Tuesday, April 30, 2013

Al-Kisah ~ Trio Food Steamer

Al-kisah di hari minggu....
Alhamdulillah syukur sangat bila berjaya memiliki apa yang diidamkan...Dah lama juga saya mencari pengukus elektrik yang berbentuk 4 segi ni.Bukan apa, agak bosan jugak bila kek kukus semua dalam loyang bulat.Nak kukus dlam loyang 4segi cuma muat yang 8x8inci jer.Kalau besar yang xmuat dah...Dengan gigihnya haku recce kedai2 elektrik sekitar Bayan Baru, Bukit Jambul untuk mencari steamer ni.Dari SengHeng ke BHB suma tak jual.Kat LSS ada jual tapi yang bentuk bulat..Tak mau la...sama jer ngan pengukus dapur gas tu huhuh..
Bila CT Zaliedana kata ada jual kat(Jusco )Queensbay terus pi cari kat sana...Yesss...memang ada..apa lagi terus sambar la.Semangat berkobar2 untuk buat kek kukus.Apatah lagi kek velvet lapis hawflakes telah mendapat sambutan...Pasni bolehlah kukus ngan loyang 4segi.Hati terus berbunga riang..
masih dalam plastik ya haha..belum rasmi lagi ni..Yang best boleh muat loyang 10x10 inci..Besau tu

Namun kegembiraan itu tidak kekal lama...bila dibelek2 kotak steamer tuh sepatutnya disertakan mangkuk nasi (bukan mangkuk ayun ya) dan juga water refill cup.Tengok macam jar jer tuh tinggi semacam jerrr...Terus geledah dalam kotak..Huh memang tadak.Tu la time nak bayar dah tanya promoter yang wat tester tu ada tak menda alah ni..Dia kata dah ada kat dalam (Tanpa menunjukkan barang tu kat haku)Kite pun kira percaya ajerlah menda itu ada kat dalam..Takkan nk selongkar depan kaunter lak kan?
Hurmm bila buka kat umah memang sah tadak pun.Maybe tertinggal masa promoter tu test kot...
Apalagi terus capai phone call Costomer Service (seb baik tol free, kalai tidak ranap bil telefon aku huhu) Macam2 info yang depa minta.Pastu dia kata nanti pihak mereka akan call balik.Dah malam pun tak call jugak.Takpe lah ingat esok nanti nak call lagi untuk follow up.Kadang2 depa ni tak leh harap jugak..
Dekat kol 10pm..pihak Jusco call balik dan soh gi amek esok petang (Isnin).
Satu pujian untuk pihak Jusco sebab pantas juga tindakan mereka.Dan menghubungi kastemer dengan secepat mungkin (kira secepat mungkin gak la kan sebab hari yg sama)
Akhirnya setel semuanya...Alhamdulillah....
Rice Bowl n water refill punya pasal pun sanggup call haha..ada gak ya orang camni...

Monday, April 29, 2013

Tempahan Kek Velvet Kukus Lapis HawFlakes

Alhamdulillah.....baru seminggu tayang gambar Kek Velvet Kukus Lapis HawFlakes kat fb dan juga blog TMK ni sudah ada yang order.Walaupun saya belum membuka tempahan, tp kastemer tetap kek karamel saya sudah merisik untuk mencuba kek ni...Ekceli saya tak berani nk buka tempahan memandangkan beru sekali mencuba..takut ada kesilapan teknikal..tak ke naya tu...Namun kepercayaan yang diberikan membuatkan saya berani mengambil tempahan ni...Hasilnya Alhamdulillah..menjadi dengan sempurna..
Kepada sesiapa yang ingin mencuba kek lapis hawflakes ni silalah e-mail  atau contact saya di fb ya...(untuk Penang area sahaja).Owh..sebelum tu saya nak nyatakan di sini, Kek Velvet kukus lapis hawflakes ini bukan kek lapis sarawak ya...Ini kek lapis biasa sahaja..Jadi harganya tidaklah mahal berbanding kek sarawak
masih mengekalkan warna yang sama.Apa pun pink tetap layer paling atas haha..
 Ada gak air yg menitik.Kali ni saya tak tutup ngan aluminium foil sebab kek terlalu tinggi hampir melimpah keluar loyang.Saya guna loyang bulat 9inci
Ready to pick up...terima kasih ya Sidah...sudi order

Thursday, April 25, 2013

Singgang Ikan Tongkol - MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

Assalamualaikum...
Entry kali ini dibuat khas untuk Malayisa Food Festival yang sudah nak sampai ke penghujunh.Saja nak memeriahkan suasana.Lagipun menu ni sangat senang dan sangat digemari oleh suami saya.Sebut saja org Klate mesti suka ngan lauk singgang ni.Singgang Ikan Tongkol atau singge ikan aya ni memang sangat popular di Kelantan.Lauk singgang selalunya dimakan dengan ulam-ulaman dan dicicah dengah budu.Jujurnya kalau masakan sebegini, saya lebih suka kalau yang dimasak oleh orang tua.Sama ada bonda saya ataupun M.I.L.Air tangan bonda mestilah yang terbaik..
slurpppp hirup kuah sampai licin..Nak pedas..bleh patah-patahkan cili padi tu

RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL
By: Linapg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol/aya (size sederhana)
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 cm lengkuas (hiris)
  • 1 cm kunyit hidup (hiris)
  • 3 keping asam gelugor
  • Budu (lina pg guna 2 penutup budu)
  • Cili merah, cili hijau,cili padi dan bendi
  • Garam dan perasa/gula
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ikan dicuci bersih dan dipotong.
  2. Satukan ikan, bawang, lengkuas, kunyit, asam keping, budu, garam dan perasa ke dalam periuk.
  3. Masukkan 1 cawan air.Tutup periuk dan masak dengan api yang kecil.
  4. Apabila ikan kelihatan agak masak, tambah air paras kuah yang diinginkan.Masukkan juga cili merah, hijau, dan juga bendi.Renihkan sekejap hingga bendi sedikit lembut.Sesuaikan rasa.Tutup api
Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Wednesday, April 24, 2013

Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum...
Ikan Siakap Tiga Rasa versi campak2 stock clearance jer ni.Menu dinner mggu lepas lagi.Memandangkan hanya ikan n sedikit sayur jer yang ada, saya campakkan juga sayur bunga kobis n karot tu.Jadi 2 in 1 lauk dan sayur.Senang kije xyah masak sayur dah hihi (memang dasar pemalas org kurang rajin camni la)
Bila anak2 mula duduk di meja makan, terus depa tanya ikan 3 rasa ke ni mama?A..ah..3 rasa.Dah masuk mulut, respon si sulung....satu rasa jer mama...hah!satu rasa...terkejut beruk mama dia.Rasa apa abang long? Hehehe...rasa sedap...wat lawak rupanya...Ye lah...takpayah la kata rasa masam,manis dan pedas tu.Bila gabung jadilah satu rasa yg sedap.Cakap rasa sedap cukuplah...Amboi panjang lak hujah dia...
karang ada yg kata kuah sket jerr...ada lagi setengah kuali ya...akan dituang bila nk makan.Untuk pose kena bagi nmpk ikan...kang ikan tenggelam dalam kuah...nampak timbunan sayur jer...Gituler adanya..

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA
By : Lina pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (anggaran 800g)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 3 sb cili giling
  • 2 sb sos tiram
  • 2-3 sb sos tomato
  • 2 sb sos ikan (nampla)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili hijau (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • Sedikit bunga kobis
  • sedikit karot
  • Sedikit tepung jagung
  • Garam Kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ikan dicuci bersih dan dilap dengan kitchen towel.Perasakan dengan garam kunyit.Taburkan sedikit tepung jagung.Goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Satukan semua sos (sos tomato, sos ikan, sos tiram).Masuk 1-2 sb air.Gaul sebati, ketepikan
  3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan campuran sos.Gaul sebati.Tambah air (jika ingin lebih berkuah)
  5. Masukkan hirisan bawang besar, sayuran dan cili.Kacau sebentar hingga bawang sedikit layu.Sesuaikan rasa (Kuah jangan terlalu masin sebab ikan sudah ada garam kunyit).
  6. Tutup api.Tuang kuah ke atas ikan yg sudah digoreng tadi.

Tuesday, April 23, 2013

Resepi Kek Velvet Kukus Lapis Haw Flakes/Asam Manis

Assalamualaikum...
Rasa cam seminggu lebih tak buat kek untuk makan2.Asyik buat untuk tempahan jer.Kebetulan kemarin memang free tadak order, terus jer buat projek baking yang tertangguh ni.Asam Manis atau Hawflakes memang dah beli 2 minggu dah kot.Cuma dok tunggu masa nk buat jer.Tu pun tengok 2 bungkus dah lesap haha..Angkara siapakah itu.
Kalau kat Klate Asam Manis ni dipanggil Gambir ( Gam bear) agaknya sebab fizikalnya sama dengan gambir yang dimakan bersama sirih tu kot (memandai jer kan)
Okey lah berbalik pada tajuk n3 hari ni, Kek Velvet Kukus Lapis HawFlakes ni memang cukup femes kat dapur para blogger.Rasanya 2-3tahun lepas kot.Cuma dapur TMK jer yang tak tebuat.Bukan apa sebab dah set dalam paler, mesti susah tu nk susun asam manis.Pastu nak kukus selapis-selapis.Bab tu yang malasss rasanya.
Hari tu (lama dah la ni sampai ta ingat tarikh) kak rosaliza ada wat balik kampung kek ni..Saya pun try la makan, dapat 2 ketoi jer kot (small piece) hmmm...sedap gak kek ni.Terus semangat nk buat.Barulah saya study resepi kek ni.Rupanya senang sangat  nk buat...Tu la kan..tak cuba mana nak taw...
Cam biasalah resepi ni kepunyaan kak Fida(myR) sifu masak2...
 Time makan tu bila tergigit haw flakes..rasa masam manis tu yg buat kek ni sedap..Tapi si sulung jer makan.Nisa ngan Maisarah tak makan pulak..Adoi pening tul ngan tekak budak2 kat umah ni..

RESEPI KEK VELVET KUKUS LAPIS HAWFLAKES/ASAM MANIS
Sumber : Lina pg

Bahan-bahan
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (lina pg gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
  1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.Loyang disapu minyak/butter dan dialas dengan baking paper.Ketepeikan.
  2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut kaler pilihan.
  5. Tuangkan adunan yang telah diwarnak ke dalam loyang.Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya
  6. Kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterus
  7. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.(Untuk lapisan terakhir lina pg kukus selama 40min)
  8. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
 Pas kuar loyang...aik 3 lapis jerr...cuak tul...Ingatkan lapisan dah bercampur...
Bila potong...elok jer lapisannya tu...Alhamdulillah...suka-suka

Monday, April 22, 2013

KUIH AKOK RESEPI BONDA ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

Assalamualaikum...
Kuih akok sangat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang.Tanya saja kepada orang Kelantan, mesti mereka akan menggemari kuih tradisional negeri kelahirannya.Bagi orang klate yang tinggal di negeri lain sudah semestinya akan merindui kuih akok ni.Biasanya kuih akok yang dibeli tidak menepati citarasa.Kebanyakan akan rasa lebih tepung dan kurang lembut.

Kali ni saya berusaha untuk membuat sendiri kuih akok ni menggunakan resepi yang diberikan oleh bonda.Amek resepi time CNY aritu lagi.Tak tak terbuat juga.Alasannya sebab tiada acuan kuih akok.Pastu bila adik saya Ayunalisa  message megatakan bonda ada bertanya dah berjaya ke buat kuih akok, terus rasa semangat nk buat.Tak boleh jadi ni..bonda wat tindakan susalan rupanya.Apa lagi terus la godek2 buat kuih akok.Acuan??Tiada rotan, akar berguna jugak.Saya gunakan acuan muffin dan acuan tart untuk membuat akok ni.Hasilnya memang sedap sangat.

Melihat pada hasil kuih akok ni, saya terus terpanggil untuk memeriahkan Malaysian Food Fest (Kelantan Month) dan entry ini dibuat khas untuk GERT. Terima kasih buat kak Nor Secubit Garam dan juga kak Rosaliza yang telah mewar2kan mengenai MFF ni.

 Kuih lama kenalah posing dalam pinggan lama kan?
 Tidakkan korang tergoda ngan kelembutan kuih akok ni..cepat nganga

KUIH AKOK RESEPI BONDA
Resepi : Bonda LiNa Pg

Bahan-Bahan:( sukatan cawan)
  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.
  5. Bakar hingga masak.Lina pg bakar selama 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah
 cawan arcopal yang digunakan untuk menyukat.Lina pg guna seketul gula kabung
time bako, akok ni naik kembang tak hengat sampai terkeluar dari acuan mapin tuh.Kat sebelah dalam loyang tu saya isikan dalam acuan tart..

Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Thursday, April 18, 2013

Resepi Roti Puri

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak menikmati keenakan Roti Puri ni.Hampir terlupa dengan resepi walaupun cukup ringkas sahaja nk menyediakannya.Apa lagi selongkarlah dapur sendiri haha.Maka terhasil lah menu untuk dinner kami sekeluarga malam tadi.Alhamdulillah kenyang makan roti puri cicah ngan kari sardin.Sekali sekala tukar selera plak kan..Takmo bebel panjang..Banyak keje umah masih menanti.Kek pun nk kena baking 2 biji jap lagi.Silalah jamu mata ya..Untuk resepi KARI SARDIN boleh klik SINI
Makan dua biji pun dah kenyang..sangat sedap digandingkan ngan kuah sardin tu

RESEPI ROTI PURI
Tuan Tanah : Yatiezaini (myR)
Sumber : Lina pg

Bahan-bahan ( 12 biji )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air (jika perlu)
  • Minyak utk mengoreng
Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil.Agak2 la saiz tu berapa ya.Lina pg buat saiz bola golf
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap
  9. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  10. Tips utk mgoreng :
    gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong
    Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
Note:
Lina pg canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai.Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

Tuesday, April 16, 2013

Resepi Pucuk Paku Goreng Budu

Assalamualaikum...
Hurmm cam pelik jer tajuk tu.Tapi memang betul ya Pucuk Paku Goreng Budu.Kali ni menu pucuk paku telah lari dari kebiasaannya iaitu masak lemak kuning.Paling habis pun pucuk paku goreng belacan.Pestaim masak menu camni.Ada rasa ala-ala goreng belacan jugak.Kira cam adik beradik dia la..Paling org Klate tu sudah semestinya ada stok budu kat umah kan..Boleh la mencuba resepi...
Resepi hasil gugelan..Terjumpa kat umah kak Hanieliza..Terima kasih atas resepi.Resepi kat bawah saya main hentam ikut suka sendiri jer..
sedap ni makan ngan nasi panas.Menu dinner malam tadi

RESEPI PUCUK PAKU GORENG BUDU
Sumber : Lina pg

Bahan-Bahan
  • 1 ikat pucuk paku (cuci dan siangkan)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji cili merah/ijo (tumbuk)
  • sedikit udang kering (rendam sekejap, tos) tumbuk
  • Budu secukupnya (lina pg guna 2 penutup botol)
  • 1 sb sos ikan
  • Sedikit air 
Cara-Cara:
  1. Panas minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing
  2. Masukkan pucuk paku.Goreng sekejap.
  3. Masukkan budu dan sos ikan.Masukkan air jika inginkan sedikit kuah.Gaul sebati.Dah siap

Monday, April 15, 2013

Suka Sangat New Gadget Recent Comment..

Assalamualaikum...
Dah lama recent comment kat blog TMK ni tak berfungsi...Error jer manjang.Mayb nak kena bayar la tu.Rasa cam susah lak nak trace komen kawan2 pada n3 yg lama.Kalau n3 terkini tu..memang perasan la kan.Godek pi godek mai jumpa la recent comment ni.Suka sangat...siap ada gambar blogger lagi....Cantik tak kawan2 hihi....Okey tu je n3 pagi ni..



Thursday, April 11, 2013

Resepi Ayam Kapitan

Assalamualaikum...
Dah banyak kali ulang siar ayam kapitan ni.Memang menjadi peberet kami sekeluarga.Senang lak tu nak buat.Tak bape pedas,jadi budak kecik pun bleh makan.Senang kije...tak yah masak asing2 untuk dah Maisarah.Kalau takmo makan nasi, cicah ajer ngan roti..Kenyang gak tuh..sumber asal DJ
Kalau ada yang nak mencuba silakan..
AYAM MASAK KAPITAN
sumber asal : DJ
sumber 2 : lina pg

Bahan Kisar 
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6- 7 biji Cili Merah 
  • Sedikit lengkuas 
  • Sedikit kunyit hidup
  • Stgh cm halia 
  • 1 batang serai 
  • 1sb udang kering (rendam sekejap supaya lembut-toskan)

Bahan A 
  • Ayam dipotong ikut suka
  • 200 ml santan
  • 50 ml susu cair
  • 3 asam keping
  • Cili merah & hijau (dipotong)
  • 1 biji tomato belah 4
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. 
  2. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan santan dan susu cair dan asam keping.Biarkan hingga mendidih. 
  4. Masukkan garam, gula .Kacau sentiasa. 
  5. Masukkan tomato dan hirisan cili.Tutup api, dah siap

Tuesday, April 9, 2013

Resepi Ayam Kam Heong

Assalamualaikum...
N3 pertama di bulan April.Agak kebizian lately.Dah lama tingin nak try Ayam Kam Heong ni.Hari ni baru terlaksana.Rasanya ada lebih kurang macam Ayam Kicap Pedas Karipulai/Daun Kari tuh sebab ada menggunakan daun kari dan kicap.Pedasnya dari rempah kari dan cili padi.Tak mo bebel panjang sebab banyak keje menanti.Meh layan gambo n resepinya.Disebabkan saya kekurangan daun kari, jadi saya tambah dengan daun limau purut.
Hitam legam ayam kam heongku haha..
RESEPI AYAM KAM HEONG
Rujukan : kak Amie
Derhaka serba sedikit by : Lina pg


Bahan untuk perapan ayam:
  • 4 ketul peha ayam potong 2 (dpt 8pcs)
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh minyak bijan

Satukan semua bahan, perap ayam dalam peti sejuk selama 30 minit.Kemudian goreng hingga masak.Ketepikan

Bahan sos Kam Heong:
  • 100g udang kering (rendam dulu 10 minit dan tos)tumbuk
  • 2 ulas bawang putih (lina pg tumbuk kasar)
  • 8 biji bawang merah (lina pg tumbuk kasar)
  • 1 labu bawang besar (cincang)
  • 1/2 mangkuk daun kari (lina pg gn 2 tangkai)
  • 6 bj cili padi
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 biji cili hijau
  • 5 helai daun limau purut

 Bahan perencah:
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh kicap pekat

Cara:
  1.  Panaskan minyak, tumiskan daun kari dan bawang besar cincang hingga wangi dan bawang besar sedikit layu
  2. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan semua bahan perencah, kacau hingga bau semerbak.(Masukkan sedikit air supaya lebih berkuah)
  3. Masukkan cili padi, hirisan cili merah dan hijau, daun limau purut.Kacau sebati
  4. Masukkan gorengan ayam.Kacau sebati.Dah siap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...