Wednesday, March 6, 2013

Ikan Dori Goreng Kicap Pedas

Assalamualaikum...
Ini sessi menghabiskan belen ikan dori.Beli 2 paket ada 6ketoi dalam tu.4 keroi dah wat Fish n Chips.So belen wat masak kicap lak..jadi lauk la ikan dori ni...Resepi main campak2 ajer sesedap rasa dan guna apa yang ada dalam esbok.Hasilnya memang sedap...
Namanya lauk ekspress, stock clearance...ha gitew
RESEPI IKAN DORI GORENG KICAP PEDAS
By : lina pg

Bahan-Bahan:
  • 2 keping ikan dori (nyah beku dulu)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 cm halia(tumbuk)
  • 2-3 sb cili giling
  • sedikit jus lemon
  • 1 sb madu
  • 2 sb kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 1 batang karot (potong bentuk batang mancis)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • Daun limau purut (buang bhgn tengah dan carik2)
  • Garam kunyit
  • Tepung jagung secukupnya
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Ikan dori dibersihkan dan lap dengan kitchen towel.Potong kecil2 anggaran 3cm panjang.
  2. Perasakan dengan garam kunyit.Salut potongan ikan (satu per satu) dengan tepung jagung.Pastikan semua tersalut dengan tepung.
  3. Goreng secara deep fry hingga garing.Angkat dan toskan.Ketepikan
  4. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  5. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  6. Masukkan kicap, jus lemon, madu, karot, cili merah dan daun limau purut.Kacau sebati.
  7. Masukkan ikan dori yang sudah digoreng.Kacau sebati.Sesuaikan rasa.Jika perlu tambah sos tiram
Note:
Resepi ni jenis kering, kalau suka berkuah, bolehlah tambah sedikit air

10 comments:

My Little Diary said... Balas

ikan dori...??
ikan duri ker tu...heheheh

Nooriah Abdullah said... Balas

mudah dan senang kan ikan dori ni sbb dah takde tulang lagi ngap ja haha

lina_pg said... Balas

@My Little Diary
Ikan Dori atau Dory Fish..bukan ikan duri hehe

lina_pg said... Balas

@Nooriah Abdullah
Betul tu kak Noor..anak2 pun suka makan sbb ikan ni tadak tulang

sabar dubai said... Balas

Stok ikn dori bykkk ade leh try resepi ni yerr kak

Sue @ Nenie said... Balas

Assalamualaikum...Bila dengar nama ikan dori mesti ingat cerita finding nemo pasal ikan kaler biru yang nama dori tu....

lina_pg said... Balas

@sabar dubai
Kalau dok ober C,memang bayk la..ikan ni

lina_pg said... Balas

@Sue @ Nenie
wslm..haha finding Nemo lak peginya..

EmbunRosaliza said... Balas

Hurmmm akk sellau ikan dori buat fish n chip je hehe, kali ini boleh buat kicap pedas pulak. Anak2 suka sbb tak ada tulang kan

miss ie said... Balas

semua bahan ada boleh la try. nyum nyum :)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...