Thursday, May 30, 2013

Kek Buah...Lagi

Assalamualaikum...
Macam dah jatuh chenta ngan kek buah ni...bila dah mengunyah mcam tak boleh stop...Tak sedar dah abes beberapa potong.Sedap ngan rasa manis2 buahnya tu.Kali agak bersabar sket untuk potong kek pas masak.Sempat gak la umur kek 12jam baru potong hehe.Kejadiannya nampak lebih moist dan sedap...Rugi taw siapa tak mencuba kek ni..Pagi tadi my laling siap bawa bekal gi keje.Kalau berbekal bagai tu,memang dia suka la tu.Kalau tidak...taraknya dia kesah..Sumber asal tengok SINI .
Moist kan?kan?
 bila yang 'baring' ni lagi nampak moist..
Tinggi sungguh kek ni..melimpah loyang cheq sampai terkena aluminium foil..Saya bersedia menerima tempahan kek buah kukus ni.Jika berminat, silalah e-mail atau PM saya di fb..Tempahan untuk bila2 masa sahaja, bukan setakat untuk hari raya sahaja.
RESEPI KEK BUAH
Rujukan : Hana , Chaya Sheila
Sumber : lina pg


Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

18 comments:

JaSSNaNi said... Balas

cantek... sedap kan kek buah ni.. sape yang suka manis2 tu.. saya pun suka sesekali makan.. berserta teh O panas.. sedap sangat.. semalam nampak dlm blog kak madiha wat.. hari ni kat sini lak.. memasing rajin belaka ye... :) saya tak tau nak buat bila ni..

Gee® said... Balas

Waaaa...rata2 tayang kek buah yer...

EmbunRosaliza said... Balas

dah buat lagi sekali, akk ni sekali pun belum lagi, mesti sedap sangat ni

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
Dah seconf round ni Nani...buat lagik hehe

LiNa_Pg said... Balas

@Gee®
Kek buah sudah mencetus fenomena..

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
kena wat gak tu kak rosa..sedap..
As siap bawa bekal gi kije kek buah ni takut abes hehe

hana said... Balas

salam na... cantikkkk... kesabaran membawa berkat! hihihi... skrg kita pon dah amik order kek ni. tp rata2 buh sultana jer.. alhamdulillah semua suka..

LiNa_Pg said... Balas

@hana
Hihi..dah 2x buat..kali ni untuk test market...
Nampaknya mendapat sambutan

Norzila Zakaria said... Balas

memang nampak moist nye kak lina..terliur zila tau kaklina asik ditayang je dr dapur ke dapur

zila norazila said... Balas

Alahaii jeless tgk..kita x leh mkn manis2 plk skrg ne..kecuqqq tau..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

kalau dah jadi hati memang akan dibuat berulang2.. hehe.. mmg sedap kan? tp akak tak berani nak mkn byk2 maklumla org ada sejarah masalah gula.. hehehe..... mkn sikit2 berjimat cermat.. alhamdulillah dah 5 hari kek masih ada berbaki lagi.. elok lagi tak berkulat walau tak simpan dlm peti sejuk.. lina guna butter mahal ke butter biasa je?

AhliaSaleh said... Balas

InsyaAllah sy nk try resepi kak lina ni...xthn nk mkn nih..hihi

Burung Berkicau said... Balas

Hi kak lina,

Saya baru nak belajar buat kek ni. Tgk resipi kak lina ni, mcm sedap je. Ingat nak try.. Tapi, saya tak pasti dgn ingredient buah campuran tu.. Ape ye? Buah kering? Mana saya boleh dpt? Contoh? Hehe.. Sorry, saya betul2 tak de idea...

Tq..

LiNa_Pg said... Balas

@Burung Berkicau
Mixed fruit=buah-buahan kering, boleh beli di supermarket atau kedai bakery

makteh said... Balas

salam lina..klau nk order mcmana...brp harganye..klau pos ke NS bole ke ? tq

LiNa_Pg said... Balas

@makteh
wslm, saya PM mak teh kat fb nanti check inbox ya.
Kek Buah ni bleh dipos.

Devenayagi Muroogas said... Balas

KAK.. KALAU NAK BAKAR GUNA OVEN BOLEH TAK? KLU BOLEH BERAPA SUHU NYE

amirah said... Balas

brp lama lepas padam api kek boleh disejukkan kt redai kek..selalu buat bhgn tengah akan lekuk

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...