Monday, June 30, 2014

Resepi Nasi Arab Mandy Yang Sedap Citarasa Malaysia

Assalamualaikum...
Hari ni hari kedua umat Islam berpuasa...kemarin cuaca di bumi Pulau Pinang sangat nyama...seharian hujan turun...bila petang sket baru berhenti..sesuailah untuk orang yg nk keluar mencari juadah berbuka..Tp kami cuma dok kat umah jer masak jer yg simple...Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua....
Okey n3 hari ni bukanlah juadah berbuka kemarin, ns ni saya buat makan2 pada hari Jumaat lepas.sangat sesuai kalau nk buat juadah raya atau pun juadah berbuka.Sangat sedap pada tekak kami sekeluarga.Resepi ni saya gabungkan Timur Tengah dan juga tekak asia..maklumlah tekak melayu msti ada masakan melayu walaupun makan nasi arab heheheee.Kalau yg dibeli tu telan ajerlah apa yg terhidang...Resepi ni hasil olahan nasi pilau arab sebab saya mengguna resepi stok ayam yg sama..cuma cara masak nasi berlainan sket..Jom kite semak resepi...sangat berbaloi
Set Nasi Mandy..Ayam Panggang, Kerutuk Kambing dan juga acar epal.Resepi Kerutuk Kambing dan ayam panggang menyusul kemudian.
RESEPI NASI ARAB MANDY

Bahan-Bahan A (Untuk Stok Ayam)

  • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)
  • 1 sb Ketumbar Biji
  • 1 sb Lada Hitam Biji
  • 1 sb Jintan Manis Biji
  • 1 sb Jintan Putih Biji
  • 1 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk-xperlu kupas kulit)
  • 2 inci halia (ketuk)
  • 2 labu bawang besar (belah empat)
  • 3 helai Daun Bay
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Pelaga, Bunga Lawang)
  • 7 cawan air (atau secukupnya)
  • 1 sk garam

Cara-Cara:

  1. Satukan semua bahan A ke dalam periuk, masak hingga ayam empuk.
  2. Angkat ayam ke dalam bekas lain.
  3. Tapiskan stock ayam ke dalam bekas berasingan.Buangkan segala rempah rebusan tadi (Hanya air rebusan rebusan sahaja digunakan untuk masak nasi)Ayam akan dipanggang kemudian


Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)

  • 6 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam selama 1 jam)kemudian toskan
  • 7  cawan air rebusan ayam (kalau air rebusan tak cukup, tambah air biasa)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 50g butter/minyak untuk menumis
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 helai Daun Pandan simpul
  • 1 Kiub ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit.
  • Pewarna kuning
  • Sedikit daun pudina

Cara-Cara:

  1. Panaskan periuk, cairkan butter.Tumis rempah 4 beradik dan daun pandan hingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan, susu cair, kiub ayam dan serbuk kunyit
  3. Masukkan beras basmati.Kacau sekata.Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekala)
  4. Bila nasi kering, titiskan pewarna kuning di beberapa tempat.
  5. Kecilka api, tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.
  6. Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina (daun pudina akan membangkitkan aroma nasi.
  7. Dah siap..Boleh dihidang

Nasi Mandy yg dah masak...sebelum digemburkan

Friday, June 27, 2014

Tempahan Puding Tembikai Dan Kek Karamel Coklat Moist

Assalamualaikum...
Apa khabar semua?Petang ni Pulau Pinang diturunkan ujan rahmat, terasa nyaman seluruh alam..Alhamdulillah syukur...Harap2 pasni jerebu makin berkurangan/hapus sama sekali...
Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam terutamanya pengunjung blog TMK ni..semoga amal ibadah kite diterima olehNya..amin.
Okey berbalik kepada n3 hari ni, tempahan puding Tembikai dan kek karamel..semuanya dari kastemer baru..saya pun agak confuse sebab tuan punya sama ada Sg.Dua atau USM hahaa..semua dari kawasan tu..Apa pun terima kasih semuanya.Harap berpuas hati dengan tempahan masing2.
Puding Tembikai dan Kek Karamel Coklat Moist.Tempahan Hari Rabu lepas
Tempahan hari ahad lepas
 Tempahan hari ni.Belum pick up lagi




Thursday, June 26, 2014

Terima Kasih Majalah Era Muslimah June 2014

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur ya Allah blog yang tak seberapa ini sekali lagi dilamar oleh Ketua Editor Era Muslimah iaitu kak nik (Puan Nik Fauziah Nik Hussin) untuk mengisi ruangan Selera Rasa.Kali ni temanya ialah Daging.Sebenarnya daging bukanlah menu peberet anak2 saya..jenuh juga nak mencukupkan 5 resepi tu..Tapi kak nik dah pilih siap2 resepi yang dia suka.Antara resepi yang saya kongsikan ialah Daging Masak Hitam, Daging Sekilo Bawang Sekilo (resepi kak amie), Daging Gulai Kawah,Daging Palembang dan Bamia Daging..Jom kawan2 dapatkan Majalah Era Muslimah Keluaran Terbaru Bil 25 (cover depan Anita Baharom) yg sekarang ni sudah bertudung...Jutaan terima kasih sekali lagi buat kak nik kerana poskan 3 naskah complimentary copy buat saya.Tak susah pi cari dah hihiii
 Cover depan masuk frame cantik2...hepi sangatt
3 naskah yg dihantar oleh kak nik
 Antara resepi yang dikongsi Daging Masak Hitam
 Daging Sekilo Bawang Sekilo
 Daging Gulai Kawah
 Daging Palembang
 Daging Bamia
 Last but not least..of coz tuan tanah la kan hihiii..nk juga enterframe hihiii

Tuesday, June 24, 2014

Resepi Kuih Akok Lembut Dan Sedap

Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yg mulia dan penuh berkah iaitu bulan Ramadhan....Tentunya kaum ibu pening untuk memikirkan juadah untuk berbuka puasa.Okeylah rasanya n3 kali ni dapat memberi sedikit inspirasi..iaitu kuih akok.Kuih Akok ni sangat terkenal di negeri Kelantan dan merupakan menu kegemaran kami sekeluarga..Kalau di Kelantan, tidak menjadi kesukaran untuk mendapatkan kuih ni sbb seleuruh ceruk negeri ada menjual...Bila menetap di negeri orang ni, agak susah juga nak dapatkan kuih ni....
Resepi ni diperturunkan oleh bonda saya.Katanya resepi diperolehi dari tok guru yang mengajarnya mengaji masa kecik dulu...Boleh bayangkan dan berapada abad resepi ni....Resepi zaman dulu tidak menggunakan sukatan/timbangan gram.Hanya menggunakan cawan/mangkuk/bekas yg sama jer untuk semua sukatan.Jadi berapa jumlah telur, tepung, gula tak perlu ditimbang.Cuma masukkan ajer dalam bekas yg digunakan tu..Memang old skool...Tapi saya dah modenkan sket sbb bakar guna oven.Sukatannya msih guna cara lama.Hasilnya kuih ni sangat sesuai untuk keluarga yg kecil 4-5orang makan...Jom kite semak resepi.
 Inilah hasilnya...sangat2 sedap.Bahan2 cukup ringkas, mudah dan hasilnya mabeles
Tektur cukup lembut, rasa lemak manis (manis secukup rasa) yg membuatkan tidak puas makan seketoi..

RESEPI KUIH AKOK
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)

  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam

Cara-Cara:

  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut
  5. Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.

Note:

Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut  dan menjadi akok kedut.

semasa proses membakar, kuih kembang dengan jayanya..bila masak ia akan kecut semula
Gula melaka/ gula nissan/gula kabung racik disatukan dengan 1 cawan air dan daun pandan simpul
Pecahkan telur masuk dalam cawan/bekas yg nak digunakan sebagai penyukat...Jumlah telur bergantung kpd gred telur dan juga bekas yg digunakan
Santan pekat dan tepung gandung.Gandum adalah setengah dati jumpah sukatan santan

Monday, June 23, 2014

Resepi Kari Kepala Ikan (Sos Tomato)

Assalamualaikum...
Dah lama tak bersiaran, blog ni bukan boleh ditinggal lama.Mesti jadi lemau untuk hupdet.Hari ni saya nak kongsikan satu resepi eksperimen kari kepala ikan.Sejak pandai buat kari tanpa santan ni memang bleh dikatakan setiap minggu mesti buat resepi kari.Cuma kali ni saya tidak mengguna asam jawa.Tp saya gantikan dengan sos tomato untuk memberikan impact masam dan kaler yg merah menyala (tp xpedas hahaa)Alhamdulillah satu keluarga sukakan Kari Kepala Ikan versi yg ni.Yg best tu maisarah pun makan bertambah2.
Memang sangat menepati citarasa..kuah pekat dan x begitu pedas.

RESEPI KARI KEPALA IKAN (SOS TOMATO)
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan - Bahan:          
  • 1 ketul kepala ikan jenahak  (dibelah dua)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk/blend)
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk/blend )
  • 1 cm halia ( tumbuk/blend )
  • 1 labu bawang besar (tumbuk/blend)
  • 2 kuntum bunga kantan ( dibelah 4)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit daun kesum
  • 2 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar, daun kari  dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan sos tomato dan gula merah. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan kepala ikan,daun kesum dan bunga kantan.Simbah2kan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

Tuesday, June 3, 2014

Resepi Roti Sarang Lebah (Mudah Lembut Dan Gebu)

Assalamualaikum...
Akhirnya terlaksana juga hasrat untuk menerai resepi roti sarang lebah yg sangat femes seantero maya sejak dua menjak ni.Saya ni bukanlah dikategorikan sebagai mengikut aliran semasa hihiii..sbbnya rata2 kat fb atau dunia blogging mencuba roti sarang lebah ni.Saya juga yg buat xtau ajer kikiii..Resepi pun tak ambil pot sebab saya bukanlah penyabar orangnya untuk tggu doh naik tu adeh malas bebenor bab tunggu menunggu ni.Tapi bila kekanda rosaliza dah buat..katenya senang sangat dan bahan pun simple..brlah terhegeh2 study resepi.Rupaya mmg sangat2 senang.Kalau tak ada BM (Bread Maker) atak heavy duty mixer pun xpe..korang still boleh merasai kenikmatan roti sarang lebah yg enak ni..guna ajerlah kudrat lengan tu untuk menguli...jap jer pun..Saya guna mixer sbb BM elok jer parking dalam kotak malas bebenor nk kuarkan..
Projek meroti ni saya buat hari sabtu lepas..memula ingat nk buat untuk bekfas..tp kalau bekfas msti roti dah sejuk...hurm xpolah...bila dah stat buat tu..time dok peram2..ujan turun dengan jayanya...Adeh ini dah merencatkan proses roti naik sekali ganda ni...xpo la sambil layan cerekarama..biar ajerlah roti tu mengembang..dalam kol 11.30pm..baru masuk oven.Time ni anak2 dah belayar dah..dekat2 roti nak masak tu pi kejut sat n tanya..nk makan roti...dalam mamai tu kata nk..okey sekejap lagi roti siap mama panggil.Bila siap..curah sos butterscoth n terus menikmati roti yg lembut dan sedap tu..sehingga saya terlupa untuk snap gambar muahahaaa...roti tinggal loyang dalam masa 10min jer..adeh nk buat berejam...makan 10min ajer..Walaupun penat menunggu tp seronok bila semua org tersayang makan dengan penuh nikmat.Roti panas time ujan...sebagai supper kami malam tu...Inilah hasilnya...
 pas kuar oven terus snap ngan enpon...pastu terus ngap.Tak hengat donia hihiii
yg ni seb baik nisa snap ngan enpon dia..kalau tidak mmg tadak la gambar isi dalaman roti yg gebu gebas dan sangat lembut..bab kapas gitu..Bila makan dengan sos yg istimewa tu sangat sedapppp

RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
By : LiNa Pg

BAHAN UNTUK DOH ROTI

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)


CARA PENYEDIAAN:

  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-

  • Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter

Cara Penyediaan

  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


Peringatan:

  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
  2. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


Monday, June 2, 2014

Resepi Agar-Agar Oren/Jelly Orange Dan Tempahan Jelly Orange

Assalamualaikum...
Dah lama betul tak mengasah skil dalam membuat puding/dessert.Dolu2 saya lebih suka membuat dessert berbanding kek.Tapi sekarang nampaknya membaking lebih mendatangkan rezeki.Puding ni saya tak ambil sangat tempahan sebab perlu kerja yg teliti dan ambil masa yg lama.Kali ni saya ambil juga tempahan sebab ada sahabat baik saya minta tolong..Jd untuk tidak menghampakan permintaan belia..saya buat juga Jelly Orange ni sebagai hantaran.Memang ke laut skil memuding ni..Kalau ada yg berminat untuk mencuba saya sertakan resepi dan langkah demi langkah sebagai rujukan...
Inilah dia final product Jelly Orange..saya buat simple2 jer.Harap berpuas hati
 Close up sket bahagian slices tu...macam real buah oren tak hihiii
 
Picas ni dari enpon..nampak cam warna kuning lak...actual kaler warna oren..macam buah dalam plastik tu..maybe snap memalam buta kot hihiii

RESEPI JELLY ORANGE/AGAR2 OREN
Sumber : Yani myR

Bahan-bahan

  • 5 biji limau- XL
  • 10g serbuk agar-agar
  • 5 cawan cecair (1000ml)
  • Jus perahan buah limau/oren (sukat dulu br liter)
  • 1/2 cawan gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Buah limau/oren dibelah dua.Keluarkan isinya.Saya korek guna sudu jerr
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.Tapiskan (sukat jus oren-LiNa Pg dapat jus ~400ml)
  3. Masak agar2 bersama 600ml air, garam dan gula.Masak hingga agar2 dan gula hancur.
  4. Masukkan jus buah limau tadi.Kacau sekejap.Tutup api
  5. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi.(Kulit limau/oren LiNa Pg letak atas bekas telur supaya senang nk tuang agar2)
  6. Biarkan sejuk dan jelly keras. 

 Tadaaaa inilah hasilnya...
Jelly Orang dan kek karamel coklat moist..ditempah oleh orang yg sama..Terima kasih.Gambar ni dari enpon lain sket kaler dia..actual kaler yg warna oren kat atas tu.Tempahan hari sabtu..untuk majlis bertunang dan besday
Tempahan hari ni punya..belum pick up lagi..kastemer baru neh

Sunday, June 1, 2014

Kisah Oven...

Assalamualaikum...
Sekali tengok cam Kisah Hati lagu Alyah tu hihiiii..kesah oven yg tiada kesudahan...Hari ni budget macam free sangat siap buat stori pasal oven lak hihiii..Oven pertama yg dibeli ialah jenis Pensonic kecil comey jer (19L) oven beli sesaje jer..tahun bila pun dah lupa dah..beli tu pun sebab murah sangat tak sampai rm100 pun..Memula saya mmg tak nak..tp asben kate xpe beli jer la..nnt nk wat kek atau biskut senang..nak bakar ayam/ikan pun senang.Okeylah memandangkan asben insist nk beli jer la..Sejak dari hari pertama dibeli tu..oven banyak dok dalam kotak dari diguna..maklumlah mmg tak reti membaking..Bila saya mula2 berjinak ngan myR banyak jugaklah resepi kek dan bakar membakar ni saya guna.Okeylah oven tu maybe rasa bangga kot sbb tuan dia dah mula tahu kegunaan dia kikiiii.Oven comel ni sangat disayangi dan banyak berjasa...Bila kek karamel mula mencetus fenomena..saya ambil sedikit tempahan sbb tu time tu saya berkerja jd masa agak terhad untuk buat kek order...Bila dah melepaskan jawatan tempahan makin banyak (Alhamdulillah rezeki Allah) saya agak cuak takut tak sempat nk siapkan memandangkan oven hanya satu dan kecil jer saiznya.Kami mula mencari2 oven yg besar dan boleh memuatkan 2 loyang saiz 9in sebab kek karamel saya saiz 9in...Senang kije lah kalau bancuh 2 adunan dan bakar terus 2 loyang.Hasil pencarian tu saya jumpa oven Hesstar besar gedabak (70L)memula tu sangat hepi sebab mmg senang kije..siap 2biji kek dalam satu masa...Tapi kegembiraan tu tak kekal lama..bila oven kecil tu mula buat hal (Disebabkan kegopohan saya time nk tambah air (bakar kaedah bain marie tu) air tertumpah dan kena heater element..terus padam salah satu heater....oven comey kesayangan tu terpaksa direhatkan untuk jangkamasa yg lama (setahun lebih gak tak guna)nak buang terasa sayang ngan jasanya..jadi masukkan semula dalam kotak dan simpan baik2.Mana tau ada rezeki boleh cari spare part...
Dalam masa setahun lebih tu oven besar Hesstar la digunakan sepenuhnya.Lama2 oven ni jadi x cukup panas.Bila hantar servis (Servis macam hampessss) resultnya masih sama..hurmm maybe brand ni hampess kot...Masa anibeseri asben belikan oven kecil pensonic, sama saiz ngan yg rosak tu (19L)gak..nampak cam sama ngan yg dulu tp tak serupa huhuuu.Kek karamel yg dihasilakn guna oven ni semanya bergelombang tang karamek tu.Dari segi rasa mmg menten jer, tp saya sangat tak puas hati dengan hasilnya..sementara saya ada oven baru tu..asben mula repair2 oven hesstar tu..suhu mmg tggi pas tukar temperature regulator tu..tp over heated pulak.Hurmm oven ni pulak kena rehatkan.Mmg saya terus pangkah brand hesttar ni..betul2 tak puas hati huhuuu...dalam saya susah hati sbb oven tinggal satu jer..Allah s.w.t tunjukkan jalan, bila asben gugel cari spare part untuk oven lama (yg rosak tu) rupanya ada jual...murah lak tu rm15 jer..apa lagi terus order dan asben ganti sndri jer..ALhamdulillah oven kecil lama tu kembali berfungsi dengan performance yg tip top...rupanya ada hikmah juga bila saya sayang nk buang oven tu...rupanya masih boleh digunakan..sekarang ni.Sekarang oven kecil ni jer yg saya gunakan.Pensonic yg baru tu saya guna untuk kek marble atau lain2 kek..untuk kek karamel mmg tak cantik langsung hasilnya huhuuu..
Bila asben tengok list order kek raya saya, bila mula sesak napas...sempat kek isterinya siapkan order (kek karamel)sbb oven satu jer..kebetulan dia dapat voucher SECdari tmpat , katanya boleh lah beli oven baru utk saya...Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yg sangat memahami...Terima kasih buat sumaniku...walaupun saya xminta belikan yg baru..cukuplah dengan apa yg ada skrg ni..katanya kesian nnt saya tak cukup rehat untuk siapkan order...
Kali ni saya beralih arah ke brand yg old skool Zanussi..semoga oven ni berkhidmat dengan jayanya...
Korang ada kisah oven tak?Jom kongsikan dengan saya di ruangn komen...
Hahaaa panjang lebar kisah oven ni...rasanya entry paling panjang saya taip kikiiii
 warga dapur yg baru bakal beraksi sekejap lagi ni..semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya
 oven pensonic yg dibeli tahun ni..hasilnya kek karamel semuanya bergelombang
kek karamel yg dihasilkan dari oven pensonic atas meja tu..semuanya bergelombang...huhuu..
ini oven hesstar yg dah ditamatkan perkhidmatan sebab tak cukup panas..2 jam kek tak masak2 jenuh
 oven Pensonis yg lama direhatkan..kini kembali beraksi dengan performance yg tip top..saya paling sukakan hasil kek karamel dari oven ni
 
ni salah satu hasilnya mmg cantik dan tak beralun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...