Thursday, December 11, 2014

Ikan Kembung Masak Kapitan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah ari ni ada kelapangan waktu boleh update masak2.Kemarin punya menu neh.Kang ada yg kata awal lak saya masak hihi..Hari ni punya lom masak lagi.Baru dok defroz lauk jer tuh.Belek2 dalam peti ais ada ikan kembung..masak ikan la pulak..hari2 asyik makan ayam jer bosan jugak kan?Ikan bukanlah pilihan anak2....saya gorengkan jugak ayam untuk depa..3 ketul cukuplah..sekadar selingan jer..Bila ada lauk berkuah camni, terus cari roti untuk cicah2 pulak...Jom la semak resepi..sy buat seringkas mungkin..lengkuas, serai pun skip..hanya menggunakan bahan asas jer..
cam biasa gmbr hp gak ni.Sy suka kuah pekat camni...cicah ngan roti pun best...

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK KAPITAN
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 6 ekor ikan kembung (LiNa Pg kerat 2)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 2 sudu besar cili giling
  • Sedikit kunyit serbuk
  • 1 sudu kecil gula merah 
  • 1 cawan susu cair/santan (1 kotak 200ml)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Tomato dan cili
  • Garam dan gula/perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar yg dikisar, masukkan cili giling dan serbuk kunyit.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula merah, tumis sekejap lagi supaya gula merah karamelize bahan tumisan tu.
  3. Masukkan sos tomato kacau sebentar.
  4. Masukkan santan/susu cair, garam dan gula/perasa.
  5. Masukkan ikan dan tambah air hingga ke paras ikan.
  6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.Sesuaikan rasa.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan cili.Tutup api

*****************************
Selit order untuk hari ni.Kek Buah nan sebiji tempahan dari regular kastemer..Ada makan2 agaknya

Teringin nak merasa meh order...

3 comments:

Bbwana adienia said... Balas

Wah..rajinnya akak..tengok pun dah tau sedap..hihi..nak jugs rasa air tangan Kak Lina :)

Amie said... Balas

Berselera saya tengok ikan kembung masak kapitan tu Lina... cantik warna kuahnya!

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
situasi yang serupa kat rumah..lauk ikan untuk orang dewasa...anak2 tetap ada ayam goreng..makan kuahnya ajelah kalau masak ikan...hehehe...
pss..pinggan cantik..berkenan bunganya tu..:)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...