Wednesday, July 23, 2014

Tempahan Kek Buah Kukus Raya 2014

Assalamualaikum...
Hari ni tiada tayangan resepi sbb tuan umah bz sangat2 dengan Tempahan Kek Raya.Baru berjaya selesaikan Tempahan Kek Buah, yg postage saya setelkan ari Isnin, yg self pick up saya setelkan secara berperingkat.Kek Buah ni dikukus selama 4 jam sebab tu mengambil masa yg lama untuk disiapkan.Buahana campuran dikaramel terlebih dahulu, apabila masak, harum semerbak satu umah.Sebab itulah bila kastmer terima, hati meronta2 untuk dicuba..bila dah makan macam takleh nk stop lak hihiii...
Alhamdulillha segalanya berjalan dengan lancar.Malam tadi dapat respon dari kastemer yg order by postage katanya mereka sekeluarga sukakan kek buah ni..Alhamdulillah..
Malam tadi sudah setel semua yg self pick up..ada juga yg tak sempat snap gambar sbb tuan empunya sudah datang ambil untuk diberi kepada mertua untuk raya nnt..Kalau berminat untuk menempah (pas raya la yea hihi)boleh la kontek saya di fb/melalui email.Email address ada kat side bar..insyaaAllah segala email saya akan respn dengan kadar segera..
 Kek Buah order via postage..70% dah terima..selebihnya ari ni InsyaaAllah sampai la tu
Tempahan kek buah self pick up..

Saturday, July 19, 2014

Jom Buat Detox Sendiri

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua..Nampaknya hari ramai yg keluar shopping keperluan raya...tuan umah tak keluar ari sebab bz bersauna kat dapur nk siapkan tempahan kek buah kukus..Okey berbalik pada tajuk detox arini..sepanjang ramadhan ni kami mengamalkan minum minuman detox..macam2 campuran gak la yg telah dicuba..Yg paling power sekali ialah lemon, limau nipis, timun/tembikai dan juga daun pudina.Bulan puasa ni makan macam2 so kenalah flush out segala lemak tu...harap bila raya nnt badan menten slim...bila timbang so far turun sket dari 48kg turun ke 46kg..kira okey la tu....korang nak cuba x??Senang jer main potong2 n campur..masuk air sejuk..nk sedap letak madu sket...
Yg ni kalau x silap untuk heart burn.Campuran buah kiwi dan juga stoberi
 Tembikai dan mint..lupa dah untuk apa..saja buat sbb bahan2 dah ada..
 Yg ni paling strong..lemon, limau nipis, tembikai/timun dan juga mint..kalau xsuka terlalu masam bleh letak madu 1 sudu besar..yg ni rasa masam, pahit sket
hiris jer semua tu dan campurkan dgn air sejuk (peti ais) biarkan selama 12jam baru minum..kuantiti air bergantung kepada tahap 'kuat' yg korang suka..saya letak anggaran 1liter setiap bekas..

*************************************
PRAY FOR MH370 (TETAP DI HATI)
PRAY FOR MH17 (AL FATIHAH BUAT SEMUA YG BERAGAMA ISLAM)
PRAY FOR GAZA

Tak mo komen pasal ni sebab bukan pakar...jadi tak payah nk memandai bg pendapat dan buat spekulasi...kite doakan sahaja buat mereka semua yg disayangi oleh Allah s.w.t..Hanya yg terpilih sahaja diberi ujian dan dijemput olehNya

Thursday, July 17, 2014

Resepi Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan Resepi Ayam Masak Merah Madu, yang digandingkan dengan Nasi Hujan Panas dan Gulai Daging Bawang Goreng.Mood sangat malas nk menaip sebab mata mengantuk hihiii..Ok terus jer la layan gambar dan resepi. (Betul2 punya malas ni 3 baris jer n3 hahaa)
Letak gajus, daun ketumbar sket bg meriah..Tp gambar menten huru hara hahaa.Janji ada nampak rupa cam ayam masak merah, kira orait la kan

RESEPI AYAM MASAK MERAH MADU

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 3-4 sudu makan cili giling
  • 1 sk gula merah
  • 1-2 sudu makan tomato puri/sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Minyak
  • Garam, kunyit dan Gula/perasa
  • Sedikit gajus dan daun ketumbar
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ayam dibersihkan, perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan cili giling dan juga gula merah tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puri, sos tiram dan madu. Kacau sebentar
  5. Masukkan air (jika ingin sedikit berkuah).Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa jika perlu)Tak boleh terlalu masin sbb ayam dah diperasakan dengan garam kunyit
  6. Masukkan ayam, kacau hingga mesra dengan sos/kuah.Kemudian masukkan bawang besar, cili merah, gajus dan tomato. Kacau sebentar.
  7. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.Tutup api

Wednesday, July 16, 2014

Resepi Nasi Hujan Panas Senang Dan Sedap

Assalamualaikum....
Hari ni saya nk kongsikan satu resepi ringkas tapi kira spesel sket la sbb nasi berperisa.Kalau nk buat juadah berbuka boleh, juadah raya pun boleh.Nasi Hujan Panas ni kami sekeluarga makan dengan Ayam Masak Merah Madu dan juga Gulai Daging Kambing Bawang Goreng.Semuanya menepati citarasa kami..nyum..nyum.Okeylah xmo bebel panjang, terus semak resepi.Kat bawah ni resepi menggunakan dapur gas.Kalau nk guna rice cooker sila refer resepi kat SINI
 Bulan puasa ni gambar selalu kucar kacir sbb selalu snap picas dalam keadaan kelam kabut sbb saya hidang ngam2 untuk buka puasa.Maaf la yea kalau ada yg sakit mata huhuu
Ini set Nasi Hujan Panas , Gulai Daging Bawang, Ayam Masak Merah Madu dan juga acar timun

RESEPI NASI HUJAN PANAS
Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1 kiub ayam maggie
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia (tumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (B.lawang, cengkih, pelaga, kulit ky manis)
  • Minyak/Mentega/minyak sapi
  • Pewarna merah,ijo n kuning
  • Hirisan ketumbar,gajus n kismis

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak/butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan daun pandan simpul tumis sekejap supaya harum
  2. Masukkan air dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih
  3. Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati.Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)
  4. Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang kecil2 pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan ijo. Letak berasingan (jauh2 sket setiap lubang)
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa)
  6. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus n kismis

Monday, July 14, 2014

Resepi Gulai Daging Kambing Bawang Goreng (Tanpa Santan)

Assalamualaikum...
Kebelangan ni en.suami suka sangat beli kambing yang bertulang.Kalau dulu cuma daging jer (itupun sekali sekala) Bila dia bawa pulang kambing..maka kenalah saya fikirkan menu yang sesuai untuk dimasak.Jika sebelum ni saya mencuba untuk buat kerutuk (resepi dari klate) kali kena gugel lagi nampaknya..Takkan nak buat kerutuk lagi kot...maka pencarian bermula...saya selalu mulakan gugel gambar dulu.Bila terjumpa gambar yang nampak sedap..baru saya narrow down pencarian...Hati sudah terpaut dengan resepi dari negeri Terengganu iaitu Gulai Daging Bawang Goreng.Pada saya resepi agak unik sebab menggunakan bawang goreng dalam masakan..mesti rasanya manis dan sedap.So, saya selidik lagi kegunaan bawang goreng ni..rupanya untuk pekatkan kuah...okey terus set nk cube resepi ni.Ada pelbagai versi ada yg guna santan dan ada yg gaul dengan rempah dulu dan tumis kemudian..macam2 versi..So, saya ambil serba sedikit input tapi 70% saya ikut resepi kak PB sbb tidak menggunakan santan...saya suka..saya suka..macam mei mei Upin Ipin selalu cakap tu hihiiii....
Korang nak tau tak..gulai ni tersangattttttt la sedap...Kalau nk tau kenalah cuba sndri.Gulai Daging Bawang Goreng ni saya makan bersama Nasi Hujan Panas dan juga Ayam Masak Merah Madu..mmg gandingan mantap..
 Tersangatlah sedap Gulai Daging Kambing Bawang Goreng ni..resepi gulai ganu kite ni...tambah lak tak guna santan mmg suka sangat en.asben kite tu..semua makan penuh selera..

RESEPI GULAI DAGING KAMBING BAWANG GORENG (TANPA SANTAN)
Sumber : Kak Zana PB
Resepi di bawah adalah olahan dan cara LiNa Pg, rcp asal refer ke bloh kak PB
Bahan-bahan:
  • 1 kg daging kambing (LiNa Pg guna yg ada tulang)
  • 1 paket rempah gulai bunga ros
  • 1/2 paket rempah masak bunga ros
  • 4 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 1/2 in halia (blend)
  • 1/2 in lengkuas (blend)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 cawan bawang goreng - ramas/hancurkan
  • 1- 2 sudu besar susu manis (guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket)
  • 1 tin kecil tomato puri (boleh ganti dgn sos tomato)
  • 3 ketul ubi kentang (potong 4)
  • 2 sudu besar kicap manis (jika suka)
  • 2 sudu besar sos tiram (jika suka)
  • air secukupnya
Bahan tumis
  • 2 in kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Minyak
Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau dan garing.Masukkan cili giling, tumis sekejap lagi.
  3. Masukkan gula merah (gula merah akan caramelize bawang-warna jadi merah dan cantik)
  4. Masukkan pes rempah, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap
  5. Masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging.
  6. Tambah air hingga paras daging (gulai ni takleh pekat sgt),masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu manis
  7. Masak sehingga daging hampir empuk.Masukkan kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam, gula/perasa. Sesuaikan rasa
  8. Akhir sekali masukkan sedikit kicap manis, sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat
Rempah Gulai dan Rempah Masak Cap Bunga Rose

Thursday, July 10, 2014

Resepi Grill Salmon

Assalamualaikum...
Dah ada idea nk buka puasa ngan apa arini?Tiap2 ari masak otak mual beku xtau nk masak apa dah?Bila bosan makan nasi kite tukor selera ke Western lak..mmg licin...time buka ni xleh heavy sangat nnt jadi bermalas-malasan lak huhuuu...Ekceli Grill Salom ni selalu buat bila tiba bulan puasa..Kebiasaannya buat untuk sahur.Cuma kali ni saya buat untuk buka bila en.suami request nk makan yg lite saje untuk buka..Buat ajerlah..Saya perap mlm tu lagi supaya bahan perapan meresap dan mesra ke dalam isi ikan..bila dekat2 nak berbuka baru grill..(saya guna dapur gas jer).Menu iftar beberapa hari lepas..
 Grill salom saya suka makan dengan sos cili dan juga mayonis..pernah juga buat sos putih tp xkena ngan selera...less is more haha..Gambar dari hp jer ni..sori la kalau kualiti gambar kurang memuaskan..buka puasa serba nak cepat

RESEPI GRILL SALMON
By : LiNa Pg (Terataka Mutiara Kasih)

BAHAN-BAHAN

  • 4 Keping ikan salmon
  • 1 inci halia muda ( mayang )
  • 4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
  • 1 biji lemon ( ambil jus )
  • 1-2 sudu makan sos ikan ( xletak pun xpe)
  • Garam & Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit oregano
  • Minyak zaitun

CARA PENYEDIAAN : 

  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam
  2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon
  3. Taburka lada hitam, oregano
  4. Gaulkan dengan bahan putih dan halia
  5. Perap selama setengah jam (lagi lama lagi sedap)
  6. Panggang ikan hingga masak (LiNa Pg panggang guna pemanggang ajaib jer)
  7. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis...sedap..

Complete meal..carbo dari french fries..protin dari salmon dan serat dari sayur...Alhamdullilah kenyang

Wednesday, July 9, 2014

Kuih Akok Untuk Berbuka Puasa

Assalamualaikum...
Petang kemarin ada sedikit kerajinan membakar akok..sebelum posa aritu ada la testing..bila tayang kat fn ada lak kawan2 yg nak mengorder...tp selalu lupa beli daun pandan..Bila g market n beli daun pandan terus roger kawan2 yg nak order kuih akok tu..masing tak koman nk 12 biji sorang...Jom kite bako kite bako...Alhamdulillah feed back dari mereka sangat mengujakan..semua kat sedap...Bahagian kami pun dapat jugak sepiring..licin pas buka posa anak2 pun laju makan kuih akok ni...Resepi boleh tgk SINI (malas nk CnP) resepi ni manisnya sedang2 sahaja..Kalau yg suka manis tu tambah sket sukatan gula melaka/gula kabung tu..Kalau teringin nak makan akok tu boleh lah cuba buat sndri..senang jer sebenarnya
 Gambar ni saya snap ngan hp jer sbb nak cepat..
Rezeki kemarin...Tempahan Kek Indulgence...Alhamdulillah...

Tuesday, July 8, 2014

Resepi Ikan Bakar Portugis

Assalamualaikum...
Apa khabar semua?Sudah ada idea untuk masak juadah berbuka petang ni??Saya sendiri pun selalu jem tak tau nk masak apa..kadang2 berjam2 melayari internet untuk mencari idea..ada yg mendatangkan hasil, ada yg langsung tak memberi apa2 idea.Kali ni hasil pencarian ilham terjumpa di rumah MamaHawa nun di Kota Singa...Ikan Bakar/Panggang Portugis.Rasanya sudah ramai rakan2 blogger yang mencuba resepi ni...Saya tercari2 juga siapakan tuan punya sebenar resepi ni.Rupanya resepi Chef Wan...Memang sedap ikan bakar ni..isi lembut dan juicy...secukup rasa...
Bahan2 pun agak simple apa lagi terus On projek ikan bakar ni.Seperti sedia maklum ikan bakar mestilah dimakan panas2 baru la ada kick kan..Jadi saya start membakar ikan kol 7pm sambil2 layan citer Kerna Terpaksa Kurelakan tu..Bakar guna pemanggang ajaib jer..guna api kecik.Ikan masak ngam2 dekat waktu buka.Disebabkan kekalutan saya terlupa untuk snap ikan yg dah siap dimakan adeh...
Seb baik jugak la smpt snap time perap sat sementara tunggu nak bakar tu.Ada gak gambar...
Memang sedap...tak rugi cuba..tambah ak aroma daun lengkuas tu lagilah membangkitkan selera

Cara Buat Ikan Bakar Sedap, Ikan Bakar Portugis Cara Mudah Dan Sedap
Ikan Bakar Portugis....Gambar ni sebelum dibakar huhuu..disebabkan ikan ni masak ngam2 tiap buka, saya tak sempat nak snap pic yg dah masak.Rasanya memang sangat sedap.tu yg post jugak sbb rjukan resepi masa akan datang.

RESEPI IKAN BAKAR PORTUGIS
Asal : Chef Wan
Sumber Cuci Mata : MamaHawa

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 buah keras - kisar (LiNa Pg gantikan dengan serbuk badam)
  • 6 biji bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit lengkuas - kisar
  • 3 daun limau purut - hiris
  • 3 sudu makan minyak bawang putih (cara2 kat bawah)
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar penuh gula
  • foil (LiNa Pg alas dengan daun lengkuas)

Cara Buat Minyak Bawang Putih
  • 6 ulas bawang putih, tumbuk ngan kulit2nya 
  • Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
Ikan Bakar
  1. Ikan dibersihkan, kemudian kelar2 sedikit
  2. Campurkan semua bahan kisar bersama garam n gula.
  3. Letak ikan atas foil, (alaskan dengan daun lengkuas/daun pisang) gaul ngan campuran bahan kisar tadi.
  4. Tuang minyak bawang putih n tabur daun limau purut
  5. Tutup foil n bakar hingga masak.

Monday, July 7, 2014

Sup Ayam

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah masuk minggu kedua umat Islam berpuasa...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...cuaca panas tidak terlalu panas..pagi ni hujan rahmat membasahi bumi Pulau Pinang...terasa nyama semester alam...Syukur...
Okey berbalik kepada n3 hari ni, sup ayam ni tiada yang istimewa..sekadar memberi idea kepada rakan2 dan juga reader di luar sana.Puasa tahun ni saya kerap'jeng kreng' dalam menyediakan juadah berbuka.Entah kenapa selalu sangat tiada idea huhuuu..Bila tanya kepada suami dan anak2..selalunya depa bagi jawapan 'mama masak apa pun takpe, kami makan jer' huhuuuu...Buntu sudah...Kalau ada jawapan yang membantu kira ok lah kan dapat juga idea...
Bila tengok rakan2 blogger buat Sup Ayam Hadyai...teringin nak buat lagi...tetiba terasa malas lak nak sediakan bahan2 yg agak banyak tu...so, saya cari jalan pintas guna serbuk sup..kuah yang dihasilkan agak pekat dan sedap..
Ada unsur masam pedas, sedap hirup kuahnya..Rasanya tak perlu resepi kot sbb ramai yg tau buat sup kan??Su

Friday, July 4, 2014

Resepi Ikan Siakap Goreng Bersos Yang Sedap

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Jumaat, penghulu segala hari..Sedar tak sedar sudah masuk hari ke 6 kite berpuasa.Sungguh pantas masa berlalu.Sebagai ibu pening juga untuk memikirkan juadah untuk berbuka...kalau nak beli kat PaRam pun kadang2 tak tau nk beli apa.Setakat ni kami masih bertahan, tidak membeli juadah kat Pasar Ramdahan.Hujung2 puasa nnt tak tau la kan sbb bizi nk siapkan tempahan rasanya kena gak makan lauk tunjuk2.
Okeylah hari ni saya kongsikan resepi serba ringkas untuk juadah berbuka.Kalau tak silap saya buat hari ke 3 puasa tp tak berkesempatan nk update.
Ikan Siakap Goreng Bersos ni rasanya lebih kurang macam sweet and sour tp disebabkan semua flavour dari sos saya namakan ikan siakap sos ajerlah...Alhamdulillah sangat mabeles...licin dikerjakan kami semua..
Kepada yg belum ada idea nak masak boleh cuba resepi ni.Kalau tadak ikan siakap, apa jenis ikan pun boleh..ikan kembung pun boleh..Tp bukan sekor la ya..sebab kuah sos ni banyak gak.
Maaf lah gambar kucar kacir jer sebab kalut snap time nak berbuka..masak awal sket tp saya panaskan semula kuah sos waktu nak menghidang.Sedap sket makan panas2.

RESEPI IKAN SIAKAP GORENG BERSOS

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana (anggaran 600g)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 5 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar (hiris bulat)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 1 biji cili merah (hiris serong)
  • Garam , kunyit , gula/perasa
  • Minyak
  • Air
Cara - Cara:
  1. Ikan dibersihkan kemudian kelar.Perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram gaul sebati.
  4. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan tomato.Kacau sebati.Masukkan air (jika ingin lebih berkuah).Renehkan sebentar hingga hirisan bawang besar agak layu dan kuah agak pekat.
  5. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa (jika perlu).Dah siap.Tutup api.
  6. Tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi

Thursday, July 3, 2014

Tempahan Kek Coklat Dan Kek Karamel

Assalamualaikum...
Hari ni tadak tayangan resepi cuma nak post Tempahan Kek Coklat Moist dan juga Kek Karamel.Agak lama juga tak dapat order kek coklat ni..Lately ramai yg menempah kek karamel cok lat moist...Tak sangka lak bulan posa pun ada gak tempahan kek.Alhamdulillah...syukur.Kalau tingin nak makan kek bulan posa ni, boleh la roger2...Kalau free saya boleh buatkan InsyaaAllah...tempahan hingga minggu kedua puasa jer tau.Lepas tu xleh order dah hingga pas raya sebab order raya dah penuh..
Kek Coklat Moist...Tempahan hari Isnin lepas
Kek ni naik tggi penuh loyang...suka2
Kek Karamel Pelangi.Tempahan kemarin punya
 Kek karamel pas masak...tadak nak buat spider web bagai...belang2 camtu jer..

Wednesday, July 2, 2014

Resepi Kerutuk Daging Kambing (Tanpa Santan)

Assalamualaikum...
Lagi sambungan n3 untuk nasi arab mandy tu..disebabkan tekak melayu maka Nasi dari Timur tengah di gengkan dengan keutuk kambing.Daging kambing en.suami beli yang ada tulang2 sket..mmg sedap..tapi lama sket nak masak...walaupun lama tp sangat berbaloi sebab sedap sangatttt (kat tekak kami sekeluarga).
Kerutuk Daging Kambing sesuai gak makan ngan nasi putih..so, bolehlah kalau nk buat juadah berbuka nanti.Kalau nk buat juadah lebaran pun sangatttt sesuai.Oh!ya..resepi kerutuk ni tidak menggunakan santan..selalunya bila saya nak mencuba resepi baru, saya akan gugel dulu..ada macam2 versi kerutuk ni.Ada yg guna santan.ikut taste masing2 la kan.Tapi pilihan saya kerutuk yg tidak menggunakan santan...Alhamdulillah sedap.
 Kuah pekat2 camni memang mabeles...

RESEPI KERUTUK DAGING KAMBING (TANPA SANTAN)

Bahan Bahan:

  • 1 kilo daging kambing ( LiNa Pg gn yg ada tulang )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 4 ulas bawang merah (blend )
  • 3 ulas bawang putih (blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 cm lengkuas (blend)
  • 4 sb cili giling
  • 1 paket kecil rempah gulai bunga ros}boleh gantikan dengan rempah kerutuk 
  • 1/2 paket kecil rempah masak bunga ros}
  • 1 paket kerisik ( 40g )
  • 1/4 cawan sos tomato/ tomato puri
  • 1 sb gula merah
  • 3 sb sos tiram
  • Garam dan gula/perasa
  • Rempah 4 beradik
  • Minyak
  • Air

Cara-Cara:

  1. Daging kambing dicuci bersih, kemudian toskan.
  2. Rempah gulai dan rempah masak disatukan, campurkan sedikit air.Jadikan pes.Kalau tak ada rempah bunga ros, boleh guna rempah kerutuk adabi
  3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik, masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
  4. Masukkan cili giling, tumis sebentar.Kemudian masukkan pes rempah.Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging kambing.Gaul sebati dengan rempah tumisan.Biarkan daging hampir empuk.Tambah air jika perlu
  6. Masukkan sos tomato/tomato puri, sos tiram,dan juga kerisik.
  7. Sesuaikan rasa,tambah garam dan gula jika perlu.Renehkan hingga daging betul2 empuk dan kuah agak pekat.
  8. Siap untuk dihidang

nyum..nyum...

Tuesday, July 1, 2014

Resepi Ayam Panggang (Nasi Mandy)

Assalamualaikum...
Bersiaran di bulan Julai..alahai kejap jer dan masuk bulan Julai.Hari ni merupakan hari ketiga kite berpuasa.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Cuaca pun seperti memahami keadaan keadaan umat Islam yg berpuasa...redup, sejuk dan sekali sekala hujan,panas pun tidak terlalu terik, Alhamdulillah...itulah kasih sayang Allah s.sw.t kepada manusia.
Okey berbalik kepada tajuk n3 ari ni iaitu Ayam Panggang sinambungan Nasi Arab Mandy.So, kena refer kepada n3 sebelumnya NASI ARAB MANDY  Ayam rebusan tersebut diguna semula kemudian diperap dan panggang.

Ayam Panggang agak tunggang langgang sebab saya menjemput adik2 datang makan kat umah..so, snap cepat2 takut sejuk lak ayam ni...kucar kacir jer huhuuu...

RESEPI AYAM PANGGANG (NASI ARAB MANDY)

Bahan - Bahan
  • 1 ekor ayam dari stok ayam (ayam rebusan nasi mandy)
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap mee goreng (Tamin)
  • 1 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • 1sk rosemery kering
  • Sedikit olive oil
Cara-Cara:
  1. Toskan ayam dari stok rebusan ayam
  2. Gaulkan dengan semua bahan di atas.Perap selama 30min
  3. Kemudian bako dlm oven suhu bergantung kepada oven masing.Bakar sekejap jer sbb ayam dah masak.LiNa Pg bakar menggunakan pemanggang ajaib jer
 Guna pemanggang ajaib ni senang..oven pun tak kotor hihiiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...