Tuesday, October 22, 2013

Resepi Ayam ButterMilk

Assalamualaikum...
Alahai lama benor hibernate kan...sesekali timbul..resepi ayam lagi daaaaa...Apa nak buat dah ini yg anak2 suka.Kali ni saya bereksperimen ngan resepi baru (baru cuba) resepi ni memang dah femes seantero maya, tp saya buat ikut versi saya sendiri..Saya tak suka yg kaler putih ajer..cam tak berseri..wat camni baru nampak berselera.Kalau berminat bolehlah cuba..
Resepi nampakcreamy tapi tak muak sebab hanya menggunakan susu cair.
RESEPI AYAM BUTTERMILK
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong kecil2)
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1cm halia - mayang halus
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 biji tomato - dadu kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu besar serbuk kari (satukan dengan cili giling-jadikan pes)
  • 1 sb cili giling
  • 1/2 tin susu cair
  • 100g mentega
  • Air
  • Jus lemon (dari sebelah biji lemon)
  • Minyak
  • Garam dan Kunyit
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 kiub ayam
Cara-Cara:
  1. Ayam dicuci bersih, perap dengan garam kunyit dan golek/taburkan dengan tepung jagung.Goreng hingga masak, kemudian ketepikan.
  2. Cairkan butter dan tumis halia hingga naik bau, masukkan hirisan bawang.Tumis sekejap.Bila agak garing masukkan daun kari.Tumis hingga garing
  3. Masukkan pes kari dan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukka susu cair dan jus lemon/limau kasturi.Masukkan ayam.Gaul sebati.Masukkan hirisan cili merah, cili padi dan tomato dadu.Rasa dulu sebelum masukkan kiub ayam.
  5. Renehkan sebentar, kalau terlalu pekat, tambah sedikit air.Tutup api.Dah siap

8 comments:

adrianna syaz said... Balas

Mesti sedap ni..rasa2 masam2 eh..harus dicuba..tima kasih kongsi resipi..sya add bookmark :D

LiNa_Pg said... Balas

@adrianna syaz
Alhamdulillah sedap la kat tekak kami ni.
A..ah rasam creamy masam2 n pedas2 manja gitew

JaSSNaNi said... Balas

NAMPAK.SEDAP.. NANTI LEH CUBA JUGA.. MEKASIH SHARE..

asyifa mustaffa said... Balas

Oh...sy ingtkn guna buttermilk tu...rupanya guna butter dgn milk...hehhe....nnti bole try lah...sbb ayam kan...budak ni klau tuka dgn udang ke daging ke...mau x disentuhnya...

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
Kenalah ngan selera kami ni Nani hehe

LiNa_Pg said... Balas

@asyifa mustaffa
Memang guna butter dan milk..tp bila susu dicampur ngan jus lemon jd pekat cam buttermilk RVC tu hehe

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, nampak mcm ala2 kari, tapi memnag guna serbuk kari jugakan, menarik ni, pasti sedap sebab ayam di goreng dahulu, anak2 tak dpt di pisahkan ngan ayam kan hehe

mama sara nur said... Balas

assalam Lina
mengiurkan he hee

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...