Thursday, March 28, 2013

Resepi Feather Light Cheese Cake

Assalamualaikum..
Pestaim tengok kek ni kat fb Evelyn Gemina, terus jatuh cinta.Memandangkan cream cis memang sentiasa ada dalam simpanan, terus saja ON projek baking kek keju ni.Sangat mudah dan sedap...Tak mo bebel panjang, meh la kita semak resepi...Pas ni TMK bercuti siaran buat sementara waktu ya menghabeskan baki cuti sekolah...
 nampak tak tektur dia yang lembut dan gubu tuh
 peringatan handle with care..sangat fragile..masuk mulut lesap
pas kuar oven..3x cucuk baru masak haha...marble ke laut sebab ada masalah teknikal haha
RESEPI FEATHER LIGHT CHEESE CAKE
Sumber : Lina pg
( Sila rujuk pada link sifu2 kat atas yea..resepi kat bawah ni ikut methode saya buat)

Bahan-bahan
  • 250ml susu segar/susu cair
  • 20g butter
  • 125g cream cheese - suhu bilik
  • 60g tepung Hong Kong (tepung gandum/tepung kek pun ok)
  • 3 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji putih telur
  • 1/8 tsp cream of tartar
  • 80gm gula
  • 1sk jus lemon
  • secubit garam
  • 1sk coklat emulco
Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 175'C. Gris loyang 8in dan taburkan sedikit tepung
  2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat.Masukkan jus lemon.Ketepikan dan biarkan suam sebentar.Boleh juga dilakukan kaedah double boiler
  3. Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
  4. Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
  5. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
  6. Ambil secawan adunan dan campurkan dengan choc emulco.Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
  7. Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.

Monday, March 25, 2013

Tempahan Kek Coklat Moist ButterCream

Assalamualaikum...
Bermain dengan buttercream agak mencabar bagi amatur seperti saya.Deko buttercream yang simple camni a.k.a deko bodow-bodow camni pun amek masa dua jam huhu.Kalau yg pro tu..rasanya setengah jam pun tak sampai.Tuan punya request untuk kek coklat moist n tulis hepi besday.So, saya wat simple jer la..Lagipun tangan sangatlah keras huhu.Hanya ini yang mampu dihasilkan.Semoga sahabat baikku berpuas hati.Ada sesiapa nak order ke..Silalah inbox di fb ya...Ops..Penang area only hihi
Berat kek 2kg...

Friday, March 22, 2013

Ayam Masak Kicap & Cendawan

Assalamualaikum...
Kat rumah ni, kalau hari2 makan ayam pun xpe..kompom licin punya..Tak taulah tekak anak2 ni suka sangat ngan ayam..sampai mama ngan abah naik jemu jugak.Kang masak ikut tekak kite tak makan lak deme ni huhu.Layan ajelah tekak depa...Kadang2 naik pening gak nk masak ngan ayam ni...kalau malas sangat wat ayam goreng berempah ataupun ayam goreng bodow ajer..Itupun anaka2 kata sedap...dah watak utamanya ayam..tentulah sedap kat tekak anak2..
Hari ni..dah ketandusan idea...bahan utama ialah ayam..kemarin dah buat kari ayam, adeh pening kepala cari idea.Buka peti ais ternampak cendawan butang (dalam tin)yg belum digunakan lagi.Hmm tentu korang pelikkan cendawan dalam tin simpan dalam esbok.Tak guna lagi lak tu..Kisahnya dak maisarah ni suka sangat tanggalkan kertas pembalut kat tin tu, segala macam pembalut abes ditanggalkannya.Sardin, susu cair dan cendawan butang ni.Susu cair berbeza sket sebab bila goncang cuma dengar air jer.Lagipun tin lebih rendah.So tak la tertukar bila nk buat kek.Pastu bila nk nk masak sardin, jadi pening kepala..dah la tin sama tinggi..goncang ada bunyi air dan menda lain kat dalam..maknanya ada isilah..dengan konpiden terus buka tin..alahai cendawan la pulak...seb baik buka sket jer..Terus simpan dalam esbok..Buka tin kedua baru betul sardin.Bertuah sungguh dak Maisarah ni...Kes nak perabihkan cendawan ni la..terhasilnya Ayam Kicap dan cendawan ni...sedap gak bula digandingkan bersama....Panjang tul citer ari ni hehehe
suka kuah pekat camni...

RESEPI AYAM MASAK KICAP DAN CENDAWAN
By : Lina pg

Bahan-Bahan :

  • 12 ketul ayam ( setengah ekor ayam sy potong kecik2)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih ( kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 1 labu bawang besar (hiris nipis)
  • 1 tin cendawan butang (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 4 sudu makan cili boh
  • 2-3 sudu makan kicap pekat ( sy guna mahsuri lemak manis)
  • Kicap manis secukupnya ( agak2 la )
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-3 keping asam keping
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Minyak
  • Air secukupnya ( untuk kuah )
  • Garam & serbuk perasa

Cara-Cara :

  1. Panaskan minyak kulit kayu manis dan bunga lawang.Masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing
  2. Masukkan cili boh, tumis lagi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ayam,gaul dengan bahan tumisan hingga mesra.Kacau sekali sekala hingga ayam separuh masak.
  4. Masukkan kicap ( kicap pekat dan kicap manis) dan sos tiram. Kacau sebentar. 
  5. Masukkan sedikit air, sama paras ngan ayam..masukkan asam keping..renehkan sebentar..(supaya kicap meresap ke dalam ayam)
  6. Tambahkan air jika ingin lebih berkuah. Tambahkan garam & serbuk perasa jika perlu.
  7. Masukkan cendawan, hirisan bawang besar dan tomato.Tunggu hingga ayam empuk

Wednesday, March 20, 2013

Resepi Puding Trifle Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kali ni wat Puding Trifle.Kaler maler yang memeriahkan lagi puding ni.Memang menjadi satu tarikan untuk memakannya.Sesiapa yang belum mencuba..dipersilakan memang sedap dan lembut.Terasa nyaman masuk anak tekak dikala mentari hangat membahang.Ewah..bahasa berbunga2 lak..Hari tu ada tengok Tun Telani  wat Puding Trifle in Jar...so kita pun wat jugaklah sket..saja ngetest skill haha...Ada yang nk order ke?Untuk hantaran ke door gift ke?menarik ni kaler maler....reben menten pink la kan sebab kaler tu yg cheq ada...Kalau berminat,sila hantar e-mail ada kat side bar tuh...
sweet jer kan...suka tengok
 Lagi seketoi upload
Ni versi dalam casserol lak...tak kosa haih nk boh dalam balang semua..kami jer yg nak makan...
Hasil bedah siasat..snap dalam bekas jer...3 layer yg sedap...

RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP
by : Lina pg

BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)- sy gn agar2 jer sbb lupa beli
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.2liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1-2 titis pewarna merah
CARA
  1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat hoket.Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.
Update:
Sekiranya menggunaka Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad


Tuesday, March 19, 2013

Resepi Sira Labu/Labu Sira

Assalamualaikum..
Buah labu ni saya angkut dari kampung masa CNY aritu lagi...Lupa lak nak tanya bonda..sama ada labu ni dibeli atau yang bonda tanam di belakang rumah.Tengok ada tergolek kat ceruk dapur.Terus paw ngan bonda bawa mai Penang.Tapi sampai kat Penang pun tergolek tepi dinding gak buah labu ni..Kesian tul nasib labu ni hihi...kali ni sampai gak seru untuk 'mengejakan' si labu ni.Sebelah saya wat masak lemak dan sebelah saya buah sira.Nak buat sira sebiji labu ni takut anak2 tak makan pulak.Bukan boleh diduga tekak budak2 kat umah ni.Seb baik si sulung makan Labu sira ni
Labu Sira sangat sinonim dengan kenduri di klate.Kalau kebetulan musim buah labu ni mesti setiap umah yang buat kenduri akan menghidangkan juadah ni.Hmmm..kalau bukan alamat kempunan lah nk merasa keenakan labu sira ni.Selalunya Labu sira kenduri akan manisssss yang amat..Terasa kena minum 2-3 gelas air kosong untuk menghilangkan manis yang melekat di tekak huhu.Bila buat sendiri barulah menepati citarasa sendiri kan?Meh kite semak resepi...
 Labu Sira yang sedap..manis yang sedang2...
RESEPI SIRA LABU
By: Lina pg

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji labu
  • 3 sb gula merah
  • 3 sb gula perang/gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • Air kapur
Cara-Cara:
  1. Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
  2. Cuci bersih dan toskan labu
  3. Susun labu ke dalam periuk dan taburkan gula merah dan juga gula perang.Sukatan gula terpulang kepada citarasa.
  4. Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
  5. Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga labu empuk
Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula

 
Lina pg hanya gunakan separuh dari labu yg bersaiz comel ni saja.Bukan apa takut tidak mendapat sambutan, jenuh mama ngan abah nk habeskan huhu
Labu yang telah dikupas kulit, direndam dalam air kapur.Kapu makan ya..bukan kapur kasut...kang ada yg boh kapur kasut anak..cheq tak bertanggung jawab kalau cirit birit hihi.Tujuannya untuk memejalkan isi labu.Labu akan dimasak lama.Kalau tak rendam nanti isinya akan hancur.Gitulah kesahnya
Pas rendam.cuci bersih dan toskan..ingat cuci bersih2 taw..kang pahit lak rasa kapur
 Susun labu dalam periuk.Pastu tabur gula secukup rasa n daun pandan..Owh..korang gelak sebab piyuk buruk..Hmm..buruk pun still berguna.Suka guna sebab tebal n masakan tak hangus
 
Tutup periuk dan msk guna api yang kecil.Lina pg masak selama 1jam
Tara...labu sira dah siap...

Monday, March 18, 2013

Resepi Kek Coklat Lapis Cream Cheese/Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum...
Pestaim tengok kek coklat layer ngan cream cheese kat umah Hana terus jatuh cinta.Nampak cam senang jer nak buat.Cuma tuan badan jer selalu tak senang untuk menerai resepi.Hmm bila ada waktu senggang terus godek2 wat kek ni...Memang sedap dan lembut.Saya potong ni time suam2 lagi...Hurmmm alangkah nikmatnya makan time suam..ada setengah kek tak sedap kalau makan masa panas..kena sejukkan dulu 3-4jam baru rasa nikmat.Tapi lain ngan kek ni..masa suam pun dah sedap..apatah lagi kalau sejukkan dulu dalam esbok mesti bertambah2 sedap...Tak caya...kenalah try sendiri...
 kali ni cheq malas nk posing beratur sopan bagai...ni nama dia..posing sambrono..sebelah pegang kamera sebelah suap kek..
Ni rupa kuar dari loyang...layer pun comot2 jer..
RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Rujukan Dari Sifu : Yatie Ratu Talam n Hana
Sharing : Lina pg
(Loyang 8x8x3)
BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - lina pg gn 50g
  • 1 biji telur gread A
  • 1 sudu besar air - lina pg guna susu cair
  • 1 sk jus lemon
  • 1 sudu besar tpng gandum - lina pg gn tepung Hong Kong
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko* (lina pg gn 1/2 cawan)
  • 1 sudu kecil baking soda* (lina pg gn 1/2 sk)
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.(Last punya lina pg kukus selama 30min)
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Friday, March 15, 2013

Resepi Ikan Pesmol

Assalamualaikum....
Salam Jumaat semua....dah lama nak mencuba resepi ikan pesmol ni.Kali ni baru terlaksana..bila jumpa ikan siakap terus beli..Apa lagi terus on menu pesmol ni.Jangan tanya ya apa maksud pesmol tu, saya pun xtau.Resepi asal dari buku resepi ketuk2 ramadan.Penyumbangnya ialah Serina Chef Wan.Resepi ni seakan-akan percik, ala-ala rendang pun ya jugak.Kalau nk tau macam mana rasanya tu, kenalah cuba dan nilaikan sendiri.
sy snap ngan enpon jer ni..
sumber asal Majalah ketuk2 ramadhan..
RESEPI IKAN PESMOL
By : Serina
Sumber lain : CT Zaliedana
Sumber : Lina pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
  • garam, kunyit dan lada hitam yang baru dikisar
  • 1 batang serai dititik
  • 2 cm lengkuas dititik
  • 5 biji cili padi
  • Sedikit hirisan karot
  • Buah tomato
  • Daun ketumbar
  • 2 helai daun limau purut 
  • 2 helai daun salam
  • 2 cawan santan pekat (lina pg guna 1cwn susu cair)
  • air perahan daripada 1 biji limau nipis
  • gula

Bahan Kisar

  • 5 tangkai cili merah (lina pg gn 2 sb cili giling)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji buah keras (xletak)
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 2.5 cm halia

Cara-Cara

  1. Lumurkan ikan dengan garam, kuinyit dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
  2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut, karot
  4. Masukkan susu cair dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula
  5. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.Kacau rata
  6. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

Thursday, March 14, 2013

Resepi Bingka Ubi Kayu/Bengkang Ubi kayu

Assalamualaikum...
Salam siaran semua...hari ni nak kongsikan resepi Bingka Ubi Kayu.Kalau saya panggil Bengkang Ubi Kayu.Walau apa pun nama kuih ni, sememangnya kuih sedap.Rasa lemak2 tak berapa manis hihi.Tambahan pulak mengguna ubikayu kuning segar dari umah bonda.Picas kelabu asap sket sebab snap guna enpon ajerr.Biasalah pagi2 buta sebuk ngan anak2 nak gi sekolah kan?Mana sempat nak capai kamera bagai.Ni pun main potong guna pisau biasa ajer.Sememeh jer potongan tuh...Kerat sesuka hati janji putus..boh dalam pinggan..hah snap jer cepat2...
2 ketoi sekali ngap jer...clear pinggan hihi...sedap

RESEPI BINGKA UBI KAYU
Sumber : myR
sumber 2 : lina pg

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan ubi kayu kuning yg telah diparut/sagat 
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit garam
  • sagu dari ubi kayu

Cara-cara
  1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
  2. kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
  3. setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
  4. air dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
  5. setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati akan mendap di dasar besen)
  6. kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
  7. tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
  8. bakar dlm oven 175C selama 1/2jam atau sehingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2


 ubi kayu yg telah dikupas
 siap diparut.sagat menggunakan pemarut kelapa
hasilnya setelah siap dibakar...

Wednesday, March 13, 2013

Resepi Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum..
Asam pedas kegemaranku..kuah mesti pekat2..bila cuci tangan baunya masih melekat..hurmm sedapnya.Asam pedas ni banyak veriaty...tapi saya suka yg kuah macam ni.Memang menepati citarasa.Kalau kat Penang ni asam pedas bukan camni.Lebih kepada singgang/pindang.Kuah cair2 gitew...Pernah wat Asam Pedas ni dulu (dah lama dulu)time baru2 berjinak dengan myR yang banyak memberi rujukan kepada saya..
Bila saya hidangkan Asam Pedas Melaka ni,anak2 terus komen..mama masak kari..Eh!tak lah..ni asam pedas..cam kari jerrr...Itulah anak2 ni sebab kari nonya yang saya buat juga seakan2 asam peda sebab menggunakan daun kesum dan juga bunga kantan yang sinonim dengan asam pedas...Tambahan pulak resepi ada mengguna rempah jinta putih dan jintan manis...Apa pun memang terbaik..

Saya lebih sukakan asam pedas yang semalam punya hehe..bila dipanaskan kuahnya akan lebih pekat...sedapnya cicah ngan roti
RESEPI ASAM PEDAS MELAKA
sumber : lina pg

Bahan-bahan
4 keping ikan pari

Bahan kisar:-

  • 3 biji bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis (serbuk)
  • 1 sudu teh jintan putih (serbuk)
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

  •  1/2 bawang besar-hiris
  • 1 sk halba
  •  1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
  3. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  4. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

Tuesday, March 12, 2013

Tempahan Oreo Cheese Cake in Jar(Chilled)

Assalamualaikum...
Melangkah setapak ke hadapan, kini saya mengambil tempahan Cake in Jar.Setakat ni cuma yang chilled sahaja.Mayb pass ni buat RVC lak hihi..Alhamdulillah kira bolehlah untuk beginner macam saya...Kepada yang berminat untuk membuat hantaran perkahwinan silalah hantar e-mail kata saya, insyaAllah kekni tak cair sebab disimpan dalam balang kaca....
Gabungan kaler pink dan purple yang sweet jerr ngeh..ngeh..

Sunday, March 10, 2013

Tempahan Kek Karamel

Assalamualaikum...
Salam ceria semua.Terlebih rajin lak bulan March..almaklumlah dah tua setahun lagi kan hahaha.Kali ni saja nk promote kek karamel.Kepada sesiapa yang teringin nak makan kek karamel sekitar Pulau Pinang ni sila order ngan cheq.Caman nak contact...kat tepi ada e-mail.Atau boleh juga add kat fb tu yea..Hari ni 2biji sahaja.Sebijik kena deliver n sebijik self pick up.Seawal 7.30am lagi tuan dia dah mai amek.Terima kasih untuk semua kastemer.Apa yang terkurang ampun maaf dipinta (cam raya lak rasanya haha)
   
Apa pun kaler pink mesti ada dalam setiap kek
Cam tadak kaler lain kan...
harap kastemer seme puas hati

Saturday, March 9, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Assalamualaikum...
Hari ni n3 spesel untuk Tun Telani,saja seronok joint GA yang Tun anjurkan..Apa salahnya mencuba kan?Mana tau ada rezeki..macam joint GA Hasue dulu..dptgak loyang hihi..Ekceli menang kalah belakang kira, janji dapat masuk dan memeriahkan lagi GA ni..Lagi ramai lagi best..Lagipun tak susah..cuma citer sket makanan kegemaran.Sesiapa nak joint ada syarat2 ringkas kat bawah nun..


Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.

2 hadiah berikut menanti pemenang    (hadiah sorang satu ye.. jd akan ada 2 pemenang)
Nak tengok hadiah silalah terjah blog Tun yea..mana leh main copy gambo org kan hihi

Okeylah Tun, kak lina pilih salah satu makanan feveret akak iaitu kuih cek mek molek.Cuma kali tak bape nak molek..sebab guna ubi kayu..Kalau Tun tengok kat n3 akak dah banyak kali sangat ulang siar kuih cek mek molek ni.Memang betul2 suka.Lagipun masa kecik2 dulu kuih inilah yang dijadikan sajian sarapan buat kami adik beradik.Yea lah kami bukan org senang.Kuih cek mek molek ni sangat senang menyediakan.Lagipun ubi keledek cuma gali kat belakang rumah jerr.Bukan kena beli pun.Biasanya bonda akan masak kuih ni sebelum turun motong(istilah monoreh getah)Kuih ni akan diletakkan di bawah saji.Bila anak2 bangun kuih ni memang sedia dimakan sebab sudah sejuk.Semua maklumkan kuih ni tak boleh dimakan semasa panas sebab gula kat dalam tuh masih cair..boleh melecur lidah nanti.Bila dah kenyang ngan sarapan ringkas, kami akan menyusul ke kebun untuk 'mengutip susu getah'Tapi time akak tukang nyebuk ajerr...huhu..

Itulah sejarah kuih cek mek molek ni..disebabkan kuih ni telah disogok dari kecik zaman tak sekolah lagi...ianya menjadi feveret hingga sekarang.Yang bestnya sekarang ni akak pula menyogok anak2ngan kuih ni haha..Bukan apa takut lupa akar umbi asyik makan puding ngan kek saja..

guna ubi kayu kuning, nampak ceria jerr
KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan-bahan :

  • 400-450g ubi keledek (kali ni ubi kayu)
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ). Lepas tu buang kulit dan lecek hingga halus. Biar keledek lecek tu sejuk.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.
  3. Bentukkan adunan bulat2 (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan gula kat tengah.
  4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbABerhati2 kalau makan cekmek time panas2 sbb gula cair masih panas kat dalam..nnt melecur lak

Friday, March 8, 2013

RED VELVET CAKE For My Birthday

Assalamualaikum...
Salam di pagi Jumaat...owh dah hampir ke tengahari rupanya...Pagi tadi pas anak2 n laling pi keje terus godek2 wat kek Red Velvet ni.Bukan apa sementara Maisarah masih tido sempat gak lah siapkan kek dulu.Tang deko petang2 pun boleh.Memandangkan semalam dia tido lambat..temankan mama berbalas sms ngan yang wish kol 12am..Yang mendahului carta ialah adik bongsuku Ezyra...
Maisarah memang sangat sporting ari ni...dia tido lama lak...apa lagi kek sejuk jer terus deko (biasalah deko bodow2 ajerr)Nampak gaya kena praktis lebih gigih lagi...Haha..kali ni siap wat tulisan hepi besday lagi.Kira bolehlah kalau untuk amatur.
Terima kasih saya ucapkan buat semua yang wish hepi besday..doa dan ucapan kalian amat bermakna buat diri ku :)
Kek ni belum bedah siasat lagi..baru siap deko jer ni...
Angle atas nk bagi nampak hepi besday nyer tulisana muahaha...org tadak keje ni..
RVC selepas dibedah siasat...nyum..nyum...tinggal suku jer lagi

suka tul ngan kek ni,langsung tak merekah n moist jer..

RESEPI RED VELVET CAKE
Rujukan : kakzu, Evelyn Gemina
CnP dari dapur kak zu dalam BM hihi
Bahan-Bahan (Setengah Adunan)
  • 2 biji telur A
  • 100 gram mentega 
  • 150 tepung naik sendiri
  • 1 sudu makan koko powder
  • 1 cawan gula kastor 
  • 1 sudu besar pewarna Red Bright 
  • 1 cawan buttermilk 
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil  cuka makan

NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan

CARA-CARA:
  1. Panaskan ketuhar.Lenserkan 2 biji loyang (lina pg tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  2. Ayakkan tepung dan serbuk koko.
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6. Masukkan bahan ayak dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang (lina pg gn 2 loyang size 9in) dan bakar hingga kek masak.
Note:
Oven Hesstar suhu 165'C bako selama 15min

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 cawam whipping cream non diary
Cara-cara :
Pukul keju Mascarpone hingga smooth.
Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

Thursday, March 7, 2013

Snow Pudding

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak memuding....resepi snow pudding ni pulak mmg tak lama masuk list tp tak terbuat jerr.Bila beli buah stoberi..tengok2 tinggal bekas ajerr..kalau tak tinggal bekas, mesti ada sebijik terholek dalam bekas huhu..Kali ni siap warning jangan makan sebab nk wat pudding.Ok anak2 pun mendengar kata, tapi rasanya kalau Maisarah pandai buka kotak plastik buah stoberi ni kompom abes lunyai suma..dia bukan makan pun huhu...
Panjang lak mukadimah ari ni..Minta maaf ya..tadak picas yg wat post mortem..sebab tuan umah tak puas hati ngan hasilnya...Pepon...memang sedap dan licin gak dimakan kami sekeluarga..
org buat puding, kite sebuk nk wat jugak..hasilnya ke laut huhu
Ni pas kuar esbok
RESEPI SNOW PUDDING
Rujukan : MadihaA, Masam manis
Bahan-Bahan:
Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ lina pg tambah stoberi emulco

Lapisan Coklat (xbuat lapisan ni)
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan

Wednesday, March 6, 2013

Ikan Dori Goreng Kicap Pedas

Assalamualaikum...
Ini sessi menghabiskan belen ikan dori.Beli 2 paket ada 6ketoi dalam tu.4 keroi dah wat Fish n Chips.So belen wat masak kicap lak..jadi lauk la ikan dori ni...Resepi main campak2 ajer sesedap rasa dan guna apa yang ada dalam esbok.Hasilnya memang sedap...
Namanya lauk ekspress, stock clearance...ha gitew
RESEPI IKAN DORI GORENG KICAP PEDAS
By : lina pg

Bahan-Bahan:
  • 2 keping ikan dori (nyah beku dulu)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 cm halia(tumbuk)
  • 2-3 sb cili giling
  • sedikit jus lemon
  • 1 sb madu
  • 2 sb kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 1 batang karot (potong bentuk batang mancis)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • Daun limau purut (buang bhgn tengah dan carik2)
  • Garam kunyit
  • Tepung jagung secukupnya
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Ikan dori dibersihkan dan lap dengan kitchen towel.Potong kecil2 anggaran 3cm panjang.
  2. Perasakan dengan garam kunyit.Salut potongan ikan (satu per satu) dengan tepung jagung.Pastikan semua tersalut dengan tepung.
  3. Goreng secara deep fry hingga garing.Angkat dan toskan.Ketepikan
  4. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  5. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  6. Masukkan kicap, jus lemon, madu, karot, cili merah dan daun limau purut.Kacau sebati.
  7. Masukkan ikan dori yang sudah digoreng.Kacau sebati.Sesuaikan rasa.Jika perlu tambah sos tiram
Note:
Resepi ni jenis kering, kalau suka berkuah, bolehlah tambah sedikit air

Tuesday, March 5, 2013

Resepi Fish n Chips Sedap

Assalamualaikum...
N3 pertama di bulan March...hadoi lama tak update blog.Hmm..blog ni bukan boleh kalau dibiarkan lama, mesti mood hapdet akan merudum.....terasa sangat kemalasannya tu..Pagi ni kugagahkan jugalah untuk update menu yang dah basi ni.Ok lah tak mo bebel panjang.Meh la kite semak resepi Fish and chip yang sedap dan rangup di luar tapi lembut di dalam...Ha..kelas gitu..

Sedap makan time panas2..cicah ngan sos cili,mayonis..mmg best
RESEPI FISH N CHIPS
Sumber : Lina pg

Bahan-Bahan Perapan
  • 4 keping  ikan dori
  • serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • garam 
  • Jus lemon
Cara Perap:
  1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.
Bahan Batter/Adunan
  • 1 cawan air (secukupnya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Bread crumb
Cara:
  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit kacau/gaul hingga sebati dan tidak berketul hingga korang dapat Lina pg guna hand whisk)
  3. Note: Konsistensi batteryang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali (pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng ikan) celup ikan ke dalam adunan.Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk roti/bread crumb (gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti).Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
  5. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  6. Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis
Note:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...