Thursday, December 26, 2013

Tempahan Kek Minyak Dan Lain-Lain

Assalamualaikum...
Tempahan Pertama Dan Terakhir...
Hurmmm apa yg pertama dan apa yg terakhir?cam suspen jer...xmo amek order dah ke?Oh No..No..No
Pertama kali menerima tempahan kek minyak dan kek minyak ni juga merupakan tempahan terakhir yg saya buat untuk tahun 2013.Pas ni coti2 baking sat.Nanti tahun depan baru sambung semula...Oven dan selimut bungkus...mixer pun dah bersarung plastik heheee...tutup kedai sat.
Kepada sesiapa yg teringin nak merasa kek minyak ni jangan malu jangan segan, silalah hantar e-mail.Ada kat side bar tu.Kek ni merupakan kek termurah yg saya jual berbanding dengan kek2 lain...Kek ni simple jer tapi sedap untuk wat makan2 sambil layan hot tea....
 Kek Minyak ~1kg.Hari ni punya order...lom pick up lagi ni hehee
Kek Karamel Coklat Moist Dan Kek Buah (repeat order) last week punya..tuan punya yg sama..
pas kuar kukus..cam comey jer haha...snap gak la
Kek Karamel Dan Super Moist Chocolate Cake.Hari Ahad punya order...ari isnin pun ada order gak, kek karamel nan sebijik tp lupa snap kot

Friday, December 20, 2013

Resepi Asam Rebus Ikan Kembung Dan Tempahan Kek Karamel Coklat Moist

Assalamualaikum...
Sebenarnya ni adalah n3 basi..dah lama buat termiss lak nk buat n3...selalu kalau membaking dan post gambar kek kat fb, ramai la yg minta resepi kek, jadinya n3 kek potong Q.Selongkar dalam folder adalah gambar ikan ni...kalau tak silap buat asam rebus ni time hujan mencurah2 membasahi bumi Pulau Mutiara ni..la ni cuaca pun bertukar dengan panas lit2 hehee..
Okey jom kite semak resepi
walaupun simple, tp sedap ni hirup kuah sampai licin

RESEPI ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
Kongsi Bersama : LiNa Pg

Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri (LiNa Pg gn ikan kembung)
600ml air
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 2
7 biji kacang bendi - buang tangkai & ekor
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Masukkan air di  dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar, serai dan asam gelugur.
2. Biarkan  masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri dan masak lagi selama 5 minit. Kemudian masukkan tomato.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selit gak order kemarin.Sebiji ajer pon hihiiii
Kalau berminat nak rasa boleh order yea...

Tuesday, December 17, 2013

Resepi Kek Minyak Senang Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kek Minyak telah mencetus satu fenomena..tersebar meluas kat fb terutamanya dalam grop masakan...selalunya saya cuma tengok gambar sahaja, tak peduli pun dengan resepi kek ni.Bila baca resepi alahai senang sangat.SUdah menjadi kebiasaan saya, bila nk mencuba sesuatu resepi baru, saya akan gugel terlebih dahulu mencari resepi yg paling senang dan membuat perbandingan.Oh! rupanya resepi yg tersebar kat fb adalah bersumber dari MyResipi sebab resepinya adalah sama rupanya resepi dah ada dari tahun 2008 lagi.Dah lama rupanya.Memandangkan suma bahan memang ada, terus ON projek baking ni...Tak sampai satu jam kek dah ready...Pantas dan mudah...Hasilnya lembut dan gebu...
Saya CnP dari myR ajerlah senang citer hehe
kek marble resepi mudah, kek minyak lina pg, kek minyak sukatan cawan
Kek ni sedap dimakan time suam2..sejuk pun sedap..okey let's join us for tea time
kek marble, cara nak buat kek mudah, kek minyak bakar, kek sukatan cawan mudah dibuat
 Meh close up...Gebu kan? 

RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg
Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

kek minyak sedap, kek marble mudah, kek minyak sukatan cawan, kek sukatan cawan, kek minyak bakar, kek minyak gebu, kek sedap
Konon nk wat paddle pop la ni hehe..Boring la asyik belang2 jer..

Sunday, December 15, 2013

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Kek Karamel

Assalamualaikum...
Rajin bebenor wat n2 order tiao2 hari ni kan?Kira gigih la ni kih2.Okey xmo bebel panjang terus jer nk citer pasal order.
Alhamdulillah reezki tempahan hari ni.Kek Buah Kukus dan juga Kek Karamel.Agak excited juga nk buat kek buah..almaklumlah dah lama tak ngukus kek ni....sabar ajerlah do bersauna 4jam kat dapur.Sambil tggu kek karamel dok bako dalam oben...kek buah atas dapur...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...DAN saya sangat2 suka ngan hasilnya...Kepada yg berminat nak order kek buah, jangan segan silu roger saya kat e-mail tu.Kek Buah boleh di pos.Kos pos opkos la kastemer kena bayar yea...
Kek Buah Kukus siap siap bungkus...Kek ni tahan berbulan lamanya sebab dikukus selama 4jam
  Pas siap kukus..cantik kan golden brown...segala buah dikaramel terlebih dahulu.Time kukus tu harum satu rumah....memang menggoda jiwa raga betul
Kek Buah dan kawan2 hehe

Saturday, December 14, 2013

Tempahan Blue Ombre Cake

Assalamualaikum...
Pestaim dapat tempahan kek pesen ombre ni...menggunakan basic kek span n lapis ngan cream cis frosting...Bab nk membakar satu persatu tu yg lama dok tercongok depan oben, bukan apa takut hangus la..maklumlah nipis ajer setiap loyang..
simple as usual hihii
 2 loyang ngah bako
 satu lagi tggu turn 

Thursday, December 12, 2013

Resepi Sambal Tomato Udang Kering Yang Sedap

Assalamualaikum...
Aik tadak lauk ayam ke ari ni?Oh! no..no...ayam wajib ada setiap hari..Tapi arini mama dia agak malas, cuma wat ayam goreng bodow dan sayur terung masak lemak putih untuk anak2 kih2.Mama ngan abah layan Sambal Udang Kering dan tomato ni digandingkan dengan ikan gelama masam..walllaaaa memang layan abes.My lalink makan bertambah2.Memang sangat2 sedap.Mula2 tengok Evelyn tayang kat fb terus gi sekodeng kat blog dia...senang sangat rupanya..apa lagi bila ada stok tomato segar terus ON projek ni.Disebabkan saya cuma tengok seimbas lalu resepi kat blog lyn ada kesilapan kecil, sepatutnya udang kering ditumbuk asing dengan bawang tu...tapi takpolah rasanya menten meleTOP hehe..
Apa pun terima kasih banyak lyn..
simlpe tapi sedap....
RESEPI SAMBAL UDANG KERING DAN TOMATO
By : Evelyn Gemina
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan:

  • 250g udang kering (tumbuk)
  • 4 biji buah tomato (buang biji - dadu)
  • 3 biji bawang merah (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih  (tumbuk
  • 5 - 10 biji cili padi  (tumbuk)
  • Garam dan gula/perasa

Cara2:

  1. Rendam udang kering dalam air panas hingga lembut.Kemudian toskan
  2. Tumbuk udang kering, bawang dan cili padi.
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing kemudian masukkan buah tomato yg telah didadu.
  4. Kacau sebati.Biarkan sebentar hingga tomato layu.
  5. Masukkan garam dan gula/perasa.Sesuaikan rasa.Tutup api
  6. Sengetkan kuali supaya minyak dan sambal terasing.
 bahan yg digunakan 
dah siap tumbuk

Wednesday, December 11, 2013

Resepi Ayam Panggang Ketumbar

Assalamualaikum..
Ayam lagiiiiii......biasalah budak2 asyik makan ayam jer.Naik pening dah mama dia nk reka menu apa lagi.Kadang2 ayam goreng jer..itupun deme kata sedap haha.Kali ni saya nk kongsikan satu resepi ayam panggang yang sedap.Menggunakan daun ketumbar sebagai bahan utama.Sebenarnya resepi ini diinspirasikan dari Resepi Ayam Panggang Beraroma Daun Ketumbar.Tapi saya dah buat penambah baikan mengikut citarasa sendiri.Rasanya semakin mabeles.Time dok bako tu aromanya semerbak satu umah membuatkan anak2 asyik keluar masuk dapur dan bertanyakan menu masakan mamanya hehe...Yg tak tahan selang 10min dok tanya dah masak ke belum huhu..nampak sangat aroma ayam panggang ni menggoda selera anak2 hihiiii...Bila kata okey dah siap...berdesup masuk dapur nak makan...sambil tangan mencapai ayam..terpacul soklan dari si sulung..'mama dah amek gambar' kih2.....macam biaseee jer kan?Selamba mama dia jawab 'dah' cincai jer kesian anak2 mama dah lapar...
Sori yea gambar kucar kacir jer, nak cepat punya pasal.. janji nampak rupa ayam jer...Ayam ni jugak enak dimakan begitu saje.Len kali bleh ala2 Western gitew..makan ngan kentang putar...

RESEPI AYAM PANGGANG BERAROMA DAUN KETUMBAR
By: LiNa Pg

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam (ikut suka nk potong brp)*
  • 2 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )*
  • 1 inci halia*
  • 1 cm lengkuas*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai *
  • 3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )*
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 kiub ayam
  • 1 sb rempah kari ayam
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • Sedikit garam/gula (jika perlu-LiNa Pg xletak-memadai dengan kiub ayam)
  • 2 sb sos tiram
  • 2sb kicap manis
Cara Penyediaan
  1. Kisar bahan bertanda * kemudian gaulkan masukkan serbuk kunyit, rempah kari dan juga serbuk ketumbar
  2. Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih.Toskan
  3. Perasakan ayam dengan kiub ayam.Kemudian gaulkan dengan sos tiram dan kicap.
  4. Gaulkan pulak dengan bahan campuran (No.1)
  5. Perapkan sekurang2nya setengah jam.Lagi lama lagi sedap.
  6. Panggang hingga masak (LiNa Pg panggang guna pemanggang ajaib)
Bahan kisar, rempah kari, serbuk ketumbar dan kunyit
 ayam digaul sebati dengan kiub ayam kemudian sos tiram dan juga kicap
 
Seterusnya bahan rempah tadi.Gaul sebati.Kemudian perap sekejap
Panggang hingga masak

Friday, December 6, 2013

Tempahan Kek Coklat Dan Juga Kek Velvet Kukus Lapis HawFlakes

Assalamualaikum...
Hari ni tayang kek tempahan jer hehe...Semuanya untuk majlis spesel..kek velvet kukus lapis hawflakes untuk Majlis Pertunangan...bertunang ngan orang jauh, terpaksalah tuan badan tempah kek yg agak lasak untuk perjalanan jauh...
Satu lagi kek yg kaler putih suci tu...isi dalamannya ialah kek coklat moist...tp spesel req nak deko kat luar guna cream cheese frosting...macam RVC...harap kedua2 kastemer ni berpuas hati...
Kek Velvet Kukus Lapis HawFlakes...tema merah putih...so letak bunga gumpaste bagi lawa sket hehe.
Kek ni sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan atau pertunangan untuk perjalanan jauh sebab tak cair dan lasak.Kepada yang berminat boleh contact melalui e-mail.
 Sekali tengok macam RVC kan?Tp kek coklat moist...so letak coklat chips dan juga kalerpul coklat rice bg berseri sket.
 
Dua kek untuk 2 majlis...Feed back dari kastermer (kat fb)..sangat berpuas hati ngan kek ni.Terima kasih buat kedua2nya

Wednesday, December 4, 2013

Resepi Tom Yam Perencah Homemade

Assalamualaikum...
Hujan2 ni layan sesuatu yang berkuah panas2 memang sedap...sambil hirup kuah pedas, masam, masin ni memang sangat sedap...segar sket mata..kalau tidak layu....nampak bantal jer kan kih2.Kali ni dengan gigihnya giling  blend rempah tom yam sendri.Kira rajin tahap gaban la ni.Kalau tidak aci koyak paket yg segera jual kat pasaraya la hihiiii...Kalau korang rajon boleh buat banyak2 n simpan dalam esbok.Saya buat sekali makan jer ni..Ok jom kite semak resepi.
Mangkuk comot2 jer...lupa lak nk lap...masuk dalam mangkuk terus snap...Bodow2 pun sedap la kat tekak kami ni.

RESEPI TOMYAM PERENCAH HOMEMADE

Bahan-Bahan A: (Untuk Perencah)
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 biji cili merah (LiNa Pg buang biji-takut anak2 pedas)
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar udang kering (rendam sekejap ngan air panas)
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang tengah)
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • 1 sk asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 pokok daun ketumbar 
  • Garam, gula (perasa)
Bah an-Bahan(Untuk Masak Tom Yam)
  • Isi ayam secukupnya (LiNa Pg guna dada ayam potong kecil2)
  • Udang
  • Sotong
  • 1 labu bawang besar (belah 6)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Sayur-sayuran (terpulang nk letak sayur apa)
  • 5 helai daun limau purut (carik2)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • jus limau nipis (LiNa Pg gn sebiji limau)
  • 5 biji cili padi (ketuk sket)
  • 1 kiub ikan bilis
  • Cendawan tiram
  • daun ketumbar
  • Air secukupnya
Cara-cara
  1. Untuk perencah tom yam, kisar kesemua bahan A kecuali garam dan gula/perasa.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Tumis hingga pecah minyak (Kalau nk buat stok, lepas pecah minyak, boleh simpan dalam peti sejuk)
  4. Masukkan isi ayam, gaul sebati dengan rempah tom yam.
  5. Bila isi ayam agak empuk, tambah air (hingga paras kuah yg dikehendaki).
  6. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
  7. Masukkan sos ikan, perahan limau nipis dan kiub ikan bilis
  8. Kemudian masukkan sotong, udang, cendawan dan sayur-sayuran dan tomato.
  9. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa (jika perlu) Dah siap.
  10. Tambah hirisan ketumbar ketika menghidang.Daun ketumbar akan membangkitkan aroma tom yam

Tuesday, December 3, 2013

Tiramisu

Assalamualaikum...
Dah lama jugak simpan hasrat nk buat Tiramisu ni tp susah nk jumpa biskut Ladies Finger ni, terus kuburkan hasrat nk buat Tiramisu.Hurmmm kalau nk ikutkan guna kek span pun boleh gak kan?Tp hati tetap eksen nk try yg real punya Tiramisu kih2...abes yg guna kek span tu tak real ke??
Malas la nk bebel jom la tengok gambar n resepi.
 Ni kira rajin la..siap ikat ngan reben bagai kih2...
RESEPI TIRAMISU
By : LiNa Pg

Bahan- Bahan
  • 1 cawan whipping Cream
  • 250 gm cream cheese (lembut)
  • 1/3 cawan gula castor ( nak kurangkan pun boleh )
  • 1 sk jus lemon (atau esen vanila)
  • 1 cawan air panas 
  • 1 sk nescafe
  • Biskut lady fingers secukupnya (boleh gantikan dengan kek span)
  • Serbuk koko (LiNa Pg gn milo)
Cara-Cara:
  1. Satukan air panas dan nescafe.Kacau sebati.Ketepikan (biarkan sejuk)
  2. Pukul cream cheese hingga gebu, masukkan gula kastor pukul hingga kembang.Masukkan jus lemon/esen vanila.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit hingga habes.Putar high speed hingga kental.
  4. Celupkan biskut ladies finger ke dalam bancuhan air nescafe.Celup just tap2 saja..jangan pi rendam lak..kang lembik lak)
  5. Susun ke dalam loyang/bekas.Curahkan adunan cheese ke atas susunan biskut.Hentak sedkit supaya adunan cheese masuk ke celah2 biskut tu.
  6. Buat hingga habes.Pastikan lapisan cis mencukupi untuk tutup semua biskut.
  7. Ayakkan serbuk koko/milo atas lapisan cheese.Simpan dalam peti sejuk 3-4 jam (atau semalaman) supaya lapisan cis set.

 Sy simpan sekejap jer..sebab tak sabar2 nk makan..kalau simpan semalaman mesti cantik hasil post mortem ni

Monday, December 2, 2013

Tempahan Kek Indulgence Cheese Chocolate Moist Lagi...

Alhamdulillah...
Pembuka tirai di bulan Disember, lagi tempahan untuk kek bertingkek2 ni hehe..syukur Alhamdulillah....sangat berbaloi membuat kek ni..walaupun banyak masa diperlukan untuk siapkan kek ni..tp hasilnya memuaskan hati saya.Kali ni semuanya berjalan lancar.Tiada kejadian behind the scene seperti tempahan sulung mggu lepas..Ya lah dah ada sket pengalaman untuk dijadikan iktibar hehe.
Feed back dari kastemer yg pertama sangat2 memberi semangat kepada saya....suka tul dapat kastemer camtu..
Kali ni kastemer yg baru pestaim tempah dari saya untuk besday anaknya.Deko cam biasalah simple jer..tapi rasa insyaAllah sedap.
Untuk menempah boleh contact saya melalui e-mail (kat side bar yea bwh gambar kek promo)sengaja saya tak bagi no hp sebab takut lak ramai yg nk berkenalan ahaks...but no worries sy sentiasa online e-mail sy tu (on the go gitew)
Kek ni saya cuma buat satu saiz sahaja iaitu basic kek Coklat Moist menggunakan loyang 91/2 inci.Selepas deko rasanya dah cecah saiz 10in kot..Selepas post kat fb last wk,ramai jugak yg bertanya untuk order yg 1/2kg..sori sangat2 ya..sy cuma buat saiz ni jer..kek sahaja dah mencecah 1kg, bila dah tambah coklat mousse dan layer cis berat dah jadi 2kg++.
Sori yea gambar kelabu asap snap memalm buta guna enpon plak tu, bukan apa dah snap gambar kira okeylah..kalau kastemer mai amek awal pun tak kelam kabut nk snap dah hihi...
Kalaun nk tengok hasil post mortem boleh tengok SINI
Kalau nk order hantar e-mail kat cheq nooo....tp awal sket yea..s

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...