Monday, February 10, 2014

Resepi Ayam Tomato Dan Tempahan Kek Coklat Moist

Assalamualaikum...
Hari ni berkesempatan siapkan satu n3 masak2...lama jugak tak paparkan menu lauk...Biasanya lauk jenis ni ala2 ayam masak merah atau ayam ros biasanya digandingkan dengan nasi yg berperisa seperti Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato atau apa2 sajalah.Tapi saya tidak begitu rajin hahaaa..cuma makan dengan nasi putih dan malam nanti boleh lah dinner lauk ayam tomato dengan cicah roti pulak..roti gardenia jerlah...
Mehlah takmo bebel panjang, terus ke resepi
Gambar kucar kacir sebab nak cepat....snap pun guna enpon jer

RESEPI AYAM TOMATO
By : LiNa Pg

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
  • 4 sudu makan cili giling (boleh tambah/kurang)
  • 1 tin kecil tomato puri - 215g (kalau xde ganti ngan sos tomato)
  • 1 cawan santan pekat
  • Buah tomato (belah 4)
  • Sedikit gajus (LiNa Pg beli yg roasted)
  • Cili merah dan hijau (potong serong)
  • 1 sb gula
  • Minyak
  • Garam dan kunyit
  • Rempah 4 beradik 
  • Air 

Cara-Cara:

  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan.
  2. Tumiskan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga) hingga naik bau kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puri/sos tomato dan kacau sebentar
  5. Masukkan santan pekat, garam dan gula. Masukkan ayam, gaul sebati
  6. Masukkan gajus, hirisan bawang besar, cili merah dan buah tomato. Sesuaikan rasa.Renehkan sebentar supaya kuah pekat.Tutup api
  7. Sedia dihidang
************************
T E M P A H A N       K E K     C O K L A T    M O I S T
Tempahan hari sabtu lepas...Terima kasih sudi menempah

2 comments:

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

wow..memang membuka selera la ayam tu kak..makan dengan nasi putih pun ok ja kan..kalau sya, memang bertambah la nasi makan..heheh..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

ayam msk mcm tu feberet anak sulung & anak no. 2. brtambah2lah di amkn kalau msk mcm ni...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...