Thursday, July 18, 2013

Resepi Ayam Panggang Yogurt

Assalamualaikum...
Ayam Panggang Yogurt ni dah lama teringin nk buat tapi asyik tak terbuat jer.Bila bulan posa ni mula lah tingin mencuba sesuatu yang baru.Itupun bila ada sket kerajinan.Kalau malas hidangan cuma biasa2 ajer, seperti hidangan harian hehe.Biasanya bila ingin mencuba sesuatu yg baru saya akan gugel dahulu dan refer kepada beberapa blog, bila dah faham barulah buat.Kadang2 ada tips yg dikongsikan oleh rakan2 yang lain.Itulah gunanya dapur maya ni.Bila dah dapat semua info tuh, akan share pulak kat dapur kecil TMK ni.Supaya dapat memberi manfaat kepada semuanya (mudah-mudahan)
Picas ni snap ngan enpon saje, ayam ni masak ngam2 nk buka posa.Akibat kegopohan ketika mengangkat ayam menyebabkan kulitnya teringgal.Dah tak cantik huhu..Sedap makan panas-panas.

RESEPI AYAM PANGGANG YOGURT
Rujukan : Zila , Kak Amie , Wana
Sumber : LiNa Pg
CnP dari umah Zila
Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam - dipotong 4 dicuci bersih
  • 1 cawan yogurt
  • 3 sudu makan minyak zaitun - kalau tak ada minyak biasa pun boleh
  • 2 sudu makan jus lemon
  • garam - agak-agak (LiNa Pg guna kiub ayam)
  • gula - 2 sudu (LiNa Pg guna madu)
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
  • 1/2 susu jintan halus - ditumbuk
  • 1 sudu makan  rosemarry - ditumbuk
  • 1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
  • 1 sudu makan lada hitam kasar
  • 1 inci halia - ditumbuk halus
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai di ketuk

Cara-caranya

  1. sediakan semua bahan ..satukan kesemuanya,lumur pada ayam dan perap selama 1 hingga 3 jam (LiNa Pg perap semalaman)
  2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil
  3. Bakar sehingga masak dan garing..lebih kurang 50 minit. (ikut pada oven masing-masing)
  4. Apabila sudah masak keluarkan dari oven dan sedia dihidang
*** LiNa Pg bakar guna pemanggang ajaib jer.Sayang wei oben wat bakar kek haha***
Note:

Jika tiada yogurt, kita boleh buat sendiri… caranya ialah:
Dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.
Lebih kurang macam buttermilk jugaklah

14 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam sedapnya ayam panggang, tu lah bulan posa ni amik gambar pun tak berapa nak sempat, kalo umah akk ni, gelap gambar mesti tak cantik.

Menu ayam panggang mcm ni suka lah nisa n danial kan, sama lah ngan sepupu dia kat sini.

Tetiba hari ni akk rasa mcm nak buat nasi ayam lagi heheh, anak2 suka sangat bertambah2 mkn

Asyifa Mustaffa said... Balas

kena cuba gak nie..nmpk sedap..!

Amie said... Balas

Anak-anak suka sangat makan ayam panggang yogurt ni tau Lina, juicy je isinya sebab peram lama, bakar kejap je. Memang part kulit tu yang selalu nak hati2, tapi kalauj dah tanggal memang geremmm sikit dibuatnya he he ehhh

Anna Qawina said... Balas

Aslmkm...ada nasik ayam..anak2 saya kan..sukala sangat makan nasi ayam ni, tiap 2 mggu bkn bln posela kan, harus g makan kat kedai nasi ayam..hehe..nak buat malas le haii

Anna Qawina said... Balas

eh ayam panggang...tak kisah,..janji ayam..hehe..harus ratah2 nasik seciput je makan

Cida de' Nuanza said... Balas

ayam panggang tu serius menggoda i tauuu...

JaSSNaNi said... Balas

sedapnya ayam panggang yogurt.. tak pernah wat.. nak try gak la.. mengguda ku ni tau..

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
wslm, kat umah ni ayam wajib ada setiap kali makan..kenalah pelbagaikan rcp.Tp kdg2 goreng bodow ajer kat budak2 ni haha..
Nasi ayam memang peberet budak2 la

LiNa_Pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
Cubalah syifa...kena garingkan sket lagi sedap kot..ni masih basah2 lagi

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Betul tu kak amie, budak2 ngan ayam macam tak boleh dipisahkan.
Part kulit tu rasanya dah hati2 tp nk cepat punya pasal..tertanggal gak huhu

LiNa_Pg said... Balas

@Anna Qawina
nasi ayam memang la anak2 suka anna..samalah ngan anak2 akak ni..jangan kata nasi ayam, nasi putih ngan ayam goreng pun deme suka

LiNa_Pg said... Balas

@Anna Qawina
haha ayam panggang ratah memang sedap, tp bulan posa kena makan nasi gak..nanti tadak tenaga lak

LiNa_Pg said... Balas

@Cida de' Nuanza
ha..kalau terguda, kenalah buat hihi

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
Cubalah nani..suma rasa ada..masam2, manis dan sedikit berempah

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...