Friday, September 26, 2014

Resepi Nasi Ayam Mudah

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Jumaat...pg ni cuaca redup jer...ada tanda2 akan hujan lagi...Alhamdulillah rahmat Allah s.w.t...bagaimana cuaca di tempat kawan2?okeylah arini saya nak kongsikan satu resepi yg ala-ala spesel sket dr nasi putih biasa tu tp agak simple jer cara penyediaannya...Saya ni jenis suka yg mudah2...kalau renyah n banyak step tu malas jugak hahaa...janji ianya sedap..
Nasi ni saya kategori sebagai di persimpangan dilema gitu...kenapa sbbnya xtau nak kata nasi ayam tak juga sbb saya x buat kicap dan sos cili...sy gantikan dengan sambal belacan dah jadi macam Ayam Penyet lak...Nasi Ayam ke Nasi Ayam Penyet ke...tak kesah la..janji semua yg dalam rumah ni kata sedap...tambah lak abang long lagi suka buat camni sbb dia sangat sukakan sambal belacan tu.
Nasi Ayam, sup, Ayam goreng berempah, sambal belacan dan ulaman..Alhamdulillah..kenyang

NASI AYAM MUDAH

A) SUP
Bahan-Bahan

  • Sedikit ayam (LiNa Pg gunakan tulang2 ayam jer)
  • 1 paket rempah sup serbuk (jadikan pes)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang 
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 helai daun bay (kalau xde xyah letak)2
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garam/gula (perasa)
  • Minyak/mentega
  • Air

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak/mentega, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang,daun bay dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan pes rempah sup.Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam (tulang ayam) kacau sebentar.Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi)
  4. Kalau guna ayam, biarkan hingga ayam empuk.Sesuaikan rasa.Tutup api


B) AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 1 kiub ayam maggi
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1/2 inci halia (tumbuk
  • 1 sudu besar madu
  • Sedikit olive oil

CARA:

  1. Ayam dicuci bersih.Lumurkan dengan kiub ayam.Diikuti dengan rempah kari ayam.
  2. Kemudian lumurkan ayam dengan kicap manis dan sos tiram.
  3. Gaulkan ayam dengan bahan2 yg ditumbuk.
  4. Gaulkan dengan madu.Akhir sekali letakkan sedikit olive oil
  5. Perap ayam selama 30min.Lagi lama diperap lagi sedap.
  6. Goreng ayam secara deep fry dgn api sederhana.Api tidak boleh terlalu besar sbb bahan perapan cepat hangus.
  7. Boleh juga dibakar menggunakan pemanggang ajaib

NASI
Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras
  • 4 cawan sup
  • 2 helai daun pandan simpul
  • Kunyit/kaler kuning (jika suka)

Cara:
Satukan semua bahan. Masak seperti masak nasi biasa.

C) SAMBAL BELACAN
Bahan-Bahan

  • 10-15 biji cili padi
  • 3 biji cili merah 
  • 3 ulas bwg merah 
  • 2 biji tomato (buang biji-dadu)
  • 1 inci belacan
  • garam dan gula/perasa
  • Sedikit minyak
  • Jus limau nipis/kasturi

Cara-Cara

  1. Kupas bawang kemudian belah 2.Cili padi dan cili merah dipotong (supaya tak meletup semasa digoreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, dan belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.
  3. Bila hampir layu, masukkan tomato.Goreng sekejap jer
  4. Angkat kemudian tumbuk/blend.
  5. tambahkan garam dan gula/perasa dan jus limau kasturi.Sesuaikan rasa.

5 comments:

Teacher Basariah said... Balas

oo..sambal tu kena blender pula ye lepas masak..hmm..nampak mcm sedap..boleh tryla nt.thanks for sharing (^_^)

LiNa_Pg said... Balas

@Teacher Basariah
TB, kena tumbuk macam sambal belacan biasa jga..cuma yg ni segala bahan digoreng terlebih dahulu

AZLINA said... Balas

Salam rindu jugak & tahniah atas pencapaian Lina..
tumpang gembira nengoknye. Mudah2an lebih meletop lepas ni ya :)

AZLINA said... Balas

Salam rindu jugak & tahniah atas pencapaian Lina..
tumpang gembira nengoknye. Mudah2an lebih meletop lepas ni ya :)

ros_reeza said... Balas

sedap. tertarik ngan sambal tu jugak.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...