Thursday, June 20, 2013

Butter Cake/Kek Mentega

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, agak kebizian sket minggu ni..Banyak tempahan yang masuk, Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah s.w.t..Okey takmo bebel panjang lebar, sebab masih ada Buttter Cake lagi dalam oben huhu..
Hampir abes sepapan telur aku kerjakan gara-gara Butter Cake.Bukan apa mencuba dan mencari yang paling senang dan sedap.Resepi2 yang telah saya cuba akan saya selitkan kat sini.Disebabkan dah banyak eksperimen, dan abes coklat emulco dan oren emulco ku huhu..
gambar tak cantik yea..enpon only harap mak long..
VARIASI KEK MENTEGA/BUTTER CAKE
MARBLE TRIO
Sumber : CMG
Sumber2: LiNa Pg

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin (LiNa Pg gantikan ngan susu cair)
20 gram air (LiNa Pg gntikan ngan susu cair)
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu (LiNa Pg gn stoberi emulco)
Sedikit pewarna makanan ungu-violet (LiNa Pg gn orange emulco)
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya (LiNa Pg xletak)

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....

24 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

buttercake ni mkn suam2 tu sedap sgt kan...

hajar said... Balas

wah sukanye saya dgn kek butter... rase cm ni buat lah balik nanti....

Chik Mimi said... Balas

suka suka kalau lina hantaq lagiii suka

ezzyra said... Balas

wah dh mcam2 kek dah ade ni..sedapnya ..macam terasa je kelembutan kek tu..hehe

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam baru minggu lepas akk ada cuba buat butter cake,tapi jadi cam bingka pulak, rasanya nak salahkan tepung naik sendirilah, sebab dua kali akk buat guna tpg naik sendiri tu, semua kek jandi mcm bingka huhuh. Lain kali nak cuba kek butter ni la pulak

Bbwana adienia said... Balas

salam kak..

time macam ni layan butter cake dgn milo panas..ok gak ni..

LiNa_Pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
Betul tu kak madihaA, makan time suam2 memang sedap

LiNa_Pg said... Balas

@hajar
Ni kek old skool hehe..kek jaman kana2 ribena lagi hihi

LiNa_Pg said... Balas

@Chik Mimi
kak mimi, meh la ada banyakkkk kat umah ni macam2 versi kite buat..

LiNa_Pg said... Balas

@ezzyra
kek ni sedap n lembut dek tp nipis la pulak..kakna dok eksperiment sebab ada org order

Acik Erna said... Balas

kek butter memang rupa macam ni ye lina.

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
wslm..betul kak rosa..cam kena badi dah butter cake ni..
macam2 behind the scene dah..

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
wslm..memang layan abes hehe

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
Achik..sy pun tak tau..macam2 pesen butter cake yg saya buat..satu ajer yg gebus gebas...yg lain rendah2 ajer..
ni tak kira lagi versi yang mendongak huhu

zana fahmi said... Balas

Lina, butter cake ni belum cuba buat. Malas betul nak membaking, takut takde yg nk mkn:-)

Amie said... Balas

Buat kek ni kadang2 ada malangnya tak menjadi walaupun dah selalu buat. Baguslah cara Lina tu, mencari yang terbaik dan tersedap... biarlah pecah telur bersarang2, yang penting practice makes perfect!

tun_telani said... Balas

salam kak lina.. suka mkn butter cake. kalau zaman kecik2 dulu mama tun selalu buat, tp xde la ovalete giliserin bagai tu.. xpenah lg tun guna gliserin buat kek.. nk kene cuba jugak nih.

AhliaSaleh said... Balas

Kak lina..cantik kek..smooth je kaler dia..bnyk juge bhn2 y diperlukn yea.

Asyifa Mustaffa said... Balas

amboi kak...meriah niaganya...berderet tgk gmba kek kat n3 melekat tu...moga sukses selalu....

kek mak2 zaman dlu kan....hehe,,,watever pun...kek yg mmg sedap..!

LiNa_Pg said... Balas

@zana fahmi
Kalau tadak peminat butter cake terasa malas gak nk menerai kan kak pb..

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Sangattt setuju ngn kak amie..nmpk simple tp azab jugaklah ngan butter cake ni..
Puas hati ngan hasil eksperimen..at least saya boleh kongsikan pelbagai rcp kek mentega kat sini

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun, butter cake ni memang old skool haha..aka lagi suka yg plain tuh pesen lama.
Menurut CMG kalau tadak gliseren tu gantikan ajer ngan susu segar/susu cair

LiNa_Pg said... Balas

@AhliaSaleh
kek ni sedap n lembut

LiNa_Pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
haha..wat iklan kat blog sndri..promosi raya tu

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...