Tuesday, August 26, 2014

Resepi Ringkas Dan Sedap (Masak Pindang Kepala Ikan Merah)

Assalamualaikum...
Lama tak buat n3 masak2..kebetulan arini masak resepi lain sket, biasa tu resepi ulang siar jer.Tu yg malas benir nk wat n3.Biasanya kalau kepala ikan saya akan masak kari kepala ikan atau sup ikan.Kali ni terasa agak boring masak benda yg sama.Kebetulan last wk pun dah buat sup n kemarin buat kari udang..Takkan nk makan kari lagi kot...Hurmmmmtry buat pindang la pulak...Masak pindang ni sangat2 sesuai kalau ada ahli keluarga yg baru baik demam...sbb rasanya masam, manis dan masin boleh membangkit selera orang baru baik dari sakit..hurmmm untuk yg tak sakit...slurppppp kuah hingga licin....heaven heheee.Kalau ada yg nk try silakan...sangat ringkas.
Hujan2 dapat lauk camni sangat la nikmat....

RESEPI MASAK PINDANG KEPALA IKAN MERAH
By : LiNa Pg
Bahan-Bahan:
  • 2 ketul kepala ikan merah
  • 7 ulas bawang merah (blend)
  • 3 ulas bawang putih (blend)
  • 2 biji cili merah (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 1inci kunyit hidup (blend)
  • Sedikit belacan (blend)
  • 3 hiris lengkuas (blend)
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 1 biji cili hijau - patah2kan
  • 1 biji cili merah - patah2kan
  • Buah tomato
  • 2 batang serai - ketuk
  • 5 asam keping
  • Garam, gula/perasa
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis serai, bawang besar dan bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan juga asam keping, garam dan gula/perasa.
  3. Masukkan air, biarkan mendidih.
  4. Masukkan kepala ikan, renehkan hingga mesra dengan kuah dan ikan masak.
  5. Sesuaikan rasa.Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
  6. Tutup api

3 comments:

Bicara Kak Noor said... Balas

as slaam Lina, adusss sedapnya nampak ikan tu dimana nak cari ikan ni

LiNa_Pg said... Balas

@Bicara Kak Noor
wslm kak noor..hantam sajalah ikan apa yg melintas di sinunnn hihii..sedap ni hirup kuah..tambah lak sejukkkk nun di sana hihi..
Bila balik mai msia kak noor?

Yana Shaiful said... Balas

As salam kak Lina..

Dh terliur tgk akak tayang kat fb smlm..arini singgah sini lg terliur.. mmg sedapp dpt hirup panas2 + pedas.. ^__^

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...