Wednesday, December 4, 2013

Resepi Tom Yam Perencah Homemade

Assalamualaikum...
Hujan2 ni layan sesuatu yang berkuah panas2 memang sedap...sambil hirup kuah pedas, masam, masin ni memang sangat sedap...segar sket mata..kalau tidak layu....nampak bantal jer kan kih2.Kali ni dengan gigihnya giling  blend rempah tom yam sendri.Kira rajin tahap gaban la ni.Kalau tidak aci koyak paket yg segera jual kat pasaraya la hihiiii...Kalau korang rajon boleh buat banyak2 n simpan dalam esbok.Saya buat sekali makan jer ni..Ok jom kite semak resepi.
Mangkuk comot2 jer...lupa lak nk lap...masuk dalam mangkuk terus snap...Bodow2 pun sedap la kat tekak kami ni.

RESEPI TOMYAM PERENCAH HOMEMADE

Bahan-Bahan A: (Untuk Perencah)
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 biji cili merah (LiNa Pg buang biji-takut anak2 pedas)
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar udang kering (rendam sekejap ngan air panas)
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang tengah)
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • 1 sk asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 pokok daun ketumbar 
  • Garam, gula (perasa)
Bah an-Bahan(Untuk Masak Tom Yam)
  • Isi ayam secukupnya (LiNa Pg guna dada ayam potong kecil2)
  • Udang
  • Sotong
  • 1 labu bawang besar (belah 6)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Sayur-sayuran (terpulang nk letak sayur apa)
  • 5 helai daun limau purut (carik2)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • jus limau nipis (LiNa Pg gn sebiji limau)
  • 5 biji cili padi (ketuk sket)
  • 1 kiub ikan bilis
  • Cendawan tiram
  • daun ketumbar
  • Air secukupnya
Cara-cara
  1. Untuk perencah tom yam, kisar kesemua bahan A kecuali garam dan gula/perasa.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Tumis hingga pecah minyak (Kalau nk buat stok, lepas pecah minyak, boleh simpan dalam peti sejuk)
  4. Masukkan isi ayam, gaul sebati dengan rempah tom yam.
  5. Bila isi ayam agak empuk, tambah air (hingga paras kuah yg dikehendaki).
  6. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
  7. Masukkan sos ikan, perahan limau nipis dan kiub ikan bilis
  8. Kemudian masukkan sotong, udang, cendawan dan sayur-sayuran dan tomato.
  9. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa (jika perlu) Dah siap.
  10. Tambah hirisan ketumbar ketika menghidang.Daun ketumbar akan membangkitkan aroma tom yam

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Balas

Musim hujan,,,bestnya makan tomyam untuk panaskan tekak dan badan!!!!

Umie Jazz said... Balas

Assalamualaikum Lina seronok dpt hirup tomyam pns2 ..kena pulak ari hujan kn.owhhhh fengsannnn

zila norazila said... Balas

Zila simpn resepi nie..nnt klu krajinan dtg nk jgk buat sndiri..slurrpp hirup kuah dappnye..

Chik Mimi said... Balas

Best ni Na homemade lagi ,kena pulak tomyam time ujan-ujan fuh berpoloh

tun_telani said... Balas

bagus jugak idea wat stok perencah tomyam nih.. tun biasanya, masa nk mkn tu la baru nk menumis..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...