Wednesday, October 9, 2013

Resepi Ayam Masak Tempoyak

Assalamualaikum...
Ayam bahan mentah yg wajib ada dalam esbok.Smpai naik pening dah memikirkan menu apa lagi yg nk dimasak untuk anak2...bila masak ayam, berselera depa makan...even ayam goreng pun okey...hari2 goreng pun depa tak kesahhhh...Hurmmm apa lagi nk wat ngan ayam ni???Gulai ayam dah...masak kicap pun dah...ayam beriani pun dah..kurma??alah adik  beradik ngan gulai gak la tu..boring dah...sambil tercongok depa esbok dok pikir nk masak pe..tetiba ternampak tempoyak yg bonda bawa dari kampung..Hurm kalau buat ayam masak tempoyak...menarik gak ni..terus selongkar bahagian sayur ada la serai sebatang ala-ala nk monopouse dh..hokey la..ada gak aroma sket kan...cili padi n cili merah pun ada.Eh! buah nenas pun ada gak..hurmmm campur jer la sekali dalam masak tempoyak ni...Untuk bagi sket impact kaler ijo..haku amek la daun kunyit dan kunyit hidup segar dari ladang pasu hehehe..ok complete dah...Jom ekperimen
Anak2 kata sedap...pestaim depa makan menu ayam camni hehe..

AYAM MASAK TEMPOYAK
By : LiNa Pg
Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam (cuci bersih)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • sedikit kunyit hidup (tumbuk)
  • 2 biji cili merah (tumbuk)
  • 3 biji cili padi (tumbuk)
  • 2 sb tempoyak
  • 2 helai daun kunyit (siat2)
  • Cili merah (potong)
  • 1 buah tomato (belah 4)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1/2 biji nenas (potong kecil2)
  • Garam, perasa/gula
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Gaulkan tempoyak bersama bahan tumbuk.Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan bahan tumbuk.Tumis hingga naik bau, masukkan sedikit air dan biarkan sekejap supaya hilang pijar bawang.
  2. Masukkan ayam dan gaul bersama bahan tumis.Masukkan garam dan gula/perasa.Gaul sebati.Biarkan sebentar untuk kecutkan ayam.
  3. Tambah air hingga paras kuah yg diinginkan.Masukkan nenas, tomato, cili merah dan daun kunyit.Sesuaikan rasa.

10 comments:

Acik Erna said... Balas

assalam lina..masakan yang acik tak pernah cuba lagi..ayam masak tempoyak ni

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
wslm acik...saya pun pestaim cuba ni...Alhamdulillah sedap n kena ngan selera...

adrianna syaz said... Balas

Sedapnya..salam kenal..sya folo blog lina :)

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, akk pun tak perenah buat n makan lagi ayam msk tempoyak ni, ada juga kwn2 ckp memang sedap ayam msk tempoyak. Eqa suka tempoyak, kalo buat mesti akk ngan dia je mkn

Teacher Basariah said... Balas

wah,kecur liurku..

Norzila Zakaria said... Balas

terliuq jap zila..kan menu sama je bosan..pening bila fikir..t leh try

mama sara nur said... Balas

Assalam lina
Tak penah mkn Dan x penah buat ye hee
Nampk sedap, blh try nanti

zana fahmi said... Balas

Kakpb kurang suka tempoyak. Peliknya kalau masak lemak begini, boleh tersuka pulak....hehe...ngada2 kan?
Salam Idul Adha Lina.

Yusla Mahat said... Balas

Salam kenalan. Nak tumpang share ye.. ari ni nak masak la..macam best je.. Layari blog: ummidihatiku.blogspot.com

Yusla Mahat said... Balas

Salam kenalan. Nak tumpang share ye.. ari ni nak masak la..macam best je.. Layari blog: ummidihatiku.blogspot.com

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...