Thursday, October 9, 2014

Resepi Asam Pedas Daging

Assalamualaikum...
Masih banyak lagi daging korban pemberian jiran2 atau kaum keluarga?Atau sudah jemu makan daging gulai, singgang, sup?Hurmm apa kata buat asam pedas lak ngan daging tu..sedap tau...Tambah lak kalau makan buat kuah banjir....Dah nama pun asam pedas kan?mesti lah kena sedikit masam dan ada pedas2 sket.Tapi saya masak ni versi mesra kanak2..pedas manja2 jer..Maisarah pun boleh makan...Alhamdulillah memenuhi selera juri2 kat rumah ni..Owh ya..asam pedas ni lain sket sbb tidak menggunakan daum kesum..hanya menggunakan daun limau purut.Rare kan?Aroma daun limau purut tu semerbak satu umah.Itupun sudah membangkitkan selera ahli keluarga.Tak sabar2 nak makan heheee...Jom kite semak resepi :)

Memang tak menyesal....Anak2 puji sedap sangat kate depa asam pedas ni..Alhamdulillah

RESEPI ASAM PEDAS DAGING
By: LiNa Pg (TMK)
Sumber : Kak Amie Little Kitchen
Asal : Masakan Tradisi Melayu Melaka

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg daging lembu tetel
  • sekepal asam jawa - ambil airnya 2 mangkuk
  • 10 helai daun limau purut
  • 2 batang serai - dititik
  • garam secukup rasa
  • 1 inci lengkuas - dititik

Bahan untuk menumis - dihiris

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 camca halba
  • 1/2 cawan minyak masak

Bahan giling lumat/blend

  • 20 tangkai lada kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 camca besar jintan manis
  • 1/2 camca besar jintan hitam
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan

Cara Memasak:

  1. Bersihkan daging, toskan.
  2. Pijarkan minyak, masukkan halba, biarkan beberapa saat, kemudian tumis bawang yang dihiris. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan bahan giling/blend, masak hingga garing. Masukkan daging, lengkuas dan serai. Masak sehingga daging empuk. Jika perlu, tambah sedikit air. Tutup periuk.
  4. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, garam dan daun limau purut. Biarkan hingga kuah mendidih.


10 comments:

Bbwana adienia said... Balas

memang tengah berlambak daging dalam fridge..syukur la rezeki tapi wana yang malas nak masak.hihi, nak datang ja rumah kak lina makan sana, boleh???hihik..

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
Hahaa..nak datang kena makan benda lain la sbb daging asam pedas ni dah licin tinggal kuah sket anak2 pesan suruh simpan nk cicaha roti.

EmbunRosaliza said... Balas

kk pun alhamdulillah byk dpt daging jiran bagi, kalo ada lg belen boleh la buat, hari ni nak buat daging kandar

EmbunRosaliza said... Balas

kk pun alhamdulillah byk dpt daging jiran bagi, kalo ada lg belen boleh la buat, hari ni nak buat daging kandar

sud@is said... Balas

Mengiurkan, belum pernah masak daging lauk asam pedas, ikan pernah la, boleh cuba lepas ni resepi tersedia tq lina

Teacher Basariah said... Balas

hmm..mcm senang je..tgk bhn pon mudah2.boleh cuba nnt..thanks akak!

ecah khalili said... Balas

ecah pon suka letak daun limau purut kalau masak asam pedas. bau die tu y buat sedap..kadang ecah perah limau nipis sikit.pon sedappp..

HaziziYusof said... Balas

peerrhhh... sedap asam pedas daging ni.. lagi lah raya korban ni makan daging. memang best masakan melaka ni.like like like :)

kelapangan singgah ke blog kami yer.. ada murah..murah..murah :)

http://izzium2u.blogspot.com/

HaziziYusof said... Balas

peerrhhh... sedap asam pedas daging ni.. lagi lah raya korban ni makan daging. memang best masakan melaka ni.like like like :)

kelapangan singgah ke blog kami yer.. ada murah..murah..murah :)

http://izzium2u.blogspot.com/

Amie said... Balas

Mmm... asam pedas Melaka memang mabeles... teringat dulu ada kawan orang Melaka, memang dia pastikan betul2 semua perencah ada dalam masakan tu, dan ayahnya selalu kata asam pedas melaka kuahnya berlenang-lenang

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...