Wednesday, April 24, 2013

Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum...
Ikan Siakap Tiga Rasa versi campak2 stock clearance jer ni.Menu dinner mggu lepas lagi.Memandangkan hanya ikan n sedikit sayur jer yang ada, saya campakkan juga sayur bunga kobis n karot tu.Jadi 2 in 1 lauk dan sayur.Senang kije xyah masak sayur dah hihi (memang dasar pemalas org kurang rajin camni la)
Bila anak2 mula duduk di meja makan, terus depa tanya ikan 3 rasa ke ni mama?A..ah..3 rasa.Dah masuk mulut, respon si sulung....satu rasa jer mama...hah!satu rasa...terkejut beruk mama dia.Rasa apa abang long? Hehehe...rasa sedap...wat lawak rupanya...Ye lah...takpayah la kata rasa masam,manis dan pedas tu.Bila gabung jadilah satu rasa yg sedap.Cakap rasa sedap cukuplah...Amboi panjang lak hujah dia...
karang ada yg kata kuah sket jerr...ada lagi setengah kuali ya...akan dituang bila nk makan.Untuk pose kena bagi nmpk ikan...kang ikan tenggelam dalam kuah...nampak timbunan sayur jer...Gituler adanya..

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA
By : Lina pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (anggaran 800g)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 3 sb cili giling
  • 2 sb sos tiram
  • 2-3 sb sos tomato
  • 2 sb sos ikan (nampla)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili hijau (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • Sedikit bunga kobis
  • sedikit karot
  • Sedikit tepung jagung
  • Garam Kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ikan dicuci bersih dan dilap dengan kitchen towel.Perasakan dengan garam kunyit.Taburkan sedikit tepung jagung.Goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Satukan semua sos (sos tomato, sos ikan, sos tiram).Masuk 1-2 sb air.Gaul sebati, ketepikan
  3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan campuran sos.Gaul sebati.Tambah air (jika ingin lebih berkuah)
  5. Masukkan hirisan bawang besar, sayuran dan cili.Kacau sebentar hingga bawang sedikit layu.Sesuaikan rasa (Kuah jangan terlalu masin sebab ikan sudah ada garam kunyit).
  6. Tutup api.Tuang kuah ke atas ikan yg sudah digoreng tadi.

6 comments:

JaSSNaNi said... Balas

sedapnya ikan siakapa wat masak camni.. mmg layan anak2 saya juga... bukan main suka kalau buat masak adik beradik sambal ni diorang..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

sedap sedap sedappp...
mujur bukan gambar closed up.. kalau tak.. lagilah tak tahan tgk nnt.. hehe..

tun_telani said... Balas

Salam kak.. terliur betul nengok siakap nih.. tun mmg kalau siakap plg suka wat 3 rasa.. campak2 je apa yg ada, biasa pon masukkn segala sayur mayur jugak sbb malas nk masak 2-3 lauk. hihi

Mamasya said... Balas

Aslmkum Lina
kalau ikan 3....betul mcm abg komen ...1 rasa.. mmg sedappp.
suka tengok kek velvet lapis haw flakes Lina kat bawah itu...cantik warnanya....lapisannya pun nampak elok cantik.
re; betul tu Lina...mmg senang dpt makanan halal kat sana.

norzila said... Balas

wah kak lina..lama xmakan ni..sedap menjilat jari

EmbunRosaliza said... Balas

Ikan siakap masak mcm mana pun pasti sedap,isinya lembut je, ikan paling laku kat rumah ni, kalo msk mcm ni,mama pun tak sempat nak cubit. Kalo kukus anak2 kureng sikit kan

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...