Wednesday, November 19, 2014

Resepi Sambal Ikan Bilis Madu Dan Kentang (Mudah Dan Lazat)

Assalamualaikum..
Hari ni baru berkesempatan update resepi kat blog.Asyik tayang kek jualan jer kan hihi...Itu rezeki namanya.Bila banyak order, saya agak bizi untuk update blog.Masak pun simple2 jer janji boleh makan.Tayangan arini pun resepi simple dimple tp sangat sedap kat tekak kami sekeluarga..Resepi sambal ikan bilis dan kentang ni pernah saya kongsikan di dapur kecil saya di MyR sana lamaaaaa dulu..sekitar 2009.Dah berjaman gak tu..Kalau menggunakan kentang russet yg besar tu lagi sedap dan puas makan.Kali ni saya hanya gunakan kentang holland jer tu pun yg hampir monopouse dah hihii...lama bertapa dalam peti ais...kecik2 comey jer..kesnya tak sempat nk shopping brg2 basah pas blik dari KL hujung mggu lepas..Masak n makan jer lah apa yg ada..Janji kenyang..Ok back to the track..Jom kite semak resepi.
Kucar kacir jer gambar ikan bilis dan kentang, snap cincai jer sebab kalut nk makan dah..cuaca lak gelap..Janji hado gambar dah la kan hihi..

SAMBAL IKAN BILIS MADU DAN KENTANG

Bahan-Bahan

  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili giling (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-Cara

  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga masak dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili giling,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang
  5. SELAMAT MENCUBA

8 comments:

lia ummiirfan said... Balas

Amboiii... sedapnyaaa... menarik.. tengahri ni boleh buatt.. wee... :))

LiNa_Pg said... Balas

@lia ummiirfan
Sedap la kat tekak kami ni..nmpk jer merah tp mesra kanak2 sbb letak madu kan..rasa balance jer pedas n manis..Cubelah

Teacher Basariah said... Balas

kena dengan nasi panas-panas ni,perghhhhhhh!!!

Liza said... Balas

baru 2 hari lepas liza buat, perghhh makan dgn nasi panas2 boleh bertambah2 kilo...hihihi

Bbwana adienia said... Balas

wah, menggodanya..sedap ni makan kak..siap tambah lagi kalau ada :)

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. sedap nii.... mkn lauk ni saje ngan nasi panas pun dh cukup.

Ania said... Balas

Salam kenal! Blongnya keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)

EmbunRosaliza said... Balas

Menu sampingan yg sangat sedap ni bilis bersambal mcm ni

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...