Tuesday, April 23, 2013

Resepi Kek Velvet Kukus Lapis Haw Flakes/Asam Manis

Assalamualaikum...
Rasa cam seminggu lebih tak buat kek untuk makan2.Asyik buat untuk tempahan jer.Kebetulan kemarin memang free tadak order, terus jer buat projek baking yang tertangguh ni.Asam Manis atau Hawflakes memang dah beli 2 minggu dah kot.Cuma dok tunggu masa nk buat jer.Tu pun tengok 2 bungkus dah lesap haha..Angkara siapakah itu.
Kalau kat Klate Asam Manis ni dipanggil Gambir ( Gam bear) agaknya sebab fizikalnya sama dengan gambir yang dimakan bersama sirih tu kot (memandai jer kan)
Okey lah berbalik pada tajuk n3 hari ni, Kek Velvet Kukus Lapis HawFlakes ni memang cukup femes kat dapur para blogger.Rasanya 2-3tahun lepas kot.Cuma dapur TMK jer yang tak tebuat.Bukan apa sebab dah set dalam paler, mesti susah tu nk susun asam manis.Pastu nak kukus selapis-selapis.Bab tu yang malasss rasanya.
Hari tu (lama dah la ni sampai ta ingat tarikh) kak rosaliza ada wat balik kampung kek ni..Saya pun try la makan, dapat 2 ketoi jer kot (small piece) hmmm...sedap gak kek ni.Terus semangat nk buat.Barulah saya study resepi kek ni.Rupanya senang sangat  nk buat...Tu la kan..tak cuba mana nak taw...
Cam biasalah resepi ni kepunyaan kak Fida(myR) sifu masak2...
 Time makan tu bila tergigit haw flakes..rasa masam manis tu yg buat kek ni sedap..Tapi si sulung jer makan.Nisa ngan Maisarah tak makan pulak..Adoi pening tul ngan tekak budak2 kat umah ni..

RESEPI KEK VELVET KUKUS LAPIS HAWFLAKES/ASAM MANIS
Sumber : Lina pg

Bahan-bahan
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (lina pg gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
  1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.Loyang disapu minyak/butter dan dialas dengan baking paper.Ketepeikan.
  2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut kaler pilihan.
  5. Tuangkan adunan yang telah diwarnak ke dalam loyang.Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya
  6. Kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterus
  7. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.(Untuk lapisan terakhir lina pg kukus selama 40min)
  8. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
 Pas kuar loyang...aik 3 lapis jerr...cuak tul...Ingatkan lapisan dah bercampur...
Bila potong...elok jer lapisannya tu...Alhamdulillah...suka-suka

17 comments:

norzila said... Balas

cantiknye kak lina..suka plak zila tgk warna warni..selalu beli hijau kuning je..sama la kita kak zila tak terbuat makan je suka..

tun_telani said... Balas

Salam kak lina ^^ tun tgh queue kek niii nk buat utk bw blk ke kg lg 2minggu :) cantik je lapisan akak buat nih.

mama sara nur said... Balas

assalam lina
cantik kalernya tu
sedap kek ni masam2 manis ,sukerrr sgt akak

LiNa_Pg said... Balas

@norzila
akak pun suka tengok kek ni..bila makan tergigit asam manis tu yg sedap hihi..kalerpul ala-ala trepit lite gitu

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm tun, kak lina pun lama beno Q kek ni.Makan 2-3 taun gak hihi..rupanya senang jer nk wat...Buat la Tun.Rasanya insyaAllah sedap

LiNa_Pg said... Balas

@mama sara nur
wslm nuri, sedap...rasa masam manis

Bbwana adienia said... Balas

kek velvet hawflakes ni memang sedap..terasa masam manis keknya..

hana said... Balas

na.... nak sket kek tuh! dah terliur nih.. berangan nak buat tp tak buat2 gak! ngeee

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
memang sedap bila tergigit haw flakes tu..terasa kelainannya

LiNa_Pg said... Balas

@hana
Ada siket kerajinan ni Hana, tu yg godek wat kek ni

zila norazila said... Balas

Lina canyik colornye..klu mnjadi mmg happy kn..zila dh kecur tgk nie..assm gambir byk lg stok kt umh nie..tggu rajin jew dtg..

EmbunRosaliza said... Balas

Cantik kombinasi kaler kek, nampak lagi sedap, akk pun ada kek ni tapi belum n3 lagi. hari ni baru rasa mcm rajin sikit

Zuriati Yunos said... Balas

Dah try buat. Mmg sedap. Saya nak tanya...boleh x gantikan tepung tu ngan biskut marrie atau biskut tawar yg dikisar? Tq

Zuriati Yunos said... Balas

Dah try buat. Mmg sedap. Saya nak tanya...boleh x gantikan tepung tu ngan biskut marrie atau biskut tawar yg dikisar? Tq

Rahsia Hati said... Balas

dah try...menjadi..mmg sedap..kgkwn pun ckp sedap n mtk wat lg..tq kak share resepi..

LiNa_Pg said... Balas

@Zuriati Yunos
sy tak sure, rasanya kalau guna biskut better wat kek lapis sarawak

LiNa_Pg said... Balas

@Rahsia Hati
Alhamdulillah

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...