Thursday, October 30, 2014

Resepi Sayur Betik Bersama Daun Murungai

Assalamualaikum...
Dah ada plan nak masak apa ari ni?Ekceli saya pun pening gak kadang2 xtau nk masak apa.Bila dok termenung depan peti ais..ternampak buah betik tergolek2...sian lak lama dok bertapa dalam esbok...buah betik ni saya amnil dari kampung.Petik segar dari tepi umah bonda.Ingatkan dah mengkal rupanya masih putik lagi...Isinya masih putih.Hurmmm hajat ati nk buat sayur bening betik tu, tapi kansel la..sbb muda trang tang tang lagi..So saya buat sayur biasa jer..letak sket cili giling bg nampak merah2 sket baru menarik dan berselera nk hirup kuah hihi...Sayur camni sedap dimakan bersama ikan goreng (untuk anak2 of cos la ayam goreng kan) ,ulaman cicah budu pergggg sedap
Kalau ada yg xkenal/xsuka daun murungai tu boleh gantikan dengan cekur manis (bukan daun cekur ya hihi)

RESEPI SAYUR BETIK BERSAMA DAUN MURUNGAI
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:

  • 1 biji betik/labu air 
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sb udang kering (rendam jap ngan air panas spy kembang-tumbuk)
  • 1 sd cili giling
  • Sedikit serbuk lada hitam  (kasar)
  • Daun murungai/cekur manis
  • Udang segar (jika suka)
  • 1 kiub ikan bilis/garam&gula(perasa)
  • Air secukupnya
  • Minyak

Cara-Cara: 

  1. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang tumis sekejap.
  4. Masukkan betik gaul dengan bahan tumisan.
  5. Masukkan air dan kiub ikan bilis dan serbuk lada hitam .
  6. Bila betik hampir empuk, masukkan daun murungai.
  7. Biarkan daun layu sedikit dan betik empuk.Sesuaikan rasa.Tutup api
Note: LiNa Pg gn betik agak muda dan lambat empuk.pas tumis tu kuarkan dulu udang supaya udang tak liat (overcook) bila betik empuk, baru masukkan semula udang

7 comments:

Bbwana adienia said... Balas

sedapnya..wana pun suka makan sayur betik..

sud@is said... Balas

oo baru tahu murungai tu cekur manis,,, tq Lina
sedap nampak kalau betik yang kekuningan tu lagi manis dan cantik colornya..

LiNa_Pg said... Balas

@sud@is
Bukan2..murungai tu selalu org india amek buah n masak kari..org melayu panggil munggai/munggal..
Cekur manis tu opsyen kalau xde murungai ni

cheq da said... Balas

Wah sedapny kak...sy daun murungai tahu goreng dgn telur jea

AMIIZAA said... Balas

sedapnyaaa:)

maz said... Balas

kita suka sayur bending betik...letak lada hitam dgn bawang merah..pastu ada plak ikan masin..waaa sdpnyaa mkn nsik...ehh..daun murungai tu mcmana ye..

Ayu said... Balas

Assalam Lina, ermm nampak menarik recipe ni..boleh dicuba ..kalau ada labu next time..daun cekur manis tu macam daun pucuk manis ke?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...