Tuesday, June 11, 2013

Ikan Bakar Bersambal

Assalamualaikum...
Pagi-pagi lagi dah tayang ikan bakar.Kalau ikan bakar bagai ni, kompom menu dinner kan?Ekceli ni menu beberapa hari sudah.Tak ingat dah bila hihi.Memula saya plan nk buat perencah tomyam (home made kunun) dah buat dah suma.Tapi at the end hasilnya tidak memuaskan hati sebab tidak mencapai piawaian saya.Yg best tu anak2 n en.asben makan licin gak tom yam tu.Disebabkan perencah yg saya buat tu memang banyak, sebab hajat ati nk simpan jer.Bila nk masak amek dalam esbok.Saya pun alter la..tambah yang tu sket yg ni sket maka terhasil la sambal untuk ikan bakar.Kali ni memang menjadi dan sangat sedap.Sambal ni pun jadi banyak, belen pas bakar ikan tu, saya simpan dalam esbok.SO bila nk guna amek n lumur jer kat ikan, then bakar.Senang kije aku hehe.Meh saya nk kongsikan resepi sambal ni.Ada rasa ala-ala tomyam, pastu jadi macam asam pedas jugak... 
ikan yg sudah dibakar, saya letak lebihan sambal..memang sedap.Minta maaf la gambar sembrono ajerr..snap ngan hp jer ni sebab nk cepat.Ikan bakar kena makan time panas2.kalau dah sejuk tak sedap pulak..
Yang ni baru pas bakar..nampak yg kerung sket

IKAN SIAKAP BAKAR BERSAMBAL
by : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (size sederhana)
  • 10 ulas bawang merah (blend)
  • 3-4 ulas bawang putih (blend)
  • 10 biji cili padi (blend)
  • 5 biji cili merah (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 1 cm lengkuas (blend)
  • 1 cm belacan (bakar dulu - blend)
  • 5 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 2 sb sos ikan
  • 2 batang serai (blend)
  • 5 helai daun limau purut (buang tulang tengah-blend)
  • Sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kanta (belah 4)
  • cili padi n tomato
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb sos tiram
  • Garam, gula (perasa)
Cara-Cara:
  1. Ikan siakap dicuci bersih dan diperasakan dengan sedikit garam n jus limau kasturi (guna sebiji limau)
  2. Satukan bahan kisar, soso ikan, sos tiram, kicap dan jus limau kasturi.Tumiskan hingga terbit minyak.Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam dan gula/perasa.Tutup api.
  3. Lumurkan bahan tumis tadi ke atas ikan.Perap selama 20-30min.
  4. Bakar ikan hingga masak.Lina pg bakar guna grill pan ajer.Takde alas ngan daun pisang pun, belasah bakar camtu jer.
  5. Kalau ada lebihan sambal yg ditumis tadi, bolehlah dicurah ke atas ikan yg telah dibakar.
  6. Boleh dipicit limau kasturi semasa nk makan.Tp saya makan camtu ajer..

10 comments:

Norzila Zakaria said... Balas

sedap ni kak ikan buat ala portugis grill kan..memang harus makan panas..kalao tak kurang feel

EmbunRosaliza said... Balas

Sedapnya siakap bakar , kak umah akk pun kalo msk ikan siakap okla, semua tak komplen, kalo ikan kembung bising je semua hehe

LiNa_Pg said... Balas

@Norzila Zakaria
Betul tu zila, kena makan time panas br sedap...dah sejuk kureng feel hehe

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Sama la kat umah ni pun, kalau ikan kembung curut tuh pakat tak layan..kalau ikan siakap baru 'ikan' kata depa ni..

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. mmg terbaik laa ikan bakar nih.. tun dh lama x membakar ikan.

Amie said... Balas

Rajin Lina buat pes tomyam, memang sedap buatan sendiri kalau dibandingkan yang kita beli. Dah cukup piawai tu kalau dah anak2 & hubby suka!

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun, sejak dua menjak ni rajin lak membakar kat uamah akak ni..anak2 pun suka tu yg buat

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Tak rajin mana pun kak amie saja buat eksperimen.Takpe nanti cuba lagi bab tomyam paste tuh hihi

Acik Erna said... Balas

assalam Lina..anak2 acik kalau masak ikan yang ada sambal ni memang suka sangat..

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
wslm acik..anak2 sekarang ni nk makan pun demand.Anak2 sy kalau ikan besar, makan la..kalau ikan kecik2 cam ikan kembung tuh..tak dilayannya...sanggup makan ngan telur mata lagi..adoyai

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...