Wednesday, November 27, 2013

Resepi Russian Black & White Chocolate Cake

Assalamualaikum....
Dah lama berangan nak buat kek ni,tp selalu terbantut sebab membayangkan kesusahan nk buat petak hitam putih tu.Bila gugel sana sini barulah tau cara nk membelangkan cis dan coklat ganache..alahai senang sangat rupanya.Bila dah tau teknik terus simpan hasrat one day resepi ni wajib juga..tunggu masa yg sesuai jer.Bila tengok Hana buat lagi bersemangat nk mencuba.
Kek ni jauh lebih mudah dari kek Indulgence tp kosnya tidak jauh beza sebab menggunakan kek coklat, whipping cream, coklat compound dan juga cream cheese.Patutla kedua2 kek ni dijual dengan harga yg agak tinggi.Sedap tak kek ni?kepada penggemar kek coklat dan juga cis..kek ni ada gabungan kedua2 element ni..Rasanya sangattttt mewah dengan coklat.Korang bayangkan kek coklat moist  yg sememang tersedia enak dimakan begitu, dilapisi dengan cream cis bersulam coklat ganache pekat yg memang wallah..Pastu cream cis disalut pulak disekeliling kek, curah lak coklat ganache yang menebal kat atas tu...hurmmmmmm cer korang bayangkan......sedap tak?sedap x? korang jawap la sendri kih2...nak try?meh nk bagi resepi...Hapa?malas nk wat sendiri?Meh order....saya boleh buatkan..
My Russian Black & White....sangat mewah dengan rasa coklat...disulami masam manis dri cream cis...sangatlah heaven...Nak rase?Meh order...
RESEPI RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE
Rujukan : Hana (Nak tengok cara melapis refer blog hana yea)
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
Ayak bahan yang bertanda *.
Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (guna hand whisk)
Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit (hingga masak)
Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)
500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos (LiNa Pg xletak)
2 sudu besar butter

Cara-cara
Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 RESEPI CREAM CHEESE
500g creamcheese
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)LiNa Pg xletak-anak xsuka coffee

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
REFER KE BLOG HANA UNTUK KAEDAH MELAPIS)
Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Saya tak suka kek yg terlalu tinggi sebab tu buat 3 layer sahaja, just nice...senang nk macam.Even 3 layer jer tp kek ni seberat ~2kg
 Kek simple jer...but don't judge by it's cover okey...

Monday, November 25, 2013

Resepi Ayam Maharani Lagi

Assalamualaikum...
Siaran ulangan Ayam Maharani...lauk ni dimakan ngan Nasi Pilau Pakistan aritu..Walaupun ulang siar tp letak gak la resepi bagi meriah sket hehe..
Okey malas nk bebel....terus ajerlah semak resepi
Gambar dari enpon jer neh..suma set nasi Pilau dari enpon sahaja..
RESEPI AYAM MAHARANI
Original : Chef ASma Laily
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar (LiNa Pg gn 2 labu)
10 biji lada hijau (LiNa Pg guna 3 biji)
5 biji lada merah (LiNa Pg gn 3 biji)
1 biji tomato ( LiNa Pg dadukan saja)
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih (LiNa Pg gn 3 ulas bawang putih-blend)
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt (LiNa Pg xletak xdak stok)
1/4 cawan santan (LiNa Pg guna sekotak 200ml)
1 cawan air
10 biji gajus (LiNa Pg gantikan ngan serbuk badam)

Bahan2 C:
2 helai daun bay (LiNa Pg gantikan ngan daun pandan)
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga (LiNa Pg gn 1biji jer)
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng (LiNa Pg xletak)

garam & gula secukup rasa
minyak

cara:
ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
kacau rata dan biarkan mendidih
tambah air jika terlalu kering
masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan

note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati..

Friday, November 22, 2013

Tempahan Sulung Kek Indulgence Chocolate Cheese

Assalamualaikum..
Bersiaran di pagi Jumaat yang dingin.Hujan turun mencurah2 di bumi Pulau Pinanag..Alhamdulillah..hujan rahmat...harap2 tidak mengakibatkan banjir kilat la kat sini.Anak2 yg masih bercuti mengambil kesempatan sambung tido..okey lah sempat mama berblogging sat hehe..
Okey, hari ni nk tayang tempahan kek ajer.Kira spesel la ni, pestaim menerima tempahan kek Indulgence...rasa seronok pun ada nebes pun ada...Buat kek orang dengan kek sendiri ni lain dia punya feel..kalau sendiri punya memang tadak nebes pun...main hentam jer..Kalau orang punya kena extra carefull sebab takmo ada sebarang kesilapan..buka apa reputasi kena jaga..
Walau pelgabai aral melintang pukang, akhirnya dapat juga siapkan kek ni..mau 2 ari nak siapka kek ni.Bukan apa kena tunggu yg layer2 tu set dulu baru boleh disapu mousse keliling kek...tunggu yg tu set dulu,baru curah ganache...dibuatnya ganache tu meluncur laju jer..kena tunggu set dulu baru boleh nak deko ke hapa..seb baik kastemer ni sporting dia xmo deko..kalau request deko jenuh gak lah kalau pesen keras tangan cam saya uhuk...
Harap kastemer ni berpuas hati.Kalau ada sesiapa nk order, boleh contact saya melalui e-mail ada kat side bar tu...Pulau Pinang sahaja tau..kalau yg out station nk order pun boleh gak, tp mai amek sendri yea hihiiii
Kalau nk tengok hasil dalaman kek ni boleh tengok SINI.Yg ni kek orang takleh bedah siasat
simple as usual..that's me hihiii
 yg ni gonjeng sebelum dicurah coklat ganache

Thursday, November 21, 2013

Resepi Kari Daging Pakistan (Sedap Tanpa Santan)

Assalamualaikum..
Hari ni menu sinambungan Nasi Pilau Pakistan iaitu lauknya pulak Kari Daging Pakistan hehe..pendek kata suma pun Pakistan la hehe.
Kari Daging Pakistan ni enak juga menggunakan ayam dan juga kambing.Istimewanya resepi kari pakistan ni ialah resepinya menggunakan bawang besar yang banyak, cuma dicincang/hiris dan masak hingga bawang hancur.Methode ni sama seperti menyediakan DAGING SEKILO BAWANG SEKILO.Ironinya bila penggunaan bawang yang banyak, masakan akan menjadi sedap dan manis semulajadi...cuma agak bercinta untuk tunggu bawang tu hancur.Tapi percayalah korang tak akan menyesal mencuba Kari Pakistan ni..
Pada mulanya agak cuak jugak sebab kari saya kaler pucat losi gitew cam tak bermaya..ish2 awat la ni tak menjadi ke?sebab tengok kari orang lain kaler agak gelap, lebih kurang gulai kawah gitew.Takpe lah kite teruskan juga..rupanya bila daging empuk dan bawang hancur, kuahnya bertukar menjadi lebih gelap dan cantik...
Ni baru masak jer, terus ceduk letak dalam mangkuk..time ni anak2 tak sabar nk makan..klik2 lebih kurang..siap heheh
RESEPI KARI DAGING PAKISTAN
Original : Maria Hakim
Rujukan : kak Amie dan ct
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 16 bahagian (LiNa Pg gn 1/2kg daging pejal)
  • 4 biji bawang besar - cincang
  • 4 biji tomato merah - cincang
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam
  • 1/2 cawan minyak
  • garam masala - jika suka (LiNa Pg gantikan dengan rempah beriani)
  • hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
  3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. 
  5. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
  6. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  7. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (LiNa Pg tambah sedikit serbuk pati ayam).
  8. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
  9. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Note:
Methode yg LiNa Pg gunakan;
Selepas selesai menumis segala bahan, terus masukkan daging.Kacau sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat sedikit, tambah air.Biarkan segala bahan mereneh hingga bawang, tomato hancur dan daging empuk.


Wednesday, November 20, 2013

Resepi Nasi Pilau Sedap

Assalamualaikum...
Sehari  dua ni rajin pulak tayang lauk pauk hehehe..kalau tidak manjanggggg kek jer kan?Dah coti sekolah ni kenalah masak spesel sket untuk anak2.Lagipun time memasak pun relek sket.Kalau tidak, asyik terkejar2 n mata tak lepas tengok jam.Kalut nk masak, nk pick up anak lagi.Kalau ada tempahan lagi kalut berganda.Sekarang ni cuti senang nk arrange time.
Sana sini dok rancak menayang Nasi Pilau ni, kite pun terhegeh2 nk buat jugak.Alhamdulillah dikurniakan sedikit kerajinan..kira rajin rahap gaban ni sebab nasi ni kena buat stok ayam dulu, baru boleh proceed ti the next step.Kalau Nasi Beriani tu sap sap soi jer..sekali harung jer..
Nasi Pilau ni kaler putih jer..biasa tengok kelabu asap gitew..maybe saya boh sket jer jintan putih kot..takut lak kuat rasa rempah, tak makan lak dak Maisarah..maklumlah tekak cerewet tahap gaban tuh huhu..Tapi kena nasi ni..sepinggan dalam gambar ni licin dia makan (bukan makan sendiri..mama dia la suap hihiii)
 Cantik lak biji nasi ni guna beras PUSA..lenkali boleh beli beras ni la
 Nasi Pilau Pakistan digandingkan dengan Kari Daging Pakistan, last but not least Ayam Maharani..wallaaa

RESEPI NASI PILAU PAKISTAN
By: Kak Maria Hakim (No Link)
Rujukan : Zaliedana 
Sumber : LiNa Pg
Resepi asal, sila rujuk ke blog ct resepi kat bawah ni saya simplify bagi senang faham

Bahan-Bahan A (Untuk Stock Ayam)

  • 1/2 ekor ayam dipotong (LiNa Pg gn tulang2 sahaja untuk wat stock)
  • 2 sb Ketumbar Biji
  • 1/2 sb Lada Hitam Biji
  • 1/2 sb Jintan Manis Biji
  • 1/2 sb Jintan Putih Biji
  • 1 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk-xperlu kupas kulit)
  • 2 inci halia (ketuk)
  • 2 labu bawang besar (belah empat)
  • 2 helai Daun Bay
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Pelaga, Bunga Lawang)
  • 4 cawan air
  • 1 kiub ayam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)

Cara-Cara:

  1. Satukan semua bahan A ke dalam periuk, masak hingga ayam empuk.
  2. Angkat ayam ke dalam bekas lain.
  3. Tapiskan stock ayam ke dalam bekas berasingan.Buangkan segala rempah rebusan tadi (Hanya air air dan ayam sahaja digunakan untuk Nasi Pilau ni)Ketepikan 

Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)

  • 2 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam selama 1 jam)kemudian toskan
  • 2 1/2 cawan air rebusan ayam (LiNa Pg gn 2 cawan air rebusan+1/2 cawan susu cair)
  • Ayam dari rebusan stock
  • 1 labu bawang besar (LiNa Pg dadu kecil)
  • 1/2 sk serbuk ketumbar 
  • 1/2 sk Garam Masala  (LiNa Pg xdak-gantikan ngan rempah beriani)
  • 1/2 sk serbuk Jinta Putih 
  • Pes Bawang Putih (LiNa Pg letak 1/2 sb)
  • Pes Halia (1/2 sb)
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun Bay
  • Daun Pandan
  • Kiub Pati Lembu (LiNa Pg xletak-dah letak dalam chicken stock)
  • Garam/Gula Secukupnya (LiNa Pg xletak)
  • Mnyak 
  • 1/2 sk jintan Putih Biji (tabur last, bila nasi kering)LiNa Pg xletak takut anak tak mkn

Cara-Cara:

  1. Tumis bawang besar yg dihiris/dadu smp garing.Jangan sampai hangus, nanti nasi akan jadi pahit.
  2. Masukkan rempah 4 beradik,daun bay,daun pandan,pes bwang putih, halia n rempah2..tumis lagi smp garing n naik bau..
  3. Masukkan beras, goreng sekejap hingga sebati dengan segala rempah.
  4. Masukkan air rebusan, susu cair grm gula n ayam.
  5. Apabila nasi telah kering,gembur2kan n taburkan jintan putih (LiNa Pg xletak)
  6. Bolehla dihidangkan..

 
Rempah rebusan chicken stock

Monday, November 18, 2013

Resepi Ayam Gajus (Sedap Dan Mudah)

Assalamualaikum..
Apa khabar suma...cuti sekolah telah pun bermula, Selamat Bercuti saya ucapkan kepada anak2, adik2 dan juga para pendidik.Bila cuti sekolah dapur akan sentiasa panas.Dari buat sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.Pendek kata tak senang duduk la si mama ni kat umah...
Agak lama TMK tidak menghidangkan masakan..bukan apa, kadang2 masak menda yg sama (siaran ulangan) tu yg malas nk wat n3.Hari ni diberi sedkit kerajinan untuk snap gambar dan juga wat n3 ringkas.Dalam rajin tp malas still ada gak.Gambar snap ngan enpon jer...takpo lah janji hado hehe.
Resepi saya pernah kongsikan di myR lamaaaaa dulu.Kali ni saya ubah suai sket jer.Penambahbaikan la kiranya kui2...Jom..
Maaf la ya gambar kucar kacir sket...angkat dari kuali terus snap..siap jer anak2 dah tak sabar nk makan..
RESEPI AYAM GAJUS
By : LiNa Pg (MyR)
Bahan-Bahan:
  • 400 gram isi ayam (dihiris nipis)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 cm halia (ditumbuk/dikisar)
  • 2-3 sudu makan cili boh (boleh ditambah/kurang)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis 
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • 1/2 cawan gajus (LiNa Pg gn yg siap dipanggang)
  • 1 sk madu
  • Tomato
  • 2 sudu makan gajus (ditumbuk halus)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam, Kunyit, sedikit lada hitam
  • Minyak
Cara-cara
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit dan lada hitam (tumbuk kasar) taburkan  tepung jagung.Goreng 3/4 masak dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, kemudian masukkan cili boh.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan madu.Kacau sebati.Masukkan sedkit air.
  3. Masukkan gajus yg ditumbuk halus.Masukkan ayam, bawang besar, hirisan cili merah.Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan gajus dan tomato.Kacau sebentar.Tutup api.

Thursday, November 14, 2013

Tempahan Kek Karamel Coklat Moist Dan Kek Coklat Moist

Alhamdulillah....
Syukur ya Allah atas rezekiMu..walaupun tidak banyak, tp tidak pernah putus.
Hari ni punya order, kek karamel coklat moist ni diorder oleh orang sama kek coklat kat bawah (yg kemarin punya)Terima kasih tiap2 ari datang amek hihiii
 kemarin punya order.Rq tulisan kaler turqoise..jadi ke tak turqoise tu xtau la huhu..Coklat rice melurut ikut lelehan topping lak adoyai..Tp xpo la komen kastemer ni kek sedap..Alhamdulillah

Monday, November 11, 2013

Aksi Si Cilik

Assalamualaikum...
Sangat terhibur dengan telatah dua orang si comel kesayanganku ini.Okey xmo bebel panjang lebar, biarlah gambar berbicara.Jom layannnn
Memula kata alu-aluan dulu..nama saya Maisarah, jom la kakak2,abang2, auntie n uncle tengok saya main dengan sepupu saya Amani..macam2 yg kami main..siap ada aksi kejar2 ngan mama saya lagi..jommm
Acara pertama ialah Catch n release..ala2 main polis sentri gitew.Ni kita lari nk gi dekata along
Ni kite dok baik2 ngan along..bukan abang long tau..along mok ngoh ni hihiii
Pas snap, kite sebuk nk lari..time ni ada kete..mama cepat2 datang tangkap hiihiiii
Tapi kan kite berjaya lolos dari mama,  tp kena tangkap ngan Ucu lak.Pastu mama masuk kite dalam kete sebab tak larat nk main kejar2
Sampai kat atas, kite buat aksi mendaki pulak.Berduet ngan Amani
Ini acara solo hihiiii
Amani leading lak..tp kan dia main ngelat..pi potong Q dok depan haha..seb baik Ucu kite jadi saksi.Time ni mama bizi dok snap gambar ngan mok ngoh..Ucu yg jadi pengawal kami 
Dah penat merangkak, sampai kat bulatan, kami meniti Titian Usang lak.Cer tengok steady jer..kami meniti
Pas meniti kami nampak objek menarik untuk dijadikan menan..apa lagi acara main rantai besi lak.
Ini dah gaya nk berebut dah ni
seb baik ada banyak..kite tak jadi berebut
Maisarah : Boring la main benda ni jom kite main benda lain lak..
Amani : Jommm
Gigih panjat stage nak main kat tiang bendera
Rupanya Amani dah naik kat atas dah
 Last but not list, aksi Tarian Tiang haha
 Ni dah macam pengawas nak naikkan bendera lak
 
Sambil menari,siap boleh pause untuk pose..yime ni tengok kamera lain.
Aksi solo
Lentok abes hihiiii
Ni gaya macam dapat idea lain jerrr
kesayangan mama..

Friday, November 8, 2013

Resepi Kek Span Cheese@Sponge Cheese Cake

Assalamualaikum...
Sponge Cheese Cake merupakan resepi eksperimen.Sangat sesuai untuk minum petang.Rasa cheese yg lite dan kek yang gebu umpama kapas membuatkan kita tidak berhenti untuk menyuap.Paling anak2 memang suka.Belum cukup tempoh masa 24jam kek sebesar 9in sudah tinggal lapik sahaja haha..Enak dimakan panas/suam2..jika disimpan dingin juga sedap.Pendek kata tak perlu nk perap dalam 3sbok 3-4jam baru boleh makan seperti tipikal cis kek yg biasa tu.Tektur yg dihasilkan juga sangat memuaskan hati saya, walaupun fizikal kek ni ada sedikit kecacatan kerana kegopohan semasa mengeluarkan kek dari loyang huhu...Saya menggunakan basic resepi kek span sahaja tambah diolah sedikit dengan penambahan cream cheese..maka terhasil la sponge cheese cake.Basic kek span menggunakan resepi sweet4ever.
 Macam gebu jer..macam nak ngap jer
 Adeh bahagian tepi tu tak bape cantik...sisip ngan pisau suka hati jer..nx time kena cermat sket

RESEPI SPONGE CHEESE CAKE
By : LiNa Pg
Bahan-bahan (Saiz 9inci )
  • 150g Tepung Super Fine
  • 1 st serbuk penaik
  • 150g gula kastor (LiNa Pg gn 120g)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovellete
  • 80ml air biasa
  • 80ml minyak/butter cair
  • 250g cream cheese
Cara-cara

  1. Cairkan cream cheese secara double boil.Sejukkan sebentar
  2. Tepung super fine dan serbuk penaik diayak terlebih dahulu.
  3. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
  4. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  5. Perlahankan kelajuan dan masukkan air pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  6. Tuangkan minyak/ mentega cair dan juga cream cheese ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  7. Sediakan tin pembakar bulat 9inci atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius (LiNa Pg bakar suhu 165'C)
  8. Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kecut.
  9. Kemudian bolehlah diterbalikkan semula kek, biarkan sejuk sebentar.Keluarkan kek dari loyang.Sejukkan di atas redai.
  10. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

Thursday, November 7, 2013

Salak Denai Chalet Tempat Santai Family Yg Best

Assalamualaikum...
Mengambil peluang cuti panjang week end, Deepavali dan Awal Muharam kami merancang untuk bercuti secara santai ala-ala piknik gitew.Malas benor nk drive jauh2 n booking hotel.Dah selalu sangat cuti2 yg gitu rupa...dah boring dah wey...
Pemilihan Salak Denai Chalet memang tepat kerana setiap chalet disediakan private pool..wah kelass gitu ala-ala orang kaya...swimming pool depan mata jer..Yg best tak share ngan orang lain.Dalam kolam tu ahli keluarga sendri jer.Sejukkkkkk mandi air bukit.Tanpa klorin dan bersih.Kolam di sini dicuci setiap hari oleh owner chalet..
Chalet yang kami pilih ialah Chalet Siti Saffiyah, mempunyai 2 bilik tido dan satu bilik kosong.Ada 3 bilik air/toilet.Kemudahan lengkap macam umah sendri.Peti ais, dapur, tv dan juga tempat BBQ.
Hurmm ada yang berminat ke nak pi cuti santai kat sana ke?Okey secara ringkas saya bagi direction tempat di terletak di Peranginan Batu Hampar.Mesti sampai ke Yan dulu dan cari Batu Hampar..pastu akan jumpa sign board Salak Denai Chalet (sign board kecik jer yea)atau boleh juga guna GPS.Tapiiiii signal selalu lost sebab terlindung ngan bukit agaknya..Kami sampai ke sana berpandukan GPS, bila lost guna sign board lak..Alhamdulillah selamat sampai
Untuk tempahan SALAK DENAI atau contact 012-537 6151.

PERINGATAN : 
Ini ada personal blog LiNa Pg.Paparan ini adalah riadah keluarga saya.Saya tidak ada kena mengena dgn salak denai.Saya hanya PENGUNJUNG.JANGAN CALL SAYA berkenaan SALAK DENAI.Nak order kek dipersilakan 
Inilah yang dimaksudkan dengan 'denai' laluan kecil
Dari jalan besar jumpa sign board ni terus masuk jalan kecil 'denai' mcam gambar kat atas tu..Kredit tu kak rosaliza saya tak sempat snap gambar ni sebab dok melilau cari sign board..
camni jer luarannya,tp sebab ada private pool untuk setiap chalet, tempat ni jadi sangat femes...Percayalah ianya sentiasa fully booked
Chalet Siti Saffiyah.Walaupun luaran nampak usang skampung style la katakan, tapi kami semua sangat enjoy..
salah satu bilik tido..time ni anak2 dah terjun kolam..tu yg pakaian berselerak.
Bilik air, walaupun kecil tp bersih
Bilik tido lagi satu..juga ada bilik air..
Bilik kosong, cuma ada kipas dan tikar.Boleh buat lepak2 dan tido gak kat sini.Opss ada xtra tilam dan bantal jugak yea..
Maka seisi mandi manda pun bermula, time ni kaum ibu sibuk siapkan meja makan nk santap
No camera please hehe..pada hal maisarah dok tengok tangan dia kecut
Macam best jer..macam best jerr..memang sangat besttt
ni kolam dewasa..tp Adda,kak yang n nisa pun mandi dalam kolam ni jugak..ada pelampung hehe
si kecil dok dalam kolam kecil jer yea..senang nk pantau

Ada tempat gelongsor bagai..sangat enjoy anak2 suma..kat hujung tu ada toilet n bilik air.Tepi tu tempat BBQ dan dapur.Boleh main masak2
Dari pagi membawa ke petang, dari panas hingga hujan dan dari siang hingga ke malam, anak2 masih dalam kolam..memang tak reti sejuk langsung..
Dari penuh kolam, sekarang tnggal bertiga jer
 si kecil yg tak reti sejuk
 Begitu sayang ngan pelampung dan bola, mata masih merening ke dalam kolam.Walaupun badan sudah menggigil
 Tengok mama yg tengah merayu supaya naik mandi dan tukar baju...
Akhirnya sang juara mengalah jgak dengan sogokan susu panas haha...Maisarah orang paling last meninggalkan kolam pada malam hari...esok terjun kolam lagi sebelum check out
Kami nak balik dah..ada rezeki boleh datang lagi
kami kelag colgate hihiii
 My Lovely family
Family kak rosaliza
Kami dah nk berangkat ni bye..bye..
Pasni kite ke Puncak Gunung Jerai lak.Ni acara spontan, jenuh gak nk cari jalan untuk mendaki tu.Alhamdulillah akhirnya dapat jugak sampai..Jalannya sangatlah advanture,tp berbaloi sebab dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t..
Destinasi seterusnya ialah Gunung Jerai.Pic ni snap dari dalam kete jer..hantam saja ngah tunggu nk corner baring masuk simpang haha...sempat lagi tu
Perjalanan yg mencabar.Banyak tul sang monyet berkeliaran.Sila berhati2 ya...selekoh tajam
Akhirnya kami sampai ke Puncak..udara sungguh nyaman kat sini
cam biasa mesti tak lepaskan peluang amek gambar..ni kat tengah jalan ni haha
Time posing2 ni sebenarnya dok tggu anggota delegasi gi toilet..snap ajerlah ke mana arah pun tetap cantik walaupun hanya back ground papan tanda..hutan yg menghijau sejuk mata memandang..
Kat Puncak..cantik gak pemandangan dari atas
Posing lagi hihiiii
Model kecik takmo bagi kerjasama..keje nk berlari ke sana sini jer..Adoi 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...