Tuesday, September 3, 2013

Roti Jala Dan Tempahan (Red Velvet Cake & Kek Karamel)

Assalamualaikum...
Hari ni baru berkesempatan untu hapdet n3 masak2..ni pun sekadar siaran ulangan sebab roti ni dah tayang dah sebelum ni.Tak kesah la kan bukannya gambar yg sama...Sy masih menggunakan resepi yg sama cuma digandakan sahaja adunan sebab kali ni buat banyak.Dari mkn petang membawa ke sarapan pagi esok.Alhamdulillah masih elok roti jala ni..
 sedap roti jala ni..lembut jer..
 Dapat sebekas tupperware besar ni..banyak jugak hasilnya sampai anak2 tanya roti jala ni kite punya orang tempah?kite punya la...agaknya terkejut kot tengok banyak hehe..
sebelum ada yg PM dan hantar e-mail bertanya nape roti jala saya petak2 camtu..ha..inilah jawapannya..saya menjala guna botol ni..muncung 3,beli kat Daiso harga RM5.Kalau org Penang..outlet Daiso ada kat Queensbay Mall.Depam MayBank.Dah complete info ni.

RESEPI ROTI JALA
RESEPI ROTI JALA

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan cecair (LiNa Pg gn 1//2 cwn susu cair+11/2 cawan air)
  • 1 sk garam
  • 1 biji telur
  • 2 sb minyak masak/butter cair
Cara:
  1. Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati
  2. Masukkan pewarna kegemaran.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (LiNa Pg gn acuan botol muncung 3) Boleh refer SINI
  3. Panaskan kuali non-stick pan (LiNa Pg gn pemanggang ajaib jer-bahagian penutup yg licin tuh, kalau bawah ada line2 kan)
  4. Kirai/jalan adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung
  5. Sedap di makan bersama GULAI AYAM.
Note: Jika batter cair, tambah sedikit tepung.Kalau pekat tambah air

***************************************
Tempahan hari ni
RVC dan Kek Karamel

4 comments:

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. tun dh lama x menjala.. bila dh smp mood menjala tu, kdg2 seminggu sekali menjala. hihi..

Norhaizan hakim said... Balas

TQ...dapat idea dah untuk majlis makan2 anak and the gang hujung minggu ni.

Amie said... Balas

Tak sabar nak cari acuan jala tu Lina... alahai kalaulah Daiso ada depan mata he heheh nak juga menjala petak2 cantik macam ni.

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam akk punya skill menjala dah tak cantik dh la ni, huhu tangan makin keras kematu la kut heheh. Cantik petak2 sama je tu

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...