Thursday, January 31, 2013

Lamb Chop With Black Pepper Gravy

Assalamualaikum...
Semenjak dua menjak ni, tekak seisi keluaga suka sangat makan Western Food...Selalunya stok bahan mentah untuk western ni saya beli kat Giant...Haish buleh rambang mata dibuatnya bila tengok suma fresh...Lamb Chop ni dah banyak kali juga buat.Tapi kadang2 tak sempat nak amek gambo.Terdetik gak dalam hati..rugi pulak tak snap picas sebab resepi ni tadak lagi dalam rujukan TMK.Takpe nanti2 mesti buat dan buat lagi..Untuk keselamatan (hahaha keselamatan tuuu) bila Lamb Chop dah siap, saya snap jerr enpon sebelum bagi anak2 makan..buat apa..kang licin rugilah wei tak amek gambo kah2...
 kentang putar juga menggunakan gravy yg sama untuk lamb Chop...senang kije
sekeping lagi hihi
RESEPI LAMB CHOP WITH BLACK PEPPER GRAVY
By : lina pg

Bahan - Bahan:
  • 5 keping daging kambing
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang merah(tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia(tumbuk)
  • Lada hitam, rosemery,tyme,oregano dan mixed herb
  • Sedikit olive oil

Cara-cara

  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
SOS BLACK PEPPER
Bahan-Bahan:
  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sb (rata) tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air (atau lebih)
  • 2 sb mentega
Cara-Cara:
  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Note:
Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2  la kan.

Wednesday, January 30, 2013

Petua Menghilangkan/Mengurangkan Bau Hamis Kambing

Assalamualaikum....
Hari ni saya nak kongsikan sedikit petua dapur bagaimana nak menghilangkan bau hamis kambing.bagi penggemar daging kambing mesti sangat excited bila dihidangkan dengan menu daging kambing.Tapi juadah disuap ke mulut...amalak!kuatlah pulak bau kambingnya...mesti terbantut selera makan kan?huh potong stim betul.Rasa sedap tp kuat pulak bau kambing...
Meh sini saya kongsikan petua...
lina pg guna daging kambing frozen
 Masukkan tepung gandum ke dalam air (boh je la byk mana tepung pun)lina pg guna dalam anggaran secawan.Pastu rendam kepingan kambing ke dalam besen tu.Saya buat masa daging masih dalam bentuk frozen...rendam hingga daging lembut.Kalau daging kambing segar..Rendam dalam masa setengah jam hingga ke satu jam
cuci hingga bersih segala tepung pada kepingan daging.
 kemudian perahkan jus lemon ke atas kepingan daging.Biarkan selama setengah jam.
Note:
  1. Sekiranya daging kambing hendak digunakan untuk masakan western...bilas dengan cara lalukan daging kat air paip. (aroma lemon dan rasa masam sket2 akan menambah kelazatan masakan barat korang
  2. Sekiranya daging kambing hendak di masak dengan resepi tradisional hendaklah dicuci bersih.
my lamb Chop sedang diperap...

Tuesday, January 29, 2013

Angel Cake@Devil's Chocolate Cadbury Food Cake

Assalamualaikum....
Gigih petang2 hari update blog gara2 adindaku tak sabar2 tak wat kek yang panjang nama neh.Hehehe sengaja boh angel kat depan tuh sebab gerun tul ngan nama dalam surat beranak kek ni.Walau apa pun nama kek...ia sememangnya sedap.Kaya dengan rasa coklat.Tambahan pulak ada coklat cadbury kat dalam tu.Ekceli dah lama study resepi ni,tapi asyik tergendala gara2 coklat cadbury asyik tinggal bekas jer dalam peti ais..sebijik demi sebijik 'dipunggah' oleh si comelku...Takpe la anak mama nak makan coklat tu..Kali ni berjaya sebab beli dua dan sorok sampai Maisarah tak namapk.Bila dia tengok abes...kira dah abes la tu kih2...Kepada sesiapa yang nak buat kek ni, kena prepare coklat ganache sehari sebelum wat kek.Barulah coklat ganache akan likat dan senang dibentuk.Refer ke blog Evelyn..kat sana ada ditunjukkan step by step

RESEPI ANGEL CAKE@DEVIL's CHOCOLATE CADBURY FOOD CAKE
Sumber : Evelyn Gemina
Sharing : lina pg

Ganache:
  • 454g dark chocolate, dicincang kasar (lina pg gn 450g)
  • 2 cawan fresh cream
  • 56g butter (lina pg gn 50g)
Cara2 Membuat Ganache:
  1. Panaskan fresh cream dalam saucepan hingga mendidih. 
  2. Letakkan coklat yang di cincang kasar kedalam bekas tahan panas.
  3. Tuang fresh cream atas coklat tadi, biarkan sebentar selama 3 minit tanpa digaul.
  4. Gaul perlahan2 hingga semua coklat cair & masukkan butter, gaul lagi. Tutup & biarkan semalaman atau sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam.
Note:
Lina pg biarkan ganache menyejuk pada suhu bilik (2jam)barulah disimpan ke dalam peti ais semalaman)

RESEPI KEK
Bahan-Bahan:(lina pg genapkan jer sukatan)
  • 170g butter 
  • 227g superfine flour (lina pg gn 220g SRF)
  • 2 cawan brown sugar (kena kurangkan sebab agak manis)
  • 2 sk esen vanila
  • 3 biji telur gred A (lina pg gn 4biji telur A-perabih stok)
  • 3/4 cawan high quality cocoa powder
  • 1 1 /4 sk baking soda (lina pg xboh)
  • 1 sk baking powder (lina pg xboh)
  • 1 1/2 cawan buttermilk 
  • 1/4 cawan mayonnaise (lina pg gn 2sb agak2 jer)
  • 30 biji dairy milk cadbury chocolate 
Cara2 membuat kek:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan 3 loyang bersaiz 8', griskan & alaskan dasar dengan wax paper.(Lina pg guna 2 loyang saiz 9inci.Gris dgn mentega n tabur sedikit tepung)
  2. Ayak bersama tepung, soda, baking powder & serbuk koko (Lina pg ayak SRF n serbuk koko)
  3. Pukul brown sugar, vanila & butter hingga ringan & lembut.
  4. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
  5. Kemudian, masukkan campuran tepung & buttermilk berselang seli, pukul sebati.
  6. Masukkan mayonnaise kedalam adunan tadi.Kaup balikkan mayonnaise hingga sebati.
  7. Tuang adunan sama rata kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 160 C selama 20 - 30 minit (lina pg bako selama 20min)
  8. Apabila kek masak, rehatkan kek dalam oven selama 10 minit (buka pintu oven sket mcm kek karamel.Tepi kek akan meregang sedikit.Jgn lupa ttp suiz oven.
  9. Terbalikkan kek dansejukkan atas wire rack.
Cara2 Menyusun kek:
  1. Letakkan kek atas cake board (trimkan kek jika tidak rata). Kemudian letakkan cake ring (optional)
 
 cantik kejadian kek ni..langsung tak merekah

 2. Sapukan 2/3 ganache atas kek, susunkan coklat cadbury atasnya.
3. Kemudian ulang semula proses tadi hingga lapisan kek yang terakhir diletak di bahagian atas.

4. Sapukan keseluruhan kek denganlebihan ganache. Hiaskan ikut kreativiti.
Inilah hasil tangan ku yang 'paling kreatif' muahaha...

Friday, January 25, 2013

Chicken Roll With Spinach & Sausage

Assalamualaikum...
Panjang bebenor tajuk n3 kali ni.Resepi hasil olahan ayam grill madu aje.Pi mai pi mai guna bahan lebih kurang sama jerr.Cuma kali ni lebihkan herba org putih.Ayam gulung dalam bayam ni diinspirasikan oleh Ana Suzana tapi resepi saya main taram sesuka hati.Kalau nak tengok step by step boleh tengok kat blog Ana tu yea..Kagum gak ngan blogger muda ni...ramai betul follower dia.Visitor satu hari pun ribu riban...hebat...
memang kenyang makan ayam roll ni...rugilah bayam tu wat sket.Ingatkan anak2 xmo makan sayur...rupanya dah wat camni..licin depa makan.
CHICKEN ROLL WITH SPINACH &SAUSAGE
Diinspirasikan oleh : Ana-Suzana
Sumber: Lina pg

Bahan - Bahan:
  • 4 keping dada ayam (bone less)
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos mee goreng
  • 3 ulas bawang merah(tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia(tumbuk)
  • Lada hitam, rosemery,tyme dan oregano
  • 4 batang sosej
  • Sedikit olive oil

Cara-cara

  1. Bersih dada ayam. Ketuk dada ayam supaya leper dan tidak terlalu tebal supaya masak sekata 
  2. Gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  3. Masukkan sayur bayam dan letak sosej.Gulung bayam tu kat dalam ayam.Cam buat baulu gulung.
  4. Ikat gulungan ayam dengan kemas supaya tidak terburai.Lumur ayam dengan minyak zaiton
  5. Masakkan ayam dengan sedikit minyak (guna api kecil)terbalikkan ayam supaya masak sekata (time ni dah boleh panaskan oven suhu 160 darjah)
  6. Pindahkan ayam ke dalam loyang pembakar. saya lapik alumium foil atas dulang pembakar, pastu baru letak ayam.
  7. Curahkan sekali minyak lebihan  tadi ke atas ayam.
  8. Bako selama 10min
Sayur Bayam
Tumis 1 ulas bawang putih (ketuk),pastu masukkan bayam dan kiub ayam.Kacau sebentar.Dah siap

lina pg guna boneless bahagian dada.Kalau kak rosa..suka la part ni..
ketuk dada ayam sekuat hati guna apa2 pun..lesung pun bleh.Lina pg gn meat tenderlizer..Tujuannya supaya isi ayam lembut dan tidak terlalu tebal.Kang tebal sangat tak masak lak
Ni rupa pas kena lenyek muaha...pastu aku tak snap dah sebab dah comot..pastu lumur ngan bahan perapan di bawah ni
Bahan2 perapan

ni laling haku tolong ikatkan...ikat betul2 kang terburai lak
masak atas kuali sat...(rasanya boleh kot masak terus atas dapur aje..xyah masuk oven)
pastu bako dalam oven selama 10min suhu 160 darjah celcius.Pas 5 min terbalikkan ayam.

Wednesday, January 23, 2013

Petua/Cara Mematikan Ketam Nipah

Assalamualaikum...
Ketam lagi?Kali ni bukan masak2 tapi nak kongsikan petua untuk mematikan ketam yang masih segar bugar.Sebelum tu mesti ada yang bertanya boleh ke makan ketam nipah ni.Bukan hidup dua alam ke sebab tak mati2 pun kat atas daratan...Sebenarnya ketam nipah bukan dari spesis dua alam.Ia cuma boleh tahan di daratan untuk 2-3 hari sahaja.Iaitu selagi insangnya menyimpan air laut.Bila air dalam insangnya kering ia akan mati.Bukan seperti haiwan dua alam yang lain macam katak bagai tu yg boleh hidup selama2nya atas daratan.Itupun kalau tak kena lanyak ngan lori kih2.
Saya CnP tentang hukum makan ketam nipah kat sini.Sumber asal bleh klik kat SINI
Ni pulak pendapat Ustaz Azhar Idrus.Tengok SINI

Ketam Nipah Di Malaysia

Soalan

SAlam...Saya ada mendengar seorang ustaz nie dia menyatakan bahawa ketam nipah di Malaysia tidak boleh dimakan kerana ketam tersebut kuat dikedua2 alam...Dan ketam nipah di India dan Pakistan boleh di makan kerana kuat di laut sahaja....Mohon penjelasan

Jawapan

Waalaikumussalam wrt. wbt
Terima kasih kerana menghubungi Jakim untuk kemusykilan agama.Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan.


Bagi sifu masak2 suma yang dah taw petua ni sila abaikan n3 ni.Saya kongsikan dengan yang tak taw ajer sebab saya sendiri pun baru taw kih2
Ekceli petua ni hasil gugel di alam maya.Ada gak petua yang menyiram ngan air panas...haish..kang masak lak ketam tu huhu.
Okey sumber asal saya tengok kat SINI.Terima kasih banyak2..izinkan saya share ngan kwn2 yang lain pulak
terbalikkan ketam, kat bahagian bawah perut tu ada cam bentuk triangle..cucuk ngan menda tajam cam lidi satay, jarum atau apa2 la.Jangan besar sangat kang rosaklak isi ketam tuh.Cucuk kat area tu seperti dalam gambar.InsyaAllah ketam akan mati dengan perlahan2.Maybe dalam 10sec.

haha..inilah tangkapan segar dari Kuala Gula...amek kau 18-19ekoq.Jenuh nak

Tuesday, January 22, 2013

Sup Ketam Nipah

Assalamualaikum...
Menu ketam lagi hihi...Sup Ketam Nipah...saya ada terbaca artikel mengatakan Sup Ketam Nipah sangat berkhasiat untuk menyembuhkan demam denggi.Sejauh mana kebenarannya wallahualam...Saya masak sup ketam ni sebab nak lari dari menu biasa bagi ketam...masak lemak, sweet n sour la..kali ni wat sup pulak...walla memang sedap...Hirup ngan kuah sekali
Senang kije..campak sayur sekali..takyah masak sayur dah..memang dasar kan

SUP KETAM NIPAH
By : lina pg

Bahan-Bahan:
  • 8 ekor ketam dibersihkan dan potong dua
  • 3-4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • 2 batang serai (titik)
  • 1 sup bunjut
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 biji kentang (dadu)
  • 1 batang karot (dadu)
  • sedikit brokoli 
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi dan garing.Masukkan ketam.Gaul sebati.Tambah air melebihi paras ketam.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, kentang dan karot.Tunggu hingga kentan dan karot lembut.
  3. Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula jika perlu).Akhir sekali masukkan brokoli.Biarkan 1-2 minint.Dah siap

Monday, January 21, 2013

Ketam Nipah Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Isnin...dah ada cadangan ke nak masak apa untuk juadah hari ni?Hurmmm kalau tadak idea apa kata korang cuba masak lemak cili padi ni...watak utama mestilah ketam.Kali ni lina pg dapat ketam segar dari laut...ada la minggu lepas (ke 2 minggu lepas hihi) kami sekeluarga gi jenjalan cari makan ketam lembut di Kuala Gula...memamg sedap hidangan ketam lembut tu...sementara nak tunggu makanan siap di masak, saya dan hubby termasuk adik saya Alla dan suaminya meninjau kawasan sekeliling.Ala-ala YB melawat kawasan lagaknya kah2...pastu interview nelayan yang baru 'mendarat'.Pastu adik ipar saja wat ramah tanya...boleh beli ke?Makcik (kebanyakan nelayan pompuan) tu jawab suma ni orang dah tempah..mak aih..suma org tempah..3-4 perahu nelayan yang ditanya memberi jawapan yang sama...Kami dok melangut kat situ lagi saja jamu mata..pastu ada satu boat lagi baru sampai,kali ni tuan dia agak muda sket..Bila ditanya dia kata mayb ada lebih...Kami nak sekilo sorang....alangkah terkejutnya harga sekilo cuma rm10 ajerrr...Alhamdulillah rezeki kami...Adalah dalam 18-19ekor ketam saiz sederhana.Ekceli brader tu bagi free aje sebab tangkapan dia melebihi dari yang ditempah.

Tu dia panjang lebar intro Ketam Nipah ni...Banyak menu yang dibuat untuk menghabiskan 19 ekor ketam ni.Menu pertama Sup Ketam (Alamak belum wat n3 lagi laa..)pastu Ketam masak lada hitam..yang ni memang tak snap picas.Dan yang last Ketam masak Lemak Cili Padi ni...Nampakya n3 dah langkah bendul muahaha
Tidak kah korang terliur tuh..isi ketam yang banyak...manis lak tu...
RESEPI KETAM NIPAH MASAK LEMAK CILI PADI
by : lina pg
Bahan - Bahan:
  • 4 ekor ketam (dicuci bersih potong dua)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 4 biji cili merah / cili padi (tumbuk)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit suhun
  • Garam & Gula/perasa
  • 1 asam keping
  • Air
Cara-Cara: 
  1. Masukkan bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk bersama secawan air masak hingga mendidih. (supaya bawang dan cili masak-takut sakit perut)
  2. Masukkan kepah, santan dan tambah air hingga paras kepah.Masukkan juga garam, gula dan asam keping.Kacau hingga mendidih.
  3. Apabila ketam bertukar kaler ke merah jingga maknanya dah masak la tu.Sesuaikan rasa dan tutup api


Thursday, January 17, 2013

Selamat Hari Lahir Abg Long

Assalamualaikum....
Hari ini tanggal 17hb Januari merupakan hari lahir bagi putera sulung kami yang ke-15...begitu cepat masa berlalu..terasa masih baru lagi mama menyambut kelahiran anak lelaki yang comel 15 tahun lepas...Sekarang ni sudah pun menjadi anak remaja.Tahun ini abang long akan menduduki PMR.Semoga abang long akan berusaha lebih gigih supaya menjadi insan yang berjaya.Mama dan abah sentiasa mendoakan semoga abang long berjaya di dunia dan akhirat juga sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t selalu hendaknya.Amin..
Pesanan penaja buat besday boy: kurangkan fesbuk dan twitter yea..ingat tahun ni ada exam penting...

Tuesday, January 15, 2013

Udang Gulai Daun Kesum

Assalamualaikum...
Pepagi lagi dah tayang lauk untuk lunch...awal betul yea lina pg masak kih3....Tadak maknanya ni lauk tengahari hahaha...dah tentunya lauk jaman bila punya ni.Takmo bebel panjang sebab banyak keje nak kena setel pepagi ni..Meh la semak resepi.Resepi saya amek kat umah alladaud yg dah bersemak...bersawang bagai dah tu..huh penuh muka cheq spider web maklumlah redah hutan belukar kih2...
sedap gulai udang ni tambah lak ada aroma daun kesum...daun kesum banyak gak tapi mayb dah terbenam ke dalam hahaha...yang nampak dok tercongok 2lai tuh
UDANG GULAI DAUN KESUM
By : alladaud
sharing : lina pg
Bahan-Bahan:
  • 1 sudu besar rempah gulai cap bunga ros (lina pg guna kari Babas jer
  • santan (lina pg gn 1kotak kecik santan ayam brand 200ml kot)
  • kerisik (lina pg xboh terlupa nak beli)
  • 2 sudu besar cili giling,
  • udang 6 ekor (lina pg gn ~1/2kg sbb udang kecik jer)
  • daun kesum
  • cili 2bijik je kami guna
  • secawan air (lina pg boh jer sesuka hati)
  • sedikit air asam jawa (linapg gn 3 asam keping)
  • garam secukup rasa
utk di tumbuk-
  • bawang merah 4 ulas,
  • bwang putih 3 ulas,
  • kunyit hidup
  • halia
  • lengkuas (lina pg xboh xde stok)
cara2
tumis cili giling bersama myk masak hingga wangi
kemudian masukkan bhn2 yg ditumbuk bersama rempah gulai,
air asam jawa dan grm secukup rasa
masukkan udang, gaul rata
tambah air kemudian kacau
masukkan santan hingga mndidih kemudian masukkan daun kesum dan lada..
siap..


Note:
Lina pg tumis bahan tumbuk dulu hingga garing,masukkan cili giling bersama rempah kari.Tumis hingga pecah minyak.Seterusnya ikut step kat atas

Friday, January 11, 2013

Puding Coklat Yogurt

Assalamualaikum...
Lama gak tak wat dessert ni manjanggggg ngan kek jer.Selongkar dalam gobok jumpa lah sepaket agar2 seb baik tak expired lagi serbuk agar2 tu.Terus wat puding yg simple dimple ni..Kije nak senang aje.Kebetulan dalam esbok ada lak plain yogurt.So memandai jer masukkan yogurt dalam puding ni...eksperiment la tu.Humm hasilnya memang sedap..ada rasa lemak manis dan hujung2 tu masam sket...Kat atas lak aku letak whipping cream (Ekceli beli yg dah siap tuh untuk ice-blended)Topping coklat lak aku letak belen2 topping coklat cake...kalau malas belasah aje Hersey syrup sodap gak..cam pestaim wat dulu.Resepi tengok SINI
Nampak sangat tak dak bekas lain..rupanya sepesen jer ngan yg pestaim wat dulu huhu
RESEPI PUDING COKLAT YOGURT
Bahan-Bahan:
  • Agar-agar serbuk 10gram
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 bekas kecil plain yogurt
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan serbuk koko (coklat emulco pun ok gak gn 1sb)
  • Hersey syrup (sebagai topping)atau coklat ganache
Cara-Cara:
  1. Satukan serbuk bahan, kacau sebati.pastikan adunan tidak berketul
  2. Masak di atas api, kacau selalu hingga mendidih.
  3. Masukkan yogurt,kacau rata.Tutup api
  4. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan
  5. Apabila puding telah membeku.Terbalikkan dan curahkan hersey syrup
Note:
Puding ini juga enak dimakan begitu saja,walaupun tanpa topping

Thursday, January 10, 2013

Lasagna Roti@Roti Lapis Daging

Assalamualaikum...
Lasagna roti?hurmmm..bunyi cam pelik jer kan?Sebenarnya nama asal roti lapis daging..tapi bila makan cam kombinasi lasagna dan juga murtabak..Kira fusion gitew....sedap dan mengenyangkan.Kalau korang ada roti yang nak expired tu, rasa2 malas nak wat puding atau apa2 dessert blehla try resepi..
Complete...karbo dari roti n kentang, protin dari daging n telur...plus lemak dari cis (cis bedebah tul ada lemak gak kah2)
LASAGNA ROTI@ROTI LAPIS DAGING
sumber : lina pg

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu kecil (lina pg rebus kentang hgg empuk bersama 1/2 sk garam)
  • 500gm daging cincang (lina pg gn 4 keping daging burger)
  • 1 biji bawang besar (lina pg cincang halus)
  • 3 ulas bawang putih (lina pg cincang halus)
  • 1 biji tomato (lina pg tambah rcp asal xde) dadu kecil
  • 1 sudu besar serbuk kari (jadikan pes)
  • 1 sudu besar cili giling (lina pg tambah rcp asal xde)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti (lina pg gn 12 keping roti)
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor (lina pg gn 4 biji telur gred B)
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)(lina pg gn cheese mozarella)
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Tumis bawang hingga layu,masukkan cili giling dan kari.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging.Biarkan hingga daging empuk.Masukkan kentang.Kacau sebati.Sesuaikan rasa
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi (lina pg just celup jer tak ramas pun)
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat (lina pg bako suhu 160 selama 20min..tu pun rentung gak hihi)
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis

Aku snap siap2 sebelum kebakaran..bukan apa kot2 ada mistake pas kuar oven nnt..kang naya..
 kebakaran...nampak cam okey jerrr..Tapi....
pas kuar oben...huwaaaaa...rentung sket kat tepi....tapi aku cover lain cakap kat anak2..memang camni sebab tepi roti kan keras sket

Wednesday, January 9, 2013

Cucur Susu Lemak Manis

Assalamualaikum...
Menu simple (ekceli sangat simple) tapi amat enak dijamah dengan teh 'O'..tambah lak makan time2 panas lagi..Tak sedar abes sepiring.Cucur ni dah banyak buat tak n3 jer tak terbuat huhu.Pestaim wat aku ikut jer adunan asal..alahai tak cukup lak..pastu tersu doublekan adunan..baru puas makan..Memula heran gak camana bleh jadi bulat comey jerr..terrer betul kengkawan ni mem'bolat'kan cucuq ni..Kalau aku wat kompom2 macam2 pesen dok ada hihihi...Tapi bila dah goreng memang bulat rupanya..walaupun tak sama saiz..Biasalah main hantam saja..Meh kite layan gambo n resepinya sekali.
3 bahan jer..tp sedap

CUCUR SUSU LEMAK MANIS
by : kak fida (myR)
Bahan-Bahan:
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  •  1/2 sk baking powder
  •  1/2 sk bicarbonate soda
  •  6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
  •  1/2 cawan susu segar/cair
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
  2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan... :)
  3.  Angkat cucur dan hidangkan.
N   Note: Lina pg perap sekejap adunan (10-15min) sebelum goreng
L

Monday, January 7, 2013

Sambal Tumis Sotong Kering Kecil@Sotong Cumit

Assalamualaikum...
Bersiaran di tahun baru 2013....Seminggu di bulan Januari baru berkesempatan update blog.Ekceli ni merupakan menu di pagi tahun baru..Sambal tumis sotong kering ni enak dimakan dengan nasi lemak.hmm sedap sangat.Pestaim tengok sotong kering kecil camni selalu tengok yang besar gedabak tuh.So haku gugel cari nama sutun ni..Ooo baru taw rupanya sotong kering kecil ni nama sotong cumi..nak dekat ngan comel kan?Sotong ni mai dari Langkawi..pemberian kekandaku en.Daun (Dedaun Alam)terus minta tips dari Mahsui dia camana nak masak menda alah ni..Jangan kata makan..tengok pun tak pernah..So,kak ipaq cheq kata kena rendam dulu semalaman kasi lembut dulu itu sutun..pastu ada satu blog tu (sori tak jumpa dah link dia) gtau kata kena rendam semalaman sebab sotong ni mayb ada pasir kat dalam tu.Disamping melembutkan sutun,ia juga akan mengeluarkan pasir/bendasing yang ada kat dalam tu..Aku check tengok ada sket2....pastu terus masak cam biasa jer
Ngetest setengah paket jer sutun ni..sedap la pulak..bukan apa takut tak jadi..rugi pulak sutun yg susah nk dapat..Tak pe ada lagi setengah..nanti bleh wat lagi.. 
 set nasi lemak..telur rebus n timun jepun..ekceli sambal ni cam merah sket..mcm kat atas tuh...ni kelabu asap lak..maklumle amek ngan enpon jer kih3..malas haku nk kuarkan kamera
rupa paras sotong sebelum dimasak..kaler purple gitew..

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING KECIL@SOTONG CUMI
By: lina pg

Bahan-Bahan:
  • 15-20 ekor sotong kering kecil (direndam semalaman)
  • 10 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • 1 batang serai (titik)
  • 3 sb cili giling
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula/perasa
  • Minyak
Cara-Cara:

  1. Tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga naik bau dan garing (Masuk sedikit garam semasa menumis supaya bawang garing sekata)
  2. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan sotong.Gaul rata..biar seketika (Tambah air jika nak lebih berkuah)
  5. Sesuaikan rasa (rasa dulu, baru masukkan garam sebab masa menumis dah letak garam sket n sotong ni pun agak masin)
  6. Tada..dah siap...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...