Wednesday, June 12, 2013

Resepi Nasi Tomato Kukus

Assalamualaikum..
Terasa lama benar tak makan nasi tomato buatan sendiri, selalu makan kat kenduri jer.Bila ada sedikit kerajinan..terus buat.Bukan apa kang hilang lak semangat tu langsung tak leh makan nasi tomato.Sy ni pesen mudah ubah fikiran.Kalau lauk pauk yg dah nyahbeku pun saya boleh masukkan balik dalam esbok..pi makan kat luar huhu..memang dasar la kan hahaha..
Resepi dah lama saya kongsikan di dapur kecil myR tapi kat dapur TMK tadak lagi.Kali ni saya buat versi tanak jer sebab kedua2 dapur saya gunakan untuk masak gulai kawah.So, tak boleh la nk kukus bagai.Tapi hasilnya tetap sedap....
 walaupun tidak dikukus, tp hasilnya tetap memuaskan hati saya
Nasi Tomato and the geng..Gulai Kawah dan Ayam Masak Merah
RESEPI NASI TOMATO KUKUS

Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam (saya guna kiub ayam maggie)
*** BAHAN-BAHAN TUMIS ***
  • 1 labu bawang besar (dadu kecil)
  • 2 biji buah tomato (dadu kecil)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 5-6 sudu makan butter (untuk menumis)
  • 4 sudu makan tomato puri (boleh gantikan dengan sos tomato)
*** BAHAN HIASAN ***
Daun sup / Kismis / Gajus

Cara-Cara:
  1. Beras dibersihkan,rendam 15-20 minit.Kemudian toskan
  2. Masukkan mentega,tumis bahan-bahan tumis (kecuali tomato puri) hingga wangi (Jangan terlalu garing nanti rasa pahit)
  3. Masukkan tomato puri,kacau sebentar.Kemudian masukkan beras,kacau sebati.(Jgn kacau kuat sangat nanti beras patah,tak cantik)
  4. Kemudian masukkan air,susu cair dan kiub ayam.Kacau sekali sekali supaya nasi tak hangit kat dasar periuk.Tuggu hingga nasi kering
  5. Setelah nasi kering,pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan (yang dipanaskan terlebih dahulu) Kukus selama 20-25minit atau sehingga nasi betul-betul masak
  6. Setelah nasi masak,gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.Taburlah bahan hiasan ketika menghidang
** Option **
Setelah nasi kering, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa.Tetapi ada sedikit kerak.Kalau dikukus nasi tidak akan berkerak.

12 comments:

Acik Erna said... Balas

assalam lina..masak macam biasa..kemudian baru kukus ye..acik tak pernah buat..sedap ye lina

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
wslm acik.
Ya memula masak mcm biasa, bila dah kering air (time nk kena kecikkan api) then pindahkan ke dalam kukusan.

Sheila Shafeareen said... Balas

Assalamualaikum kak wahh npk sdp tu...boleh le cuba buat..x lama lg ramadhan menjelma...sdp mkn ramai nasi tomato kukus ni tq kak share resepi

LiNa_Pg said... Balas

@Sheila Shafeareen
wslm,
Betul tu, menu camni kalau makan ramai2 baru sonot...berbaloi memasak hehe

Amie said... Balas

Tak pernah lagi buat gulai kawah... nak keca cuba ni.

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Gulai kawah versi sy la kak amie hehe..
Sedap makan ngan nasi tomato ni

Mamasya said... Balas

Aslmkum Lina
ni nasi tomato yg su teropong semalam....guna teropong special...maklumlah dari jauh...hi..
nasi tomato makan dg gulai kawah mmg sedap sgt...tambah ada lauk ayam masak merah... lagi sedap.

Mamasya said... Balas

opps typing errp..nak type saya dah jadi su...gara tengok nasi tomato sedap....hi..

LiNa_Pg said... Balas

@Mamasya
wslm..
Hebat betul teropong made in Cairo neh..bleh nampk nasi tomato dengan jelas.Boleh pinjam ni nk tgk anak bualan Ramadhan hehe..
Nasi Tomato ni memang layan abes makan ngan gulai kawah n ayam masak merah

LiNa_Pg said... Balas

@Mamasya
Biasalah la tu nk cepat hehe

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. sama laa menu.. tun pun baru je wat nasi tomato. dh bertahun x buat nasi tomato. kalau kukus mesti lagi sedap kan.

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun..
sama lak ek..menu kite..
Tun makan ngan apa nasi tomato tu?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...