Wednesday, August 28, 2013

Kerabu Epal Hijau Dan Tempahan Red Velvet Cake

Assalamualaikum
Dekat seminggu menyepikan diri, bukanlah kebizian sangat...tapi disebabkan masalah teknikal pada modem umah kami ni.Hurmm..intermitten la pulok huhu...Geram betul...Kejap ok kejap padam.Tanda2 nk kena ganti baru.Hari ni pas reset semua..ok pulak menyala semua lampu L.E.D, cepat2 wat n3 sebelum connection error.
N3 ringkas saja dan juga menu ulang tayang.Takpo lah janji hado kan.Ekceli Kerabu Epal Hijau ni saya buat bersama dengan Ayam Rose dan Gulai Kawah.Tapi Gulai kawah tak snap picas pun
Saya kerabu epal ni..rasa masam manis tu..sekarang asyik buat kerabu ni jer..kalau dulu suka makan acar mentah

RESEPI KERABU EPAL HIJAU 
by kak hanieliza
sumber: kaknor@secubit garam
sharing : http://linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan
  • 2 bj epal hijau (linapg gn Granny Smith)
  • 1/2 btg lobak merah 
  • 1 biji tomato (linapg tambah rcp asal tadak)
  • 2 bj cili merah (1 biji)
  • 2 bj cili hijau
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)-linapg gn jus limau kasturi
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Cara:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya.Sejukkan sebelum menghidang
Note:
Cara LiNa Pg buat, satukan jus lemon, garam gula, serai, cili merah dan sesuaikan rasa masam manis dan pedasnya.Barulah ditambah bahan2 lain

****************************************
Selingan sket.Tempahan Red Velvet Cake dari regular kastemer cik ani...Adoi mencabar tul nk deko kek ni sebab cream cis cair la pulok.Maybe ada kesilapan teknikal huhu..

Thursday, August 22, 2013

Resepi Ayam Ros/Ayam Masak Ros

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, walaupun agak kemalasan untuk hapdet.Hurmmm camnilah jadinya bila agak lama dok lemau huhu.Sudah terbiasa dok biar blog bersawang mulalah kemalasan bermaharajalela..
Hari ni ada sketttt kerajinan untuk hapdet.
Ayam Ros/Ayam masak rose ni saya buat untuk dinner malam tadi.Ekceli pestaim saya buat resepi.Selalunya kalau makan kenduri kat jer.Ayam Masak merah dan ayam ros kedua2 menu lebih kurang sama jer.Cum ayam rose ada menggunakan sedikit santan dalam resepi.Bila kenduri ada yg sedap dan ada yg tidak menepati citarasa sebab setengah katering tidak menggoreng ayam terlebih dahulu, jadi rasanya kureng lah (pd tekak saya).Bila masak sendiri ni bolehlah dibuat ikut selera kita.Kali ni kena ngan selera kami sekeluarga.Alhamdulillah anak2 pun suka sebab tak berapa pedas.Kepada yang berminat bolehlah mencuba.
Pic ni snap ngan enpon jer...xpolah janji hado gambar yo huhu..

RESEPI AYAM ROS/AYAM MASAK ROS
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 cm lengkuas (blend)
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 3-4 sudu makan cili giling (boleh tambah/kurang)
  • 3-4 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
  • 200ml santan pekat
  • Buah tomato (belah 4)
  • Sedikit gajus (LiNa Pg beli yg roasted)
  • Daun Ketumbar (dlm gambar daun sup huhu)
  • Cili merah (hiris)
  • Sedikit gula melaka (LiNa Pg gn ~1cm) boleh gantikan dengan gula/perasa
  • Minyak
  • Garam dan kunyit
  • Rempah 4 beradik 
  • Air 

Cara-Cara:

  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan.
  2. Tumiskan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga), serai, daun pandan dan bahan blend hingga garing.
  3. Masukkan cili giling dan gula melaka tumis lagi hingga pecah minyak 
  4. Masukkan tomato puri/sos tomato dan kacau sebentar
  5. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Masukkan santan pekat, kacau lagi.Tambah ait jika suka berkuah
  7. Sesuaikan rasa (tambah garam/gula -jika perlu)
  8. Masukkan gajus, hirisan bawang besar, cili merah dan ketumbar.Kacau sekejap.Tutup api
  9. Tadaaa...dah siap ayam rose yang sedap.

Saturday, August 17, 2013

Tempahan Kek Raya - Edisi Tertunggak

Assalamualaikum..
Ramadan telah berlalu..Syawal pun sudah menjelma...n3 masih belum timbul huhu.Itulah bila dah terbiasa menyepi..kemalasan update semaikn menjadi2.Hari ni pun nak tayang order kek jer.Asa jugak tempahan kek yg tak sempat nk snap sebab kastemer datang pick up awal pagi...
Kepada sesiapa yang berminat untuk tempah kek open house boleh inbox saya di fb Malina Lina Pg atau e-mail kepada saya (e-mail addrs ada kat side bar)
 Kek Buah Kukus Lembab, mendapat carta tertinggi time raya ni.Alhamdulillah..berbalaoi kukus selama 4jam, bila kastemer kata kek ni sedap.Bukan saiz mini ya..Ini loyang 9in.Berat anggaran 1.5-1.6kg
 Kek Buah akan tahan lama jika disimpam dengan betul.Sila simpan dalam bekas kedap udara supaya kek tidak kering.InsyaAllah kek akan bertahan selama sebulan (pada suhu bilik), 3 bulan dalam peti ais.Kalau di bahagian sejuk beku insyaAllah selama 6 bulan.(Tapi pelu dikukus semula atau masuk microwave bila nk makan)
Kek Buah menghala ke Melaka, RVC ke Terengganu dan Kek HawFlake ke Seberang Tanah Besar.RVC telah sampai dalam keadaan baik walaupun perjalanan cuaca panas.Disimpan dalam peti ais bergerak hehe
Kek Karamel, Super Moist Choclate Cake, RVC, Kek Buah Kukus.Bagus betul kastemer saya semuanya sporting time raya suma self pick up sebab saya tak sempat nk hantar.Maklumlah keje sorang..mana nk buat kek lagi n despatch lagi.Terima kasih buat semuanya.Alhamdulillah semuanya berpuas hati dengan kek masing2.
3 biji kek karamel, tempahan selepas raya (2 ari lepas) Walaupun mood membaking masih lemau gigih buat jugak untuk tidak menghampakan harapan mereka.Mabe ada jamuan/open house kot.Kesian pulak sebab masa kat kampung sudah ada yg PM nk order.Terima Kasih buat semuanya...Alhamdulillah syukur ya Alla atas rezekiMu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...