Thursday, October 16, 2014

Resepi Kacang Buncis Tumis Belacan

Assalamualaikum...
Dah siap dah masak untuk lunch ari ni, saya kongsikan dulu resepi Kacang Buncis tumis Belacan.Kacang buncis ni saya buat sket jer sbb ada masak kari kepala ikan dalam tu dah ada bendi Okey la tanpa membuang masa, xmo bebel panjang sebab sat lagi nk kuar lak g kedai bakery beli barang2 dan sekali jalan amek si kakak balik sekolah.Jadi semuanya kena speed up.
Okey saya share juga resepi goreng belacan ni walaupun ringkas sekadar bagi idea kepada mama2 di luar sana heheee...
 Ringkas dan mudah..itulah pilihan saya hehee..janji sedap dan menepati selera keluarga.Guna bendi pun boleh

RESEPI KACANG BUNCIS TUMIS BELACAN
Bahan-Bahan:
  • 15 batang kacang buncis (potong serong)
  • 1/2 batang karot (potong bentuk batang mancis)
  • 1 biji bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji cili merah (tumbuk)
  • 1/2 inci belacan (tumbuk)
  • 2 sudu besar udang kering (rendam dlm air pns-tumbuk)
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • Minyak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau
  2. Masukkan kacang buncis dan karot, gaul sebati.Masukkan kiub ikan bilis.
  3. Kacau sebentar hingga sayuran agak layu sedikit.
  4. Tutup.Dah siap
Ratah pun sedap

4 comments:

sud@is said... Balas

sedap cepat dan ringkas ya Lina, jom makan

LiNa_Pg said... Balas

Betoi tu sud@is...tepat sekali hehee

EmbunRosaliza said... Balas

Ini ke yg di tumbuk sarah tu, kacang buncis sedap ranggup2

Amie said... Balas

Kak Amie pun kalo masak sayuran kekacang ni suka yang simple aje... lebih sedapkan begini Lina.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...