Thursday, February 27, 2014

Resepi Ayam Shosha

Assalamualaikum...
Buat n3 cepat2 sebab banyak keje menanti.Ayam Shosha ni saya buat lauk sampingan Nasi Daging aritu.Jangan ditanya nape namanya begitu rupa...Walau apapun nama resepi ni, tapi ianya sangat sedap.Walaupun rupa paras seperti ayam masak merah, ayam rose atau pun ayam tomato tp aroma dan rasanya sangat berlainan....nak tau camana rasanya kenalah cuba sendiri..
Ayam ni memang pesen tak berkuah..kering tapi sedap..anak2 siap sapu ngan nasi lagi belen2 yg lekat kat pinggan lauk.
RESEPI AYAM SHOSHA
Original : Chef Asma Laily
Sumber Cuci Mata: Rohaisa dan kak Ayu S'Pore
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam -  potong 12 (Perasakan garam kunyit, goreng 1/2 msk.Ketepikan)
  • 5 cm kayu manis
  • 5 biji pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu makan lada kering
  • 2.5 cm halia*
  • 5 biji bawang putih*
  • 10 biji bawang merah* (*kisar halus)
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan tomato sos
  • 1/2 cawan hirisan daun pudina
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar (LiNa Pg xletak tadak stok)
  • Sedikit madu atau gula pasir (LiNa Pg guna madu)
  • 2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
  • 1/2 kg bawang kecil, dijadikan bawang goreng (LiNa Pg gn 10ulas bwg-buat bwg goreng)
  • 1/2 cawan kismis  digoreng dan ketepikan (LiNa Pg guna sultana)
  • 1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
  • 2 sb serbuk badam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
  • 1 biji tomato  dihiris untuk hiasan
  • Sedikit kacang peas untuk tabur
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam 2 perasa secukupnya
Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.Masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik.
  2. Masukkan bahan kisar, dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata.Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik-balikkan.Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan.Tuangkan sedikit air.LiNa pg masukkan serbuk badam
  3. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam.Renihkan dengan api kecil sehingga pekat.
  4. Jika terlalu pekat, tuang sedikit air.Masukkan kismis goreng, gaul rata.Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng.Gaul supaya ayam dan rempah sebati.
  5. Renehkan lagi sehingga ayam empuk, lembut dan meresap.Akhir sekali masukkan gajus goreng.Gaul sampai rata.
  6. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/ daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani.Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari.

6 comments:

Umie Jazz said... Balas

Assalamualaikum Lina..nmpk sedap..terasa nk cuba...

LiNa_Pg said... Balas

@Umie Jazz
wslm UJ, aroma tu yg membangkitkan selera.

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

menarik nama ayam tu kan dan menarik juga untuk dicuba..tapi kalau bab masak ni sya x pandai sangat la kak..huhu.

Bicara Kak Noor said... Balas

salam LIna, macam banyak jeeee bahan dia panjang sngt nampak tu, tapi kalau sedap mmg berbaloiii kan, masuk list nak tunggu mood rajin

Ayu said... Balas

Assalam singgah disini kejap..terimakasih sudi mencuba..:)

Beautiful Nur said... Balas

As salam...mcm sdp je.nt nk try la kt dpr hihi...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...