Wednesday, August 28, 2013

Kerabu Epal Hijau Dan Tempahan Red Velvet Cake

Assalamualaikum
Dekat seminggu menyepikan diri, bukanlah kebizian sangat...tapi disebabkan masalah teknikal pada modem umah kami ni.Hurmm..intermitten la pulok huhu...Geram betul...Kejap ok kejap padam.Tanda2 nk kena ganti baru.Hari ni pas reset semua..ok pulak menyala semua lampu L.E.D, cepat2 wat n3 sebelum connection error.
N3 ringkas saja dan juga menu ulang tayang.Takpo lah janji hado kan.Ekceli Kerabu Epal Hijau ni saya buat bersama dengan Ayam Rose dan Gulai Kawah.Tapi Gulai kawah tak snap picas pun
Saya kerabu epal ni..rasa masam manis tu..sekarang asyik buat kerabu ni jer..kalau dulu suka makan acar mentah

RESEPI KERABU EPAL HIJAU 
by kak hanieliza
sumber: kaknor@secubit garam
sharing : http://linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan
  • 2 bj epal hijau (linapg gn Granny Smith)
  • 1/2 btg lobak merah 
  • 1 biji tomato (linapg tambah rcp asal tadak)
  • 2 bj cili merah (1 biji)
  • 2 bj cili hijau
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)-linapg gn jus limau kasturi
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Cara:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya.Sejukkan sebelum menghidang
Note:
Cara LiNa Pg buat, satukan jus lemon, garam gula, serai, cili merah dan sesuaikan rasa masam manis dan pedasnya.Barulah ditambah bahan2 lain

****************************************
Selingan sket.Tempahan Red Velvet Cake dari regular kastemer cik ani...Adoi mencabar tul nk deko kek ni sebab cream cis cair la pulok.Maybe ada kesilapan teknikal huhu..

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Balas

Ada 2 bijim epal hijau kat dapur tu, boleh la cuba. Selamat hari Raya Lina.

Bbwana adienia said... Balas

salam kak..

wow..mesti sedap kerabu epal hijau tu kan..rangup dimakan..

mama sara nur said... Balas

assalam
wah sedappp tu kerabu epal ijau
sedap meratah ni kan

tun_telani said... Balas

sedap nih.. tun dh pernah try buat.

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam sedapnya kerabu epal ni, masam2 manis, mkn gitu je pun best.

Alhamdulillah rezeki sentiasa ada, moga makin bertambah2 rezeki

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...