tambahkan air jika ingin lebih berkuah. Tambahkan garam & serbuk perasa jika perlu.
  7. Masukkan cendawan, hirisan bawang besar dan tomato.Tunggu hingga ayam empuk

7 comments:

JaSSNaNi said... Balas

hehe... dia tanggalkan kertas pembalut tu buat apa ek? mmg satu hal nak mencari balik tin apa.. kalau susu pekat ye la.. berat dan tak bergoncang.. :) eheheh sardin ngan yg lain2 tu camne...
nyam nyam.. sedap ayam cendawan ni..

EmbunRosaliza said... Balas

Rajin dak maisarah nulun mamadia, habisdi bogelkan segala tin2 heheh,kelakar pulak,mmg betul, mesti konpius punya.

Sedap pulak tgk ayam kicam cendawan mcmni, anak2 kat umah sukajuga cendawan, tapi sup cendawan je lah hehe

lina_pg said... Balas

@JaSSNaNi
Budak tadak keje camtulah Nani..suka sangat ngemas dapur huhu..naik penat mama dia nk kemas balik..

lina_pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Memang naik pening kak rosa kalau suma dah bogel gitu...aduss...
malas sebenarnya nk wat sup cendawan tu yg jadi lauk hihi

Acik Erna said... Balas

assalam lina..betul tu anak2 nak ayam je..kalau acik dah rasa tak sanggup nak makan ayam

zila norazila said... Balas

sama jgk ank zila n suami nie..klu boleh nk ayam tiap2 hari..zila pun cam dh x tau nk masak apa...
tp ayam masak kicap fav zila..

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. hihi.. lucu je dgr ada tukang buang semua kertas pembalut tin tu..
tun ni jenis yg blh mkn ayam tiap2 hari.. hihi

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...