Tuesday, December 3, 2013

Tiramisu

Assalamualaikum...
Dah lama jugak simpan hasrat nk buat Tiramisu ni tp susah nk jumpa biskut Ladies Finger ni, terus kuburkan hasrat nk buat Tiramisu.Hurmmm kalau nk ikutkan guna kek span pun boleh gak kan?Tp hati tetap eksen nk try yg real punya Tiramisu kih2...abes yg guna kek span tu tak real ke??
Malas la nk bebel jom la tengok gambar n resepi.
 Ni kira rajin la..siap ikat ngan reben bagai kih2...
RESEPI TIRAMISU
By : LiNa Pg

Bahan- Bahan
  • 1 cawan whipping Cream
  • 250 gm cream cheese (lembut)
  • 1/3 cawan gula castor ( nak kurangkan pun boleh )
  • 1 sk jus lemon (atau esen vanila)
  • 1 cawan air panas 
  • 1 sk nescafe
  • Biskut lady fingers secukupnya (boleh gantikan dengan kek span)
  • Serbuk koko (LiNa Pg gn milo)
Cara-Cara:
  1. Satukan air panas dan nescafe.Kacau sebati.Ketepikan (biarkan sejuk)
  2. Pukul cream cheese hingga gebu, masukkan gula kastor pukul hingga kembang.Masukkan jus lemon/esen vanila.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit hingga habes.Putar high speed hingga kental.
  4. Celupkan biskut ladies finger ke dalam bancuhan air nescafe.Celup just tap2 saja..jangan pi rendam lak..kang lembik lak)
  5. Susun ke dalam loyang/bekas.Curahkan adunan cheese ke atas susunan biskut.Hentak sedkit supaya adunan cheese masuk ke celah2 biskut tu.
  6. Buat hingga habes.Pastikan lapisan cis mencukupi untuk tutup semua biskut.
  7. Ayakkan serbuk koko/milo atas lapisan cheese.Simpan dalam peti sejuk 3-4 jam (atau semalaman) supaya lapisan cis set.

 Sy simpan sekejap jer..sebab tak sabar2 nk makan..kalau simpan semalaman mesti cantik hasil post mortem ni

3 comments:

comfortandblissfullife said... Balas

thanks share resipi. dh lama cari resipi tiramisu yg simple. nanti nak try guna resipi ni...:)
check out my blog:
comfortandblissfullife.wordpress.com

Chik Mimi said... Balas

wahhhhh lamanya tak bertiramisu,ujan-ujan ni makan tiramisu walla wei

Umie Jazz said... Balas

Assalamualaikum Lina saya bru jer berhajat nk buat tiramisu..nmpk lina dh buat dlu..aduh x saba pulak nk membuatnya...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...