Wednesday, September 10, 2014

Resepi Gulai Kawah Daging Kambing

Assalamualaikum...
Lately banyak benor makan daging kambing haha..xtau la nape jadi suka lak bila dah cuba macam2 menu menggunakan daging kambing.Lagipun anak2 semua makan kambing.Okeylah kan senang..Sebenarnya dah banyak kali buat gulai kawah ni, cuma inilah kali pertama menggunakan daging kambing yg bertulang.Terasa enaknya lain macam bila gna yg ada tulang2 camni..
Gulai kawah kenalah post dalam pinggan antik kan..barulah kena hehee
RESEPI GULAI KAWAH DAGING KAMBING
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis (kali ni LiNa Pg gn dgg kambing)
  • 1paket kerisik (40g)
  • 1 paket kecil kari daging
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2cm halia (kisar)
  • 1cm lengkuas (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut (carik-carik) option xletak pun xpe
  • 1 cawan santan pekat
  • Rempah 4 beradik (bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis,bunga cengkih)
  • 3sb gula merah
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam
  • Air
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi dan garing
  2. Satukan cili giling dan rempah kari, jadikan pes.
  3. Masukkan pes (cili giling+rempah kari) tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  5. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  6. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala (untuk mengelak hangit)
  7. Biarkan sampai pekat.Sesuaikan rasa.Tutup api.Dah siap
  8. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

7 comments:

sud@is said... Balas

Semacam trend plak sekarang orang suka makan kambing, kalau dulu jarang sangat ada rumah kenduri kambing kecuali aqiqah...

Bbwana adienia said... Balas

ala, sedapnya makan gulai kawah kambing..best ni!!!

Bbwana adienia said... Balas

ala, sedapnya makan gulai kawah kambing..best ni!!!

zana fahmi said... Balas

Salam Lina...kakpb tak suka kambing tapi disebabkan sunnah Nabi, nak biasakan jugalah...hehe..sedap tu gulai kawah kambing.

EmbunRosaliza said... Balas

assalam sedap nampak gulai kawah kambem tu, ada tulang sekali tu yg bestnya

ummi aqilah (LM) said... Balas

Salam

LM pun suka kambing. Terliur tgk lina punya gulai kawah ni

kehidupan sihat said... Balas

sedap ye gulai kambing.fav nana nih

salam kenal kak :)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...