Thursday, November 21, 2013

Resepi Kari Daging Pakistan (Sedap Tanpa Santan)

Assalamualaikum..
Hari ni menu sinambungan Nasi Pilau Pakistan iaitu lauknya pulak Kari Daging Pakistan hehe..pendek kata suma pun Pakistan la hehe.
Kari Daging Pakistan ni enak juga menggunakan ayam dan juga kambing.Istimewanya resepi kari pakistan ni ialah resepinya menggunakan bawang besar yang banyak, cuma dicincang/hiris dan masak hingga bawang hancur.Methode ni sama seperti menyediakan DAGING SEKILO BAWANG SEKILO.Ironinya bila penggunaan bawang yang banyak, masakan akan menjadi sedap dan manis semulajadi...cuma agak bercinta untuk tunggu bawang tu hancur.Tapi percayalah korang tak akan menyesal mencuba Kari Pakistan ni..
Pada mulanya agak cuak jugak sebab kari saya kaler pucat losi gitew cam tak bermaya..ish2 awat la ni tak menjadi ke?sebab tengok kari orang lain kaler agak gelap, lebih kurang gulai kawah gitew.Takpe lah kite teruskan juga..rupanya bila daging empuk dan bawang hancur, kuahnya bertukar menjadi lebih gelap dan cantik...
Ni baru masak jer, terus ceduk letak dalam mangkuk..time ni anak2 tak sabar nk makan..klik2 lebih kurang..siap heheh
RESEPI KARI DAGING PAKISTAN
Original : Maria Hakim
Rujukan : kak Amie dan ct
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 16 bahagian (LiNa Pg gn 1/2kg daging pejal)
  • 4 biji bawang besar - cincang
  • 4 biji tomato merah - cincang
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam
  • 1/2 cawan minyak
  • garam masala - jika suka (LiNa Pg gantikan dengan rempah beriani)
  • hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
  3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. 
  5. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
  6. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  7. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (LiNa Pg tambah sedikit serbuk pati ayam).
  8. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
  9. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Note:
Methode yg LiNa Pg gunakan;
Selepas selesai menumis segala bahan, terus masukkan daging.Kacau sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat sedikit, tambah air.Biarkan segala bahan mereneh hingga bawang, tomato hancur dan daging empuk.


2 comments:

Umie Jazz said... Balas

Assalamualaikum...sedap sungguh nmpk cari ni...dpt cicah roti ..perghhh...sodapp

Bbwana adienia said... Balas

salam kak..

macam best je..macam sedap je..hehe.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...