Thursday, February 6, 2014

Resepi Labu Sira

Assalamualaikum...
Akhirnya dapat jugak wat n3 masak2 heheee...Labu sira ni makanan tradisional negeri kelate.Selalu time kenduri kendara akan ada dessert ni.Tapi manisnya tu ya ampun...memang melekat kat tekak huhuu..kena kaber minum air kosong bergelas2 huhuu..Walaupun manis tp saya tetap akan mengambil sepotong untuk merasa.Maklumlah masakan otai ni lain pesen sket sedapnya..
Resepi Labu Sira ni pernah saya masukkan dalam blog ni, cuma kali saya menggantikan gula perang n gula merah kepada nisan keret...saja 'test drive' nak compare mana yg lebih sedap...
Cara masak pulak saya menggunakan pemanggang ajaib.Ternyata labu lebih cepat empuk walaupun menggunakan api kecil.
Dua bahan utama yg berbeza menghasilkan keenakan yg berbeza.Nak tahu apa bezanya kenalah cuba sendiri.Tak suspen la kalau suma pun nk kena stori kan?? Tp dari segi warna gula nisan memberikan kaler yg sedikit gelap berbanding menggunakan gula perang n gula merah yg memberi impact golden brown yg cantikkk.
Kalau nak tengok Labu sira guna gula perang boleh tengok SINI
Sungguh menyelerakan nyumm..nyummm..
RESEPI LABU SIRA
By : LiNa Pg

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji labu
  • 4 keping nisan keret/gula melaka (diracik halus)
  • 3 helai daun pandan
  • Air kapur
Cara-Cara:
  1. Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
  2. Cuci bersih dan toskan labu
  3. Susun labu ke dalam pemanggang ajaib dan taburkan nisan keret yg diracik halus.
  4. Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
  5. Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil hingga labu empuk.Jika menggunakan pemanggan ajaib labu empuk dalam ~30min
Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula
Nampak macam banyak jer gula nisan tu, tp kemanisan hanya manis2 buah jer

7 comments:

zila norazila said... Balas

Owhh..klu mcmtu mmg kna cuba..baru tau rasanya kn..

Teacher Basariah said... Balas

kecur liur...

LiNa_Pg said... Balas

@zila norazila
Hahaa..cube jangan tak cube zila hehee

LiNa_Pg said... Balas

@Teacher Basariah
Sapa pernah makan labu sira..mesti suka kan?

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

nampak menarik sira labu ni..sya baru pernah tengok..x pernah makan lagi..

zana fahmi said... Balas

Salam Lina....lama tak menggodeh dapur lina.
Kat Kelantan selalunya guna keledek tp kakpb lebih suka guna labu...
Huhu....pemanggang ajaib? Uwaaaa....semua org ada, kita je belum:-(

ezzyra said... Balas

rindu sira labu bonda.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...