Tuesday, April 22, 2014

Resepi Ayam Kismis

Assalamualaikum....
Ayam lagi....kat umah ni boleh dikatakan setiap hari menu ayam...bila ketandusan idea..ayam goreng bodow2 ajerlah..itupun anak2 makan dengan berselera..ntah la kan tekak deme ni...kalau bukan lauk ayam tu..kira mcam tadak lauk la bagi bebudak ni....
Ekceli resepi ayam kismis ni diinspirasikan dari Daging Prune yg dimasak oleh Angah Raja Lawak..Kalau tak silap saya kat Channel 134..Biasanya lepas tengok Abang Jebat saya akan tukar ke channel lain,tp malam tu..saya biarkan ajer walaupun tak tengok...Ingatkan rancangan lawak, rupanya masak2..Kalau tak silap Program Kuali Terbalik....Saya oleh sket resepi ni mengikut bahan yg ada kat umah...yg ada cuma kismis dan juga sultana..hantam sajalah labu...janji sedap...Kalau berkenan, bolehlah cuba...ada rasa masam manis..masin dan pedas...kira ok lah...cukup rasa...
resepi mmg pesen kering2 sket....tp bila gaul dengan nasi...bertambah2 anak2 makan..

RESEPI AYAM KISMIS
By: LiNa Pg
Sumber : Angah Raja Lawak

BAHAN A (Perap)
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb kicap
  • Sedikit garam
BAHAN B
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cm halia (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar(kisar)
  • 2 sb kicap
  • 2sb cili giling
  • 1sb rempah kari ayam/daging
  • 2 sb sos tiram
  • Cili merah dan hijau (hiasan)
  • Garam dan gula (jika perlu)
  • Gajus
  • 1/2 cawan kismis/sultana
  • Air
  • Minyak
CARA-CARA:
  1. Ayam dicuci bersih, lumurkan dengan sedikit garam.Gaulkan dengan sos tomato dan juga kicap.Perapkan selama 30min.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minya.
  4. Masukkan kari daging (masuk terus jer-xyah bancuh).Kacau hingga rempah masak.
  5. Masukkan ayam, gaul dengan segala bahan tumisan hingga sebati.Tutup kuali, biarkan ayam kecut dan sebati dengan rempah tumisan.
  6. Tambah sedikit air hingga paras ayam.Masukkan kismis.Biarkan hingga ayam empuk.
  7. Masukkan sos tiram dan kicap.Biarkan hingga kuah pekat.Sesuaikan rasa.
  8. Akhir sekali masukkan cili merah/hijau dan juga gajus.Gaul sebati.Tutup api.

2 comments:

IeRA said... Balas

salam singgah..

LiNa_Pg said... Balas

@IeRA
tq sudi singgah

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...