Thursday, April 25, 2013

Singgang Ikan Tongkol - MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

Assalamualaikum...
Entry kali ini dibuat khas untuk Malayisa Food Festival yang sudah nak sampai ke penghujunh.Saja nak memeriahkan suasana.Lagipun menu ni sangat senang dan sangat digemari oleh suami saya.Sebut saja org Klate mesti suka ngan lauk singgang ni.Singgang Ikan Tongkol atau singge ikan aya ni memang sangat popular di Kelantan.Lauk singgang selalunya dimakan dengan ulam-ulaman dan dicicah dengah budu.Jujurnya kalau masakan sebegini, saya lebih suka kalau yang dimasak oleh orang tua.Sama ada bonda saya ataupun M.I.L.Air tangan bonda mestilah yang terbaik..
slurpppp hirup kuah sampai licin..Nak pedas..bleh patah-patahkan cili padi tu

RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL
By: Linapg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol/aya (size sederhana)
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 cm lengkuas (hiris)
  • 1 cm kunyit hidup (hiris)
  • 3 keping asam gelugor
  • Budu (lina pg guna 2 penutup budu)
  • Cili merah, cili hijau,cili padi dan bendi
  • Garam dan perasa/gula
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ikan dicuci bersih dan dipotong.
  2. Satukan ikan, bawang, lengkuas, kunyit, asam keping, budu, garam dan perasa ke dalam periuk.
  3. Masukkan 1 cawan air.Tutup periuk dan masak dengan api yang kecil.
  4. Apabila ikan kelihatan agak masak, tambah air paras kuah yang diinginkan.Masukkan juga cili merah, hijau, dan juga bendi.Renihkan sekejap hingga bendi sedikit lembut.Sesuaikan rasa.Tutup api
Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

22 comments:

Gee® said... Balas

Aduh! lapar la pulak tgk lauk singgang... tumpang semangkuk boleh... hehehe

LiNa_Pg said... Balas

@Gee®
Pepagi buta tayang ikan singge pulak ya hehe..meh la bawa ulam2 sekali

Sheila Shafeareen said... Balas

Salam kak hrp sihat..sdp tu manu lauk ikan singgang ni nak pulak ada ulam2 dan budu laju je mkn...

LiNa_Pg said... Balas

@Sheila Shafeareen
wslm, lauk kampung camni memang sedap la kalau layan ngan ulam dan budu

JaSSNaNi said... Balas

saya ada ikan tongkol ni.. boleh try masak ni.. tapi kena singgah kedai beli serai... harap2 menjadi menu ni.. nampak sedap bila sesambil makan tu kita pecahkan cili api lak..

norzila said... Balas

yeah lauk singgang kegemaranku...hirup kuah dia syok ni..slurpppp

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
Senang jer kan Nani..bahan pun sket jer.Saya tak guna serai.Maybe ada setengah2 org suka letak serai..lebih beraroma kot

LiNa_Pg said... Balas

@norzila
Kalau ore klate mesti suka ngan singge ni hihi

Hafizah Mohamad said... Balas

Salam kak...fiza x pernah lagi masak singgang...tapi mak mentua fiza hari2 masak singgang...sbb pak mentua fiza x boleh makan lauk lain dah selain dr singgang ni...sedap pulak tgk singgang ikan tongkol akak ni...=)

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

salam lina..
sedapnya singge.. org ganu panggil singgang.. hehe... nak pulak ada pucuk ubi rebus cicah dgn budu yg diperah asam limau & kerenyek cili padi... dah kecur akak dibuatnya... hehe..

kat rumah jarang msk singgang ni sbb suami kurang suka... alahaiii... rindu!

LiNa_Pg said... Balas

@Hafizah Mohamad
wslm, kalau kat penang ni..selalu depa masak pindang.Nak lebih kurang la tu.
Tp saya lebih suka singgang klate dari masak pindang

LiNa_Pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
wslm...pergg ikan singge layan ngan ulam pucuk ubi celur n budu, memang sedap tak hengat....Takyah bagi lauk ayam golek ke hapa dah..tak layan dah..

Mayb tekak hubby tu xleh terima masakan camni kot

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. terbaikk!! tun suka mkn ikan singgang guna ikan selayang. sedap giler cuah kuah ikan singgang, pahtu ikan goreng garing2 then kenyek cili padi dalam pinggang.. fuhh.. 2 pinggan habis nasik. tapi paling sedap kalau mama tun yg buatkan, tun masak ikan singgang rasa lain macam. hehe.. xtau la nape.

inahar ali said... Balas

wahh..ni la lauk plg sempoi tp sedap x jemu makan kan..dap..daapnyer!

ezzyra said... Balas

festival ni utk ape?dapat hadiah ke klo join?

Amie said... Balas

Cukuplah sudah semangkuk singgang tongkol tu Lina... lengkap dengan bendinya sekali, tinggal lagi kena cari sepinggan nasi panas! Adeeehhhh.... jangan lupa baca Bismillah dulu.

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun, kalau ikan goreng tu,akak suka yg versi kelantan punya.Ikan direbus(kukus) dulu, pastu digoreng garing..Memang mabeles lawan ngan ikan singgang,ulam dan budu

LiNa_Pg said... Balas

@inahar ali
Betul tu kak Ina,paling sempoi tp makan sedap tak hengatt

LiNa_Pg said... Balas

@ezzyra
Festival makanan..Bulan ni untuk negero klate..
ntah la dik, rasanya tak dapat apa kot

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Cepat kak amie..bawa pinggan ngan nasi kosong...
Baby bagi kat abah dia sat hihi

EmbunRosaliza said... Balas

Sedap ikan singge mkn bersama budu ulam, dan ikan goreng nasi panas, tak ingat dunia mkn nih

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Wah pepagi dah blog walking...rajin beno ari ni hihi..
Ikan singge kena makan style kampung..baru layan

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...