Friday, February 22, 2013

Honey Prawn

Assalamualaikum...
Dah berkira2 nak masak apa untuk keluarga tersayang?Hmmm...belum ada idea?Cer korang cek kat peti ais ada udang tak?Ha...kalau ada udang, apa kata korang wat Honey Prawn yang malaTOP neh.Kompom tak nyesal punya.Dah lama sangat rasanya tak wat HP ni...suatu ketika dulu (cewah cam ayat dolu2 jerr) HP ni mencetus fenomena seantero maya..kalau korang gugel cari mana2 dapur blogger mesti akan terjumpa menu Honey Prawn ni.Saya sendiri pun dah banyk kali membuatnya.Kali ni sesaja gatai tangan pi beli Udang besar time CNY..hah amek ko...beli 5ekoq pun dah dekat rm30.(Secara tak langsung nak habaq kat korang ni menu basi hahah)Takpe la nak makan kan..tak leh berkira sangat.Kalau nak berkira makan ikan masin sudah muahaha..
sangat mabeles...
RESEPI HONEY PRAWN
sumber : lina pg

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)lina pg gn 1sb cili giling
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)lina pg gn daun bawang
  • 1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.Masukkan cili giling.Tumis lagi hingga pecah minyak
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

Thursday, February 21, 2013

Chilled Chocolate Cheese Cake In Jar

Assalamualaikum...
Akhirnya berjaya menemui jar idaman hati...comey tul balang2 ni suma.Bentuk 4 segi dan juga bulat senget tuh hahaha..Projek pertama ialah Chilled Cheese Cake.Resepi tokey kek Anna Qawina.Pernah wat sekali tapi versi dalam mangkuk sebab tak jumpa balang ni.Ehem..ehem yang nak mengorder ke?Hmm...nanti saya fikirkan..cubalah risik2 anto e-mail atau contact kat fb yea...
Ingatkan senang masuk dalam balang ni rupanya mencabar kesabaran jugak...sememeh jer hasilnya...
sedap neh..cam makan aiskrim yang tak cair..kelasss gitew...terliur tak?
Resepi Chilled Chocolate Cheesecake in Jar.  
Olahan Resepi : AnnaQawina
Sharing : lina pg

(make 4 jars 200ml)
Bahan-bahan :
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas kecil yogurt
  • 30g gula kastor
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
  • 1/2sdb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sdb air hangat

Chocolate Ganache : Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
  • 200 grm coklat masakan (lina pg gn Dark Coklat Semisweet)
  • 100 ml susu cair (lina pg gn whipping cream)
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
  • Masukkan yogurt, gaul rata.
  • Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). 
  • Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
  • Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 
  • Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
  • Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
  • Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
  • *Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base@kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.

Wednesday, February 20, 2013

Black Forest Cake

Assalamualaikum...
Kek Black Forest ni saya buat untuk anibeseri (11/2/13)saje selebrate awal sebab time CNY nk balik kampung...Date anibeseri lak jatuh hari odw ke Penang.So,secara tak langsung segalanya kena tunda ke esok harinya.Tak dak menda pun just keluar makan2 kami anak beranak jer.Kalau tak celebrate apa2 pun kuar makan2 gak haha...Cuma kalau spesel date tempat makan spesel sket la...Tak mo citer pasal anibeseri la sebab dah basi.Saja nak tayang kek hutan tebal ni...Hmmm tang deko tu still need more practise...nampak sangat la amaturnya huhu...Bila tengok harga kek ni kat kedai..mak aih mahainya..pada hal kek span jer pun..pastu lapis2 ngan fresh cream..boh filling...amboi statement belagak...Bila dah buat sendiri hah amek kau...berpeluh jantan gak nak siapkan walaupun deko bodoh2...Berjam2 gaklah nak siapkan...dahlah kek span buat sendiri,nak belah kepada 3 bahagian..pastu melapis bagai...amek masa berjam-jam.Memula terpikir gak nak amek order Kek Black Forest ni..tapi nampak gayanya kena pikir banyak kali la...banyak masa kena spend untuk kek ni...Kang tak makan nasi lak anak2 haha
Tak dak ceri merah..hentam je guna ceri hitam ni sedap gak..manis2 masam 
 Buat 3 layer...terlebih tinggi lak...tak muat masuk kotak 10in...Rasanya kek ni kalau mengguna resepi Devil Chocolate Food Cake  lagi mantap rasanya.Ini pendapat saya..compare ngan plain kek span camni..

RESEPI BLACK FOREST CAKE
Reference: Nadz COSK
Sumber : Lina pg
KEK BLACK FOREST
Bahan-bahan:
  • 1 biji kek span coklat bersaiz 9 inci
  • Blueberry filling secukupnya
  • Dark pitted cherries (Naz guna buah peach dalam tin) lina pg xboh
  • Parutan coklat (xboh)
  • Chocolate rice secukupnya
  • Beberapa biji cherry merah bertangkai atau maraschino cherries (lina pg guna ceri hitam)
  • 300 gm-500 gm fresh cream, dipukul kaku 
 
1) 1 biji kek span coklat.Resepi ada kat bawah..

2) Belah kek kepada 3 bahagian..Fresh cream secukupnya
 3)Sapukan FC ke atas kepingan kek.Sapu rata dengan cermat supaya serdak kek tidak mencomotkan kek

 4)Sapukan bluebery filling.Letak kat tengah jer..Jgn ketepi sangat nanti sememeh lak

 5)Seterusnya ulang langkah yang sama untuk lapisan kek kedua dan ketiga.Hasil tanganku yang paling comey..sperti gambar di atas muahaha

RESEPI KEK SPAN
Bahan
  • 200g tepung kek(ayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko(ayak)
  • 130g gula kaster
  • 1 cawan arcopal minyak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sk ovellete
  • 4 biji telur gred A (asingkan putih dan kuning)
  • 1 sk baking powder(ayak)
  • 1 sk soda bikarbonate(ayak)
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 sk cream of tartar
Cara:
  1. Panaskan oven. Griskan acuan. Tabur tepung di dasar loyang.Bahagian tepi loyang biarkan xyah gris
  2. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tar dan esen vanilla dan separuh sukatan gula halus Pukul hingga kental (soft peak).
  3. Satukan kuning telur separuh lagi gula,ovellete pukul hingga kembang dan gebu.masukkan susu cair dan minyak pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil kaup bahagian tepi supaya adunan sebati.
  5. Kaub balik adunan tepung dengan meringue (putih telur)
  6. Tuangkan ke dalam loyang.Bako suhu 160 selamat 40min.Lina pg bako api bawah selama 20min.Selebihnya api atas dan bawah.

Tuesday, February 19, 2013

Crispy Crab Stick

Assalamualaikum...
Kudapan di kala petang hari yang sangat sedap....sambil2 layan tv mulut krup krap makan crab stick yang rangup ni.Cuma kena ada sedikit kerajinan untuk menyiat jejari ketam, hiris memanjang setebal 1cm dan goreng.Sudah siap kudapan seisi keluarga...Sangat senang bukan.Senang tak senang silap teknik menggoreng..lembik lak crab stick ni.Kena pandai kawal api ya...takleh kecik sangat, tak leh besar sangat...bab kata Iwan Dangdut...yang sedang2 saja....cewah..
Crispy crabstick ni saya lihat banyak versi gak..ada yang mencampurkan dengan tepung beras, tepung jagung.Tapi untuk kali ni saya menggunakan resepi dari sumber asal myR.Nanti lenkali bolehlah ikut style kawan2 blogger yang lain pulak..
2-3jam gak nak siapkan 1kg crab stick..dari menyiat dan menggoreng.Tapi bab memakan tuh..jap jer tengok2 dah setengah balang menyusut haha..
RESEPI CRISPY CRAB STICK
By : Che iza (myR)
sumber: Lina pg

Bahan-Bahan:
  • 1 kg crab stick 
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Siat-siat crabstick dan potong memanjang setebal 1cm (agak2 je la)
  2. Goreng deep fry (api sederhana)
  3. Angkat dan toskan
  4. Biar betul2 sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara
1)Bahan pun simple jer 1kg crab stick
2)Kalau korang perasan, crab stick ni dalam bentuk gulungan...silalah buka gulungan itu
 3)Ha...jadi camni..dah terbuka gulungan tuh
 4)Potong memanjang, size camni laha agak2 dalam ~1cm kot

 5)Dengan gigihnya silalah habeskan 1kg filament crab tuh huhu

6)Goreng dalam minyak yang banyak.Api sederhana saja.kalau sapi kecik..makan minyak lak..jadi lembik.kalau besau sangat, kang hangus lak..So,pandai2 la kawan api

7)Angkat dan toskan...letak atas kitcehn towel supaya dapat menyerap minyak...

Monday, February 18, 2013

Wantan Goreng Dan Tutorial Melipat Kulit Wantan/Wanton

Assalamualaikum...
Salam siaran suma kawan2 maya dan pengunjung TMK..kali ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat ringkas iaitu Wantan Goreng.Sebenarnya agak kompius ni..yg betulnya wantan ke wanton.Ah! hentam saja la labu..asal bahagia haha..Memula tengok Tun Telani tayang kat fb terus terjah blog...tengok resepi senang jer, terus usaha gigih cari kulit wantan ni.Ish...kulit wantan ni pun pandai main sorok2 time kite tak na, ada jer dok nampak...tapi bila cari...menyorok lak...jenuh tawaf dalam supermarket baru terjumpa.Rupanya wantan/wanton pastry ni tidak diletakkan di bahagian sejuk beku ya kawan2.Cuma diletakkan di bahagian chilled...
Saya wat bentuk bunjut n bentuk sampan..suka ati la korang la nak lipat camana pun janji inti kat dalam tak terburai sudah.
yang ni sy frozen dulu n simpan untuk laling sebab dia balik lambat.nak simpan yang siap goreng takut lemau lak..pastu snap ngan enpon jer sbb suka tengok wantan gomok2 ni...

WANTAN GORENG
Sumber :Tun Telani
Sumber2 : Lina pg

Resepi asal sila terjah blog Tun yea...saya tepek kat sini sesuka suki hati saya jer
Bahan-Bahan:

  • 1 peket kulit wantan
  • 5 keping daging burger ayam
  • 100 g isi udang - dadu (lina pg gantikan dgn crab stick-cincang kasar)
  • 1/2 bj bawang besar- cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung (lina pg x letak)
  • 1 tsp minyak bijan (lina pg xletak)
  • 3 sudu makan kicap cair - tun lupa nk letak (lina pg pun xletak)
  • 1/2 tsp lada sulah 
  • 1 btg carrot - sagat - tun tambah (lina pg xletak)
  • 1 cwn kobis sagat - tun tambah (lina pg xletak)
  • Sedikit daun bawang (lina pg tambah rcp asal tadak)
  • garam secukup rasa (xletak sbb dgg burger dah ada rasa)
Cara2

  1. Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  2. Letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  3. Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili. 
TUTORIAL MELIPAT WANTAN BENTUK SAMPAN
 
1)Kulit wantan secukupnya.Ini kulit wantan yang Lina pg gunakan...yg penting ada tanda halal JAKIM


2)Letakkan isi wantan.Letak sket jer taw..agak2 muat untuk lipat.Kalau banyak kang terburai lak


3)Letak sket air di sekeliling kulit...nampak kat tepi kaler cerah sket kan..bahagian dalam nmpk putih2


4) Cantumkan bahagian yang disapu air, sambil tekan2 untuk buang bubble dalam pastry...air tadi fungsi sebagai gam untuk melekatkan pastry wantan


 5)lipat bahagian nipis ke atas


6)Dirikan bahagian tengah... dan lenturkan camni


7)cantumkan bahagian yang bertemu tuh dengan meletak sedikit air..buat sket kemasan


8)Tadaa...dah siap...wantan bentuk sampan (sampan senget) haha

Note: Kepada sifu2 n pakar masak suma sila abaikan tutorial ini..Teknik ini hanya untuk yang baru2 nak belajar (macam saya)

Friday, February 8, 2013

Kari Kepala Ikan Rempah HomeMade

Assalamualaikum...
Kat umah ni kalau dalam masa sebulan tu tak sah kalau tak masak Kari Kepala Ikan.Kali ni spesel sket sebab menggunakan rempah kisar.Ekceli hubby yang gi pasar beli segala bahan mentah untuk masak.Tengok2 ada kepala ikan lak.Tanya dia tak beli ke rempah kari ikan.Kalau kari daging/ayam memang ada stok.Hmm..ingatkan ada katanya.Takpelah nanti jap lagi dia pi beli.Takpe2 my laling memandangkan isterimu yang terchenta ni dah ada tempat yang tuju mencari rempah karihome made...so, takyah ke kedai lagi...Si,haku terus terjah umah kak Noor..aritu dh usyar dah bahan2 cuma tak bape ingat sukatan jerr.Apa lagi terus ON jer lah...
Time dok menyagai tuh dah harum satu umah...dalam hati,InsyaaAllah menjadi kari kepala ikanku nanti.
Terima kasih ya kak Noor atas resepi ni.Saya panjangkan kat sini pulak
picas macam biasa guna enpon sajerrr...malas wei nak amek kamera
RESEPI KARI KEPALA IKAN REMPAH HOME MADE
Sumber2: Lina pg
Resepi asal sila rujuk umah kak Noor, yg kat bawan saya main taram ikut methode sndri
BAHAN
  • 1/2 kg ikan kembong dibersihkan (lina pg gn 2 ketul kepala ikan merah)
  • 1 1/2 cawan santan cair (lina pg boh air jer)
  • 1/2 cawan santan pekat (400ml santan pekat)
  • Sedikit halba campur
  • 2-3 sb cili giling
  • sedikit daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • 1 biji ubi keledek di potong (xboh xperasan lak huhu)
  • 2 kuntum bunga kantan (lina pg tambah rcp asal tadak)
  • Bendi
  • Cili ijo dan merah
  • Buah tomato belah 4
  • 1/2 labu bawang besar (di mayang)
Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2  inci lengkuas
Bahan Rempah
  • 2 sb ketumbar goreng tanpa minyak (blend gn blender kering)
  • 2 sudu jintan manis goreng tanpa minyak (blend gn blender kering)
  • 1 sudu jintan putih goreng tanpa minyak (blend gn blender kering)
  • 2 sb serbuk kunyit
  • 2 sb serbuk cili
  • 1 sk serbuk kas-kas
CARA
  1. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis lah bawang besar dan bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukan halba campur dan daun kari kacau sekejap kemudian masukan bahan rempah kacau lagi 
  3. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga betul2 pecah minyak.kalau perlu masukan pati santan dan perlahankan api biarkan rempah ni merenih dan betul2 masak.
  4. Masukan ubi keledek yang telah di potong bersama dengan lebihan santan dan air asam jawa dan garam, bila ubi dah empuk baru masukan ikan
  5. Masukkan segala sayuran bendi,cili dan tomato...jangan lama tau lepas masukan ikan tu kejab je pun ikan dah masak, jadi boleh lah di angkat dan di hidangkan dengan nasi panasss aduh, tak tau lah sapa yang kena ni hahahaa...

Wednesday, February 6, 2013

Ikan Dory Sos Lemon

Assalamualaikum....
Asyik menu omputih jer kan?Ekceli bukan berturut pun makan makanan omputih..tapi n3 yang berterabur hahaha.Pestaim saya wat ikan Dory ni biasanya wat ikan salmon.Bolehlah cube2...Saya beli ikan dory frozen...nampak cam besar, bila dah difroz nipis jer jadinya.Lenkali kena beli banyak sket.Resepinya lebih kurang cam Salmon Grill gak cuma saya tambah herba omputih banyak sket.Lagi mantap rasanya.Cuma tang sos tu termasam sket huhu
Ikan Dory ngan Sos Lemon...tanpa karbo...adeh tak kenyang la pulak...perut org kampung la katakan.
RESEPI IKAN DORY DAN SOS LEMON
By: Lina pg

Bahan-Bahan:
  • 6 Keping ikan Dory (fillet)
  • 1 inci halia muda (ketuk )
  • 4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
  • 1 biji lemon ( ambil jus )
  • 1-2 sudu makan sos ikan ( Nampla )
  • Sedikit rosemery kering, tyme
  • Garam & Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
CARA PENYEDIAAN : 
  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam,herba
  2. Satukan halia, bawang putih, jus lemon, nampla, sedikit garam dan perasa
  3. Masukkan kepingan ikan dan perap 30min
  4. Grill ikan hingga masak.Saya guna pan jer
SOS LEMON
Bahan-bahan 
  • 1 sudu besar  mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (lina pg gn heba tyme,rosemery n oregano)
  • 1/2 cawan susu cair + 1/2 cawan air
  • 1 sb jus lemon (nx time kena kurangkan sket-rasa masam lerr)
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara
  1. Panaskan butter dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. 
  2. Masukkan susu cair, garam, jus lemon dan lada hitam.Kacau selalu supaya kuah tidak berketul.Tambah air jika nampak kuah terlalu pekat.

Tuesday, February 5, 2013

Pavlova For My Loves

Assalamualaikum...
Rasa macam dah lama tak makan pavlova.Hari tu tengok program Walimatul Urus Perkahwinan Apek (Che Mohd Khairul Fahmi ngan Leuny)ada la sebut pasal wifey dia wat pavlova...tetiba tekak tingin lak nk pavlova.Tambah lak time meronda jumpa buah-buahan tempatan import yang segar terus rembat...kali ni spesel sket sebab dapat buah bluebery hehehe.Apa la suma bahan dah ada terus ON projek.Wat pavlova ni senang tapi kena sabar sebab dibakar dengan suhu yang rendah jerr.Selalu wat kek kena bako dalam range 150-170'C kan tapi Pavlova ni dalam range 100-110'C jer selama sejam.Kalau tak masak lagi kena tambah masa lagi.Sambil tu kenalah tunggu depan oven ya untuk saat2 akhir tu, kalau rentung sapa yang nanges haha.
kali ni saya guna Fresh cream lagi sedap compare guna yang ready spray tuh
gamdingan bluebery, stobery dan kiwi.Kiwi tuh dah ranum sket..lembek la pulak..
RESEPI PAVLOVA

Bahan-Bahan: 

  • 4 biji putih telur gred A (pada suhu bilik)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sb jus lemon (lagi sedap gn lemon)
  • 1 sk esen vanila
  • 2 sb tepung jagung

Cara-Cara: 

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 20min.Tapi time nak bako turukan ke suhu 120 dajah celcius (depend pada suhu oven masing2)
  2. Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tar-tar dan jus lemon dan esen vanila.Mix lagi.
  3. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kental/bertanduk (jika diterbalikkan mangkuk adunan tidak tumpah)guna speed maximum
  4. Bila adunan kental,masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit kaedah kaup balik (kacau sehala)
  5. Sediakan dulang pembakar, lapik dengan baking paper.Masukkan adunan tadi.(linapg main hentam wat bulat.Ketebalan tu agak2 sendiri la ye.
  6. Masukkan ke dalam oven (letak kat rak tengah).Bako selama 1 jam 15min.Linapg bako dgn suhu 120 degree celcius untuk stgh jam pertama, selebihnya gn suhu 110 darjah celcius jer hingga golden brown.Cuak gak la..jap2 jengok takut rentung hihihi..Tapi jgn lak ngengada pi buka pntu oven.Tak pasal2 penyek jadi telur dadar
  7. Dah siap masak.nampak garing kat luar dan bla ditekan2 lembut kat tengah

Cream (Topping)
Bahan-Bahan:

  • 1 cawan whipped cream (non diary)rasa dulu kalau manis,xyah tambah gula
  • Buah-buahan segar (buah masam2 taw stoberi, blueberi)

Cara-Cara:

  1. Pukul cream dan gula hingga kental (bertanduk)
  2. Sapu cream (nak cantik,wat piping)ke atas pavlova dan hias dengan buah2an segar
  3. Simpan dalam esbok 1-2 jam.Agak2 buah n cream dan sejuk bolehlah ngap.

Monday, February 4, 2013

Nasi Ayam Lemon

Assalamualaikum...
Adeh camana leh termissed lak n3 Nasi Ayam Lemon ni.Ekceli dah lama sangat dah wat.Hampir lupa ngan resepinya pun.Ok lah takmo bebel panjang sebab banyka kije nak kena setel ni.Ni kira nasi ayam fusion la diberikan sedikit sentuhan moden (kunun la kannn)...
Set Nasi Ayam Lemon, sup dan sedikit sayur...
yang ni untuk laling...ingatkan dia xmo makan nasi...sekali mkn abes sepinggan gak nasi haha
NASI AYAM LEMON
By: Lina pg

AYAM LEMON
Bahan-Bahan
  • 4 keping whole legs
  • Perahan jus lemon (lina pg guna sebelah jer)
  • 1/2 kiub ayam
  • rosemery kering
  • 1 sb kicap manis
  • 1sb sos tiram
Cara:
  1. Perap semua bahan di atas selama setengah jam.
  2. Bakar dalam oven suhu 160'C selama 30-35 min.Terbalikkan ayam lepas 20min.
SUP
Bahan-Bahan:
  • Sedikit ayam potong kecil2 (lina pg guna bahagian tulang)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 cm halis
  • 1 sup bunjut
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kiub ayam
  • Karot dan kentang (dadu kecil)
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang bersama bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan ayam.Kacau sebentar untuk kecutkan ayam
  3. Tambah air (sukatan kena double dari masak sup biasa).Masukkan sup bunjut, kentang,karot dan kiub ayam.
  4. Tunggu hingga ayam dan kentang empuk.Tutup api
NASI AYAM SIMPLE
Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras (cuci bersih dan toskan)
  • 4 cawan kuah sup
Cara-Cara:
  1. Satukan beras dan kuah sup.Masak macam masak nasi biasa.Tak yah tumis bagai.Senang kije hahaha

Friday, February 1, 2013

Kentang Putar@Whipped Potato

Assalamualaikum...
Kali ni sengaja saya wat n3 berasingan Kentang Putar ngan Lamb Chop.Bukan apa senang kalau kawan2 kat luar sana nak wat 'carian'.Masa n3 Ayam grill tuh saya boh sekali ngan resepi kentang ni nampak panjang berjela lak n3 haish sampai naik semak huhu.Kentang Putar ni memula rasa ada ala-ala kentang putar KFC, tapi anak2 kata mama punya lagi sedap la...yea ke?ke saja amek ati mama...hmm..anak2 suma pun sedap...Kalau nak tengok gandingan kentang putar ni bleh klik SINI  dan SINUN hehe
ekceli tak putar pun,main lenyek sekuat hati
 lina pg guna kentang Russet yg sebesar tapak tangan isi kaler putih dan senang untuk dilenyek
Ni dia bawang kuning...sedap rasa manis...
RESEPI KENTANG PUTAR@WHIPPED POTATO
Bahan-bahan

  • 2 biji kentang besar (~750g)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)

Cara-cara :

  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (anggaran 1cm-supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  2. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  3. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. 
  4. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 
SOS KENTANG PUTAR
Bahan-Bahan:
  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sb (rata) tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air (atau lebih)
  • 2 sb mentega
Cara-Cara:
  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Note:
Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2  la kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...