Friday, March 7, 2014

Resepi Garlic Bread Dan Mushroom Soup

Assalamualaikum...
Tajuk resepi garlic bread tp saya bukan nk kongsikan cara untuk menghasilkan roti dari tepung ya, cuma nak kongsikan resepi untuk sapuan atas roti hahaaa...guna roti hasil tunjuk2 ajer..
Garlic Bread ni memang sedap cicah ngan sup cendawan..ala omputih gitew..walaupun simple tp mengenyangkan.Ok jom kite semak resepi.
Saya gugel rcp merata alam, resepinya hampir sama..tapi tak tau kepunyaan siapa.Saya kopi pes dari blog Embun.Walau siapa pun pencipta asal resepi ni, saya ucapkan ribuan terima kasih.Izinkan saya panjangkan kat sini pula
 
Picas ni  saya snap guna enpon jer sebab nk cepat..kang lambat2 sejuk lak roti dan sup ni..tak cedap la kan.

RESEPI GARLIC BREAD
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan

  • 1 batang roti Perancis (potong serong)
  • 2 sudu besar (100 gm ) mentega (suhu bilik)
  • 3 ulas bawang putih - di cincang halus
  • Ajishio secukup rasa
  • Sedikit lada hitam (serbuk kasar) - LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • Sedikit oregano (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)

Cara-Cara:

  1. Satukan semua bahan di atas (kecuali roti), gaul sebati.
  2. Kemudian boleh lah di sapu pada bahagian atas roti sahaja
  3. Bakar hingga garing.LiNa Pg bakar guna kuali ajer

Sumber Rcp : MyR
By : LiNa Pg

Bahan-bahan 
  • 1 keping dada ayam (cincang halus)
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar (LiNa Pg gn 1 tin susu cair)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang (toskan air dan dadu kecil)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum (bancuh dengan air)
  • Sedikit oregano dan lada hitam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
Cara-Cara
  1. Masukkan dada ayam yg telah dicincang halus ke dalam periuk, kemudian masukkan air.Rebus hingga ayam masak
  2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan, masukkan cendawan yg didadu kecil
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat
  4. Masukkan sedikit oregani dan juga serbuk lada hitam (kasar). Sesuaikan rasa. Tambah garam dan perasa (jika perlu). Tutup api, sedia dihidang
T E M P A H A N     K E K     K A R A M E L
Berusaha untuk mengecilkan tulisan hahaaa..

5 comments:

Sue Bee said... Balas

sedappp..SB guna sup VONO saja cicah ngan french bread..

LiNa_Pg said... Balas

@Sue Bee
Saya pun sma gak dulu, tp bila dah pandai buat sendiri da tak beli yg dalam tin...bukan apa,masak sendiri dapat banyak heheee..boleh makan ulang2 sampai puas hati

adda syuhada said... Balas

sedapnyerrr...

Syera Rahim said... Balas

wah...sedapnyer resepi yang di sharing dalam blog nie... teringin nak cuba hihihi....
jemputlah ke blog saya
terima kasih

Sofia Ningkan said... Balas

makseh kak lina sebab follow balik. suka blog akak, ada banyak makanan hehehe

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...