Tuesday, December 2, 2014

Resepi Kek Keju

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama tayangan kek iklan..hari ni tayang kek berserta resepi lak.Lama tul xbuat dan xmakan cis kek yg satu ni.Dolu2 kek ni sangat femes seantero maya.Cuma semenjak dua menjak ni banyak benor cis kek pesen baru yg muncul..
Kek ni tekturnya tidak sama seperti Marble Baked Cheesecake, yg lembut, fluffy dan cair dalam mulut gitew.Marble cis kek tu jenis dense pesen kek omputih..Kedua2 kek ni sangat istimewa.Anak2 lebih sukakan tektur kek ni, tp saya dan suami suka Marble Cis kek...yg penting kedia jenis cis kek ni selesai dalam masa 3jam jer muahahaaaa....So orang buat buat kesimpulan sndri la yea hihi..
Nama dalam surat beranak cis kek ni ialah Cotton Sof Japanese CheeseCake..Versi dulu boleh tengok SINI  (tahun 2012 lagi) hihiii
Nampak gebu tak?Nampak lembut x?Haa..pi buat cepat..sedap ni..

RESEPI KEK KEJU (COTTON SOFT JAPANESSE CHEESECAKE)
Sumber : Alma

Bahan-Bahan : Loyang bulat 9 inci 

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk) (lina pg gn 1 cawan)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon @ 1 sdt  esen vanila
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine @ guna tepung gandum, ayak 3 kali
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula kastor(LiNa Pg gn 1 cawan)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar

Cara-Cara:
STEP 1 (Adunan A)
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati.
  2. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  3. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna spatula)

STEP 2 (Adunan B)
  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 


STEP 3
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.
  • Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking.  tepi loyang tak perlu gris ya.
  • Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160°C (Peringatan utk diri sendiri -Oven Pensonic 150°C-1jam.Hesstar 180°1jam 15 min)
  • Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas.
  • Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak.
  • Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.


Blueberry Topping
Sumber : alongRoz@myresipi
  • 1 tsp Gelatin 
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling @ apa2 filling kesukaan

Cara-cara :
  1. Campurkan gelatin
  2. Panaskan sebentar & campurkan blueberry.
  3. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.


kek pas masak...
 selepas 'lumur' dengan blueberry topping hehe..kalau bukan sbb nk tulis ni saya lebih suka yg plain jer...Baked with love untuk cis kek n k pop lover..Nisa hehe

4 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

Salam Lina..dah lama tingin nak buat TP malsssss la pulak
Tumpg mkn kek ni kat rmh Lina blh tak?hihi

Liza said... Balas

Nampak gayanya diet ke laut lagi la,hihihi terliur ni..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Balas

Terliur akak tengok Lina.. dah lama tak makan cheese kek ni :)

Bbwana adienia said... Balas

chez kek + lelehan blueberi = meletops..terliur ni tengok kak..huu..sedapnya!!! :)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...