Thursday, November 6, 2014

Resepi Gerang Asam Kepala Ikan Siakap

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni dapat buat n3 masak2.Kesiankan asyik tayang kek jualan jer hihi...Itu namanya iklan percuma kat blog hihi...Gerang Asam ni saya buat untuk dinner semalam...masak lewat sbb pg dah sarapan ngan nasi lemak, tengahari tu saya buat nasi goreng jer untuk anak2 saya skip lunch sbb dah kenyang makan nasi lemak.So dinner malam tadi lauk Gerang Asam, Ayam Goreng dan kailan goreng.Alhamdulillah kenyang.
Ekceli tengahari kemarin saya baik punya santai depan tv sbb tak kalut masak pun (kan buat nasi goreng jer sap..sap soi jer tu kikiii)Pastu tengok program Dapur Panas, chef masak Gerang Asam...dah tengok sekerat jalan pulak tu humm agak2 ajerlah apa bahan yg chef masuk dalam tu.Pastu gugel2 sket makan terhasil la Gerang Asam versi tekak saya.Sebenarnya Gerang Asam ni adik beradik Asam Pedas gak..bahan2 lebih kurang sama jer.Cuma yg ni tak letak daun kesum dan bunga kantan.Biasanya Gerang Asam dibuat menggunakan isi ikan, dalam esbok tinggal kepala ikan siakap jer..hantam saja lah labu janji sedap.Jom kte semak resepi
Sedap..kuah pekat camni mmg suka lah..

RESEPI GERANG ASAM KEPALA IKAN SIAKAP
By: LiNa Pg 
Bahan-Bahan:
  • Seketul kepala ikan siakap (isi ikan pun boleh)
  • 1 labu bawang merah (blend)
  • 20 ulas bawang merah (blend)
  • 2 hiris lengkuas (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 1cm kunyit (blend)
  • Sedikit belacan (blend)
  • 3 batang serai (blend)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 5 helai daun limau purut (carik-carik)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar pes asam jawa adabi (bancuh dgn 1 mangkuk air)
  • Kacang bendi
  • Tomato (belah 4)
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam dan gula/perasa
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Kepala ikan dicuci bersih.Ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 kisar bersama cili giling hingga naik bau.Masukkan serai yg diketuk.Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.Kacau sebentar.Tambahkan air,masukkan daun limau purut, kiub ikan bilis garam dan gula.Renehkan hingga kuah agak pekat.
  4. Masukkan kepala ikan, bendi dan tomato.Biarkan hingga ikan masak.
  5. Sesuiakan rasa (kena ada rasa masam2, masin, sedikit manis dan pedas)Tutup api.Dah siap
 Alhamdulillah menu camni mmg dapat sambutan hangat kat umah..

5 comments:

sud@is said... Balas

aduhh!!!! Lina menayangkan resepi yang menggoda, tq resepi....

Teacher Basariah said... Balas

salam kak lina..tergodanya saya dengan gerang asam ikan ni..nak try pasni sbb tgk bhnnya pon mudah.

kak, nak request resipi kek yang mudah dan tak guna telur boleh?tq kak lina yang comel (^_^)

LiNa_Pg said... Balas

@Teacher Basariah
TB boleh cube kek coklat tanpa telur..sangat mudah dan sedap

Ayu said... Balas

Assalam Lina, baru nak cakap macam asam pedas kan lauk ni..cuma yang ni ada letak lengkuas, & kiub ikan bilis..yang lain lebih kurang sama juga bahan2nya..akak so far belum pernah masak lagi gerang asem ni..tapi ada juga recipe nya beli buku masakan indonesia...:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

sedapnyer lina... kalau lauk asam2 gini memang feberet akak la ni.. nak pulak dari ikan.. memang paling suka...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...