Wednesday, October 30, 2013

Resepi Cheese Cake

Assalamualaikum..
Dah lama sangat mendengar rungutan anak2 minta nk makan cis kek.Bila ada kelapangan kena tunaikan jugaklah permintaan anak2.Alhamdulillah bila siap dan potong, anak2 makan bersungguh.Sekejao jer abes separuh kek dimakan oleh 2 beradik tu.Berbaloi buat hehe.Takpolah sekali sekala kite ternak badan ngan lemak huhu.Sekali dah suap ke mulut lupa terus tang lemak tu kih2..sambil pejam2 mata sambil menikmati...sedar2 abes satu slice..
Okeylah cam biasa, xmo bebel panjang.Jom layan gambar dan resepinya
 Ginilah rupa post mortem cis kek ni...cis kek paling sedap pada saya
 Lagi sekeping..lain pose lak hihiii

RESEPI CHEESE CAKE
Sumber : CMG dan Ayunalisa
Sumber : LiNa Pg

BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus/gandum/tepung kek
1 camca teh esen vanilla
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar

BLUEBERRY filling secukupnya (xletak-LiNa Pg suka yg plain camni)

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan.. ayu taburkan almond nibs.. dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...


Tuesday, October 29, 2013

Sayur Peria Goreng

Assalamualaikum..
Ada yang makan peria tak?Bagi sesetengah orang tak suka makan peria sebab rasanya yang agak pahit tu.Tapi agak jugak yg suka.Bagi penggemar Peria bolehlah mencuba resepi kali ni,Sangat mudah, ringkas sedap dan paling penting berkhasiat.Kepada yang suka rasa pahit peria tu, boleh direndam sekejap dengan air garam ya.InsyaAllah rasa pahit akan hilang/kurang.Tapi bagi saya kalau makan peria, pahit pun takpa..Pahit tu kan ubat.Bagi yang mengalami masalah gout, sangat disarankan pengambilan makanan pahit seperti peria ni.Lagi bagus kalau guna peria katak.Saya suka peria yang panjang tu, tp bila pi ke Mydin peria panjang macam tak fresh..amek ajerlah peria katak dalam 5-6biji camtu.Cik abe kite suka makan peria ni.
Kali ni sayan tambah celeri, harum jer bau..time makan dok krup krap krup krap..memang sedap.
SAYUR PERIA GORENG
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
5-6 biji peria katak
1 biji cili merah (dipotong serong)
1 biji telur
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
1 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
1 batang celeri (Hiris)
2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit.Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria).Bilas dengan air biasa, kemudian toskan.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Kemudian masukkan peria dan celeri ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar.Tutup api.Dah siap.SELAMAT MENCUBA

Monday, October 28, 2013

Popia Nestum

Assalamualaikum...
Kudapan yang femes time raya.Tapi kat umah kami jadi kudapan pas raya hihiii.Bukan apa time raya haji aritu si Nisa ni suka sangat makan Popia Gunting yang dibuat oleh mok ngoh dia kak rosaliza tu.Jadi bisingla dia nk buat jugak.Si mama ni malas bebenor nak menggulung, menggunting bagai tu.Katanya biar dia yang buat.Mama tunjuk ajer..okeylah maybe boleh harap la dia buat sendri.Apa lagi terus beli sepaket kulit popia dan seisi menggulung dan menggunting pun bermula.Rasa tak sampai ati lak biar dia menggulung terhegeh2 sorang2.Pi la tulun sket..cepat la sket.Pas gunting, mama tukang goreng.Nisa blend Nestum dan horlick.Cepat sket siap.Dah setel suma keje, kena paksa ngan mama kemas kan dapur muahaha...Ooow nk ngelat tengok Running Man ya..takde maknanya...
 Yang ni dah siap lumur ngan nestum, horlick dan gula kastor..Udah jadi rupa batang buruk pulak
Yang ni pas goreng..ada semangkuk gak lesap..rupanya dak sarah suka yg plain gini.Pas salut ngan nestum, sebijik pun dia xmakan...
RESEPI POPIA NESTUM
Sumber : MyR EmbunRosaliza
Sumber : LiNa Pg
Bahan-Bahan
  • Sepaket Kulit Popia (LiNa Pg guna yg saiz besar)
  • 1/4 cawan gula kastor (letak lebih kalau nk manis)
  • 3 paket nestum 3in1
  • 1/2 paket horlick kecil
  • 1/2 sk garam
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Ambil sekeping kulit popia.Gulung hingga ke hujung.Tinggalkan dalam anggaran 1inci untuk dilekatkan.LiNa Pg hanya gunakan air sebagai gam.
  2. Gulungan janganlah terlalu ketat, nanti tidak nampak kelopak bila digoreng.Buat hingga habis.Sementara menggulung, tutup kulit popia dengan towel lembab untuk mengelakkan kulit popia menjadi kering.Begitu juga kulit popia yg sudah digulung, menstilah dimasukkan ke dalam bekas tertutup supaya tidak kering.Nanti susah nak gunting.
  3. Setelah siap, gunting secara serung.Kemudian bolehlah digoreng hingga kuning keemasan.Goreng secara deep fry menggunakan api sederhana.Sejukkan sebentar.
  4. Satukan gula kastor, garam, nestum dan horlick ke dalam blender.Blend hingga halus.
  5. Salutkan dengan popia yg sudah disejukkan tadi.Sedia untuk dimakan

Thursday, October 24, 2013

Resepi Daging Bamia

Assalamualaikum...
Seisi mengorbankan daging yang masih berbaki dalam esbok tu...hurm kawan2 masih ada lagi ke belen daging korban?Kalau masih ada stok, boleh dicuba resepi pulak.Kalau asyik buat sup, goreng kunyit ajer boring jugak kan.Walaupu luaran macam kari daging tapi rasanya agak berbeza.Berbeza yg sedap mabeles gitew.Ekceli dah pernah buat dulu..dah lamaaaaa dulu.Cuma kali ni ada sket durhaka (sket jer) sebab kehabisan bahan...Tp kalau buat versi durhaka yg sedap takpa la kan?Jangan durhaka hancusss lak...sendiri mau ingat la...Okey cam biasa takmo bebel panjang, jom semak resepi
Enak dimakan bersama nasi putih, atau nasi berperisa..cicah roti pon sodap
RESEPI DAGING BAMIA
Sumber: LiNa Pg

Bahan-bahan :

  • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
  • 100 ml susu cair(LiNa Pg guna 1/4 cawan)
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging (LiNa Pg guna 2sudu makan jer)
  • 1 sudu makan rempah beriani (LiNa Pg tambah, rcp asal xde)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi secukupnya  (LiNa Pg gn terung bulat)
  • Cili merah 
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula

Bahan-bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara-cara :

  1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. 
  2. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. 
  4. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan air secukupnya. Masukan kentang tunggu hingga daging  dan kentang empuk
  6. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

Tuesday, October 22, 2013

Resepi Ayam ButterMilk

Assalamualaikum...
Alahai lama benor hibernate kan...sesekali timbul..resepi ayam lagi daaaaa...Apa nak buat dah ini yg anak2 suka.Kali ni saya bereksperimen ngan resepi baru (baru cuba) resepi ni memang dah femes seantero maya, tp saya buat ikut versi saya sendiri..Saya tak suka yg kaler putih ajer..cam tak berseri..wat camni baru nampak berselera.Kalau berminat bolehlah cuba..
Resepi nampakcreamy tapi tak muak sebab hanya menggunakan susu cair.
RESEPI AYAM BUTTERMILK
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong kecil2)
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1cm halia - mayang halus
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 biji tomato - dadu kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu besar serbuk kari (satukan dengan cili giling-jadikan pes)
  • 1 sb cili giling
  • 1/2 tin susu cair
  • 100g mentega
  • Air
  • Jus lemon (dari sebelah biji lemon)
  • Minyak
  • Garam dan Kunyit
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 kiub ayam
Cara-Cara:
  1. Ayam dicuci bersih, perap dengan garam kunyit dan golek/taburkan dengan tepung jagung.Goreng hingga masak, kemudian ketepikan.
  2. Cairkan butter dan tumis halia hingga naik bau, masukkan hirisan bawang.Tumis sekejap.Bila agak garing masukkan daun kari.Tumis hingga garing
  3. Masukkan pes kari dan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukka susu cair dan jus lemon/limau kasturi.Masukkan ayam.Gaul sebati.Masukkan hirisan cili merah, cili padi dan tomato dadu.Rasa dulu sebelum masukkan kiub ayam.
  5. Renehkan sebentar, kalau terlalu pekat, tambah sedikit air.Tutup api.Dah siap

Thursday, October 17, 2013

Tempahan Kek Marble, Kek Gula Hangus Dan Lain2

Assalamualaikum...
Saja nak tayang tempahan raya lepas, yg mana sempat snap...Cam biasa kek karamel menjuarai keseluruhan...yg spesel sket kali ni dapat tempahan kek gula hangus a.k.a kek sarang semut.Ni pestaim terima order kek ni...dan juga kek marble (kek marble kira 2nd time la dah pernah terima order 2-3 bulan sudah)
Komen dari kastemer kek gula hangus, katanya semua ahli keluarga sukakan rasa kek tu.Bila ditanya pasal ada lubang ke tak..katana ada lubanh tp saiz kecil2...kiranya sarang semut la..bukan jadi sarang lebah.Apa pun terima kasih sudi menempah dai saya.Ekceli dia merupakan regular kastemer saya gak..sudah terlalu biasa order kek karamel dan juga RVC..tu yg berani saya terima order kek gula hangus darinya.Terima kasih kerana percayakan hasil tangan saya ya.
 Kek Gula Hangus...agak lama tak buat kek ni.Alhamdulillah menjadi..Berat ~1.5kg
 Kek Marble.Request dari kastemer nk koko lebih dan takmo rasa bersusu sangat...Komen dari tuan punya kek ni sedap.paling best ialah bila juri mem besar iaitu mak dia suka ngan kek ni..feeling happy.
Lain2 kek.Kek karamel, kek coklat moist.Harap semua berpuas hati

Wednesday, October 9, 2013

Resepi Ayam Masak Tempoyak

Assalamualaikum...
Ayam bahan mentah yg wajib ada dalam esbok.Smpai naik pening dah memikirkan menu apa lagi yg nk dimasak untuk anak2...bila masak ayam, berselera depa makan...even ayam goreng pun okey...hari2 goreng pun depa tak kesahhhh...Hurmmm apa lagi nk wat ngan ayam ni???Gulai ayam dah...masak kicap pun dah...ayam beriani pun dah..kurma??alah adik  beradik ngan gulai gak la tu..boring dah...sambil tercongok depa esbok dok pikir nk masak pe..tetiba ternampak tempoyak yg bonda bawa dari kampung..Hurm kalau buat ayam masak tempoyak...menarik gak ni..terus selongkar bahagian sayur ada la serai sebatang ala-ala nk monopouse dh..hokey la..ada gak aroma sket kan...cili padi n cili merah pun ada.Eh! buah nenas pun ada gak..hurmmm campur jer la sekali dalam masak tempoyak ni...Untuk bagi sket impact kaler ijo..haku amek la daun kunyit dan kunyit hidup segar dari ladang pasu hehehe..ok complete dah...Jom ekperimen
Anak2 kata sedap...pestaim depa makan menu ayam camni hehe..

AYAM MASAK TEMPOYAK
By : LiNa Pg
Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam (cuci bersih)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • sedikit kunyit hidup (tumbuk)
  • 2 biji cili merah (tumbuk)
  • 3 biji cili padi (tumbuk)
  • 2 sb tempoyak
  • 2 helai daun kunyit (siat2)
  • Cili merah (potong)
  • 1 buah tomato (belah 4)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1/2 biji nenas (potong kecil2)
  • Garam, perasa/gula
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Gaulkan tempoyak bersama bahan tumbuk.Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan bahan tumbuk.Tumis hingga naik bau, masukkan sedikit air dan biarkan sekejap supaya hilang pijar bawang.
  2. Masukkan ayam dan gaul bersama bahan tumis.Masukkan garam dan gula/perasa.Gaul sebati.Biarkan sebentar untuk kecutkan ayam.
  3. Tambah air hingga paras kuah yg diinginkan.Masukkan nenas, tomato, cili merah dan daun kunyit.Sesuaikan rasa.

Saturday, October 5, 2013

Tempahan Red Velvet Dan Kek Karamel Coklat Moist

Assalamualaikum...
Tempahan kek yang lepas2 punya.Red Velvet dan juga kek karamel coklat moist...
Tempahan hari ni punya...sangat cantik pada mataku hehe..Selamat Hari Lahir buat sahabatku Aniza.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...Telah di pick up oleh tuan badan sebentar tadi
 Ini kek kemarin punya order..Jarang2 dapat tempahan.Berat anggaran 1.9kg..adeh makin berat lak..takleh nk adjust bagi dapat 1.5kg..karamel berat sangat kot...Terima kasih sudi order.Dah dapat feed back...Alhamdulillah..mereka sekeluarga sukakan kek ni
 Spesesl req..takmo serdak kek..nk putih suci jer...seb baik ada tulisan n love kecik2 tu menaikkan seri..
 Yg ni ditempah oleh orang jauh daei Taiping, terima kasih bagi sudi mai jauh2 untuk ambil kek ni.Harap berpuas hati... 

Friday, October 4, 2013

Resepi Kek Coklat Moist Tanpa Telur-Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC)

Assalamualaikum...
Aik kek coklat tanpa telur lagik??Ekceli n3 kemarin tu kek minggu lepas (tempahan lak tu) mana bleh makan org punya kan?disebabkan dapat merasa sket jer (takat2 yg paras tang membukit tu wat lekat celah gigi jer la)Hurmm petang kemarin nekad nk jugak wat kek ni untuk minum petang..sendiri tengok n3 kat blog pun bleh terliur kih3...Memandangkan kek ni teramat senang, godek2 jer guna senduk dah siap..bekas pun tak banyak kotor..dapur pun tak bersepah..terus buat...zup zap...siap..Kek ni memang sedap walaupun tak buat topping.Kalau setakat nk minum petang tu, malas benor nk topping2 bagai...kami makan camtu jer...
Percubaan kali kedua membuahkan hasil, kek naik cantik (tak membukit) the best part is kek langsung tak volcano (merekah) suka2...kira kejayaan la ni kalau kek tanpa telur tak merekah..Pestaim wat maybe suhu oben tinggi sket kot..tu yg merekah sket...kali ni aku tggu depan oben..nampak jer ada tanda2 nak meletus terus kurangkan suhu..pastu tercongok depan oben sampai kek masak (gigih tak kih2)
Peringatan mesra dari saya, walaupun kek ni nampak cukup mudah, tapi JANGAN ambil mudah...kena baca resepi betul2 dan fahami resepi terlebih dahulu sebelum buat...Biasanya percubaan pertama belum tentu menjanjikan hasil yang sempurna dari segi fizikal tapi insyaAllah kek menten sedap.Kek saya juga naik tak sekata (membukit n sedikit merekah untuk percubaan pertama) bak kata omputih practise make perfect..Kalau ada keraguan..klik ajer kat sumber asal resepi atau gugel jer akan kuar berderet2 SMECC ni..resepinya sama jer..Mudah kan?Kadang2 saya termissed komen2 kat blog..jadi lambat sket respon tu..
Tersangat moist kan kek ni....tak rugi mencuba..nyesal sangat tak cuba2 awal2 lagi..
Meh close up sket..kasi korang terliur haha...rasanya kek ni bukan takat moist..tapi dah consider basah neh..org Penang kata basah lencun hihi

RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci (versi asal)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang-LiNa Pg imported cocoa powder)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga (LiNa Pg bako suhu 170-175'C)
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata (LiNa Pg ayak sekali susu tepung dan garam)
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (50min)
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

 Kek yg dah masak..posisi....montot
 Disebabkan suka ngan kejadian kek ni..maka sangatlah rajin snap pic...gigih usung kamera..selalu hentam ngan enpon jer haha
 Nah sekeping lagi kih2

Thursday, October 3, 2013

Tempahan Kek Coklat Moist Tanpa Telur - SMECC

Assalamualaikum...
Salam siaran...dah lama teringin nak buat SMECC (Super Moist Eggless Chocolate Cake) ni tapi tak terbuat jugak.Bukan kek coklat tak bape nk laku kat umah ni berbanding ngan cis kek.Malas la nak menerai.Rasanya resepi kek ni memang ada di setiap dapur maya kawan2 yg lain, saya ajer yg ketinggalan..selalu camtulah out dated sket heheh..
Kali ni hajat tercapai jugak hajat nk menerai disebabkan spesel request dari kastemer yg nk kek coklat tapi takmo telur...vegetarian ke allergic telur tak tau lah...tak siasat lak..Lagipun ni kastemer baru.Memula sudah kureject proposal ni sebab tak pernah amek order Eggless cake takut gak tak menjadi.Pernah buat kek eggless dolu2...time anak kena chicken pox kan kena pantang telur..sekali tu jer buat kek coklat tanpa telur.
Kali ni saya menggunakan resepi DJ, Alhamdulillah menjadi..
kek ni naik membukit dan merekah sket..bila baca kat blog DJ katanya memang camtu pesen kalau yg eggless..saya paras rata n tuang ganache.Rasa sket yg kena pancung tu..mak aih sedapnya...tak rasa pun ketiadaan telur dalam kek ni..Memang moist sangat....rugi tak cuba awai2 hehe...Hokey kek ni berat ~1.3kg.Kalau yg dlam pantang tu boleh order kek ni...mari-mari

RESEPI KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR - SMECC
Rujukan : KakNor
Sumber : LiNa Pg

bahan-bahan : (LiNa Pg buat double)loyang 9in- guna 8in tinggi sket kot

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3/4 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 21/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
  • secubit garam
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.(LiNa Pg bako selama 50min)
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Note:
Kek ni memang sedap walaupun tanpa ganache.Sebab nk jual kena buat ganache gak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...