Tuesday, September 30, 2014

Resepi Ayam Kicap Pedas Madu Karipoley (Daun Kari)

Assalamualaikum...
Dah hampir tengahari ni, mesti kaum ibu pening memikirkan juadah yg bakal dihidang untuk keluarga.Tambah pulak kalau anak2 asyik nak makan ayam jer.Jenuh jugak kan kalau hari2 ayam jer..Mak2 la kena kreatif cari resepi untuk memebuhi selera anak2.Okey hari ni saya nk kongsikan satu resepi yg menjadi peberet kami sekeluarga.Bukan takat anak2 tp abah depa pun suka gak lauk ni..Alhamdulillah mmg kalau ada daun kari menu ni akan terhidang saban mggu...Nak tau keenakannya kenalah cuba sndri..
 nyum..nyum..sedapnya..anak2 akan gaul kuah ayam ni ke dalam nasi...

AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPOLEY (DAUN KARI)

Bahan Bahan

  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 1 bawang besar (hiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato (belah 4)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar manis
  • 1 sudu besar gula/gula merah
  • 1 biji cili merah - hiris
  • Garam, kunyit, gula/perasa
  • Minyak

CARA MEMBUATNYA

  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi.Sesuaikan rasa (tambah garam, gula jika perlu)
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau sebati
  6. Dah siap tutup api

Terliur x?kalau terliur cepat2 pi masak...cepat jer nak siapkan ni

Monday, September 29, 2014

Terima Kasih Majalah Aroma (Okt 2014)

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana blog kesayangan saya (walaupun hanya blog picisan yg suam2 kuku jer) berjaya menarik perhatian editor Majalah Aroma.Ribuan terima kasih buat editornya iaitu Puan siti Dimiati.Apabila mendapat lamaran untuk berkongsi resepi untuk edisi Oktober, saya agak teruja tapi cuak juga sbb agak bz dengan tempahan kek.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..Puan siti tidak tetapkan menu...cuma minta gambar dan resepi...Lagipun ianya telah sedia ada dalam blog.Jadi segalanya dapat disediakan dengan pantas..Alhamdulillah syukur..
Kepada rakan2/silent reader sila dapatkan Aroma ya sebagai tanda sokongan korag kepada blog TMK ni...bulan Oktober..sudah ada di pasaran sekarang..
Juga Tahniah buat rakan2 lain iaitu MazIlhamDapur dan Rohaisha, juga turut berkongsi dalam Aroma kali ni.
Antara resepi yang saya kongsikan ialah Kek Buah, Kek Gula Hangus, Kek Minyak, Gulai Kambing Bawang Goreng, Kerutuk Kambing dan Puding Karamel Tanpa Telur.
Terasa agak bangga bila blog muncul dalam majalah Aroma yg sangat terkenal dengan resepi2 hebat..Kebanyakan chef2 yg muncul dalam ni..terasa kerdil diri ini
 Resepi saya page 40-43...
 Tak tau nak kata apa dah...hepi sangat...
 Terasa bangga bila melihat hasil masakan berada di media cetak...keseronokan yg sukar digambarkan..
Alhamdulillah...

Sunday, September 28, 2014

Red Velvet Black And White Cake For My Hubby's Birthday

Assalamualaikum...
Bersiaran di hujung mggu...Kira rajin la ni wat n3 hari mggu kan hihi...Kemarin merupakan hari kelahiran bagi Arjuna chenta hati beta...iaitu suamiku tersayang yg ke-40...Hurmmm dah masuk 40tahun dah my asben...Bersempena umur yg berganjak ke angka 4 tu saya buatlah kek spesel untuknya....Diinspirasikan dari 2 jenis kek kesukaan kami iaitu RVC dan juga Russian Black And White...Maka terhasillah Red Velvet Black And White..Cantik berseri bila ada warna merah antara hitam dan putih...
Cuba korang bayangkan rasa Red Velvet Cake yg masam manis..disulami cream cis frosting dan juga coklat ganache yg mantap..ho..ho...sangatlah sedap...(sedap kat tekak kami la)
Disebabkan resepi hanya cube2..saya tak letak resepi la...korang boleh gunakan mana2 rcp RVC dan gabungkan dengan RBW camtu jer...Pasni jangan lak ngaku hasil ciptaan sndri lak ya...seru2 la nama cheq kat fb atau bg credit link to TMK for ideas (peace....)
 Cam biasalah...deco mmg rugged style...
 Merah menyala...disulami cream cis dan coklat yg enak...pasti memikat hihiii
Ada yg teringin nak rasa..Boleh lah order...

RESEPI RED VELVET BOLEH TENGOK SINI
RUSSIAN BLACK AND WHITE TENGOK SINI
LiNa Pg kawenkan kedua2 kek ni untuk menghasilkan RED VELVET BLACK AND WHITE

Friday, September 26, 2014

Resepi Nasi Ayam Mudah

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Jumaat...pg ni cuaca redup jer...ada tanda2 akan hujan lagi...Alhamdulillah rahmat Allah s.w.t...bagaimana cuaca di tempat kawan2?okeylah arini saya nak kongsikan satu resepi yg ala-ala spesel sket dr nasi putih biasa tu tp agak simple jer cara penyediaannya...Saya ni jenis suka yg mudah2...kalau renyah n banyak step tu malas jugak hahaa...janji ianya sedap..
Nasi ni saya kategori sebagai di persimpangan dilema gitu...kenapa sbbnya xtau nak kata nasi ayam tak juga sbb saya x buat kicap dan sos cili...sy gantikan dengan sambal belacan dah jadi macam Ayam Penyet lak...Nasi Ayam ke Nasi Ayam Penyet ke...tak kesah la..janji semua yg dalam rumah ni kata sedap...tambah lak abang long lagi suka buat camni sbb dia sangat sukakan sambal belacan tu.
Nasi Ayam, sup, Ayam goreng berempah, sambal belacan dan ulaman..Alhamdulillah..kenyang

NASI AYAM MUDAH

A) SUP
Bahan-Bahan

  • Sedikit ayam (LiNa Pg gunakan tulang2 ayam jer)
  • 1 paket rempah sup serbuk (jadikan pes)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang 
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 helai daun bay (kalau xde xyah letak)2
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garam/gula (perasa)
  • Minyak/mentega
  • Air

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak/mentega, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang,daun bay dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan pes rempah sup.Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam (tulang ayam) kacau sebentar.Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi)
  4. Kalau guna ayam, biarkan hingga ayam empuk.Sesuaikan rasa.Tutup api


B) AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 1 kiub ayam maggi
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1/2 inci halia (tumbuk
  • 1 sudu besar madu
  • Sedikit olive oil

CARA:

  1. Ayam dicuci bersih.Lumurkan dengan kiub ayam.Diikuti dengan rempah kari ayam.
  2. Kemudian lumurkan ayam dengan kicap manis dan sos tiram.
  3. Gaulkan ayam dengan bahan2 yg ditumbuk.
  4. Gaulkan dengan madu.Akhir sekali letakkan sedikit olive oil
  5. Perap ayam selama 30min.Lagi lama diperap lagi sedap.
  6. Goreng ayam secara deep fry dgn api sederhana.Api tidak boleh terlalu besar sbb bahan perapan cepat hangus.
  7. Boleh juga dibakar menggunakan pemanggang ajaib

NASI
Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras
  • 4 cawan sup
  • 2 helai daun pandan simpul
  • Kunyit/kaler kuning (jika suka)

Cara:
Satukan semua bahan. Masak seperti masak nasi biasa.

C) SAMBAL BELACAN
Bahan-Bahan

  • 10-15 biji cili padi
  • 3 biji cili merah 
  • 3 ulas bwg merah 
  • 2 biji tomato (buang biji-dadu)
  • 1 inci belacan
  • garam dan gula/perasa
  • Sedikit minyak
  • Jus limau nipis/kasturi

Cara-Cara

  1. Kupas bawang kemudian belah 2.Cili padi dan cili merah dipotong (supaya tak meletup semasa digoreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, dan belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.
  3. Bila hampir layu, masukkan tomato.Goreng sekejap jer
  4. Angkat kemudian tumbuk/blend.
  5. tambahkan garam dan gula/perasa dan jus limau kasturi.Sesuaikan rasa.

Thursday, September 25, 2014

Resepi Beriani Daging Kambing


Assalamualaikum....
N3 tertunggak sbb yg lain dah potong Q..bukan apa yg ni kena taip resepi malas benor nk mengarang...kalau resepi CnP tu senang..cepat jer buat hihii...Beriani kambing saya masak bersama dengan Nasi beriani..mmg gandingan yg sangat mantap....

RESEPI BERIANI KAMBING
By : LiNa Pg

Bahan

  • 1 kg kambing yg bertulang 
  • 2 paket rempah beriani maggi (jadikan pes)
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 batang karot (potong baji) 
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 2 biji kentang 
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • 2 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 cm halia (kisar)
  • Daun ketumbar (kisar) simpan sedikit untuk hiasan
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar gula merah
  • Rempah 4 beradik (b.lawang, b.cengkih,k.kayu mnis, pelaga
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • Minyak sapi/myk msak
  • Garam/gula (perasa)
  • Air

Cara

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik bersama bahan kisar, daun pandan dan cili giling.
  2. Tumis hingga wangi dan garing.Masukkan gula melaka, tumis sekejap lagi.
  3. Masukkan pes beriani, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kambing, dan kentang gaul sebati dengan bahan tumisan.Biarkan hingga kambing hampir empuk (kacau sekali sekala)
  5. Masukkan tomato puri, garam,gula/perasa, tomato, karot dan bawang besar.
  6. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.
  7. Sesuaikan rasa, masukkan cili hijau, cili merah dan hirisan ketumbar

Wednesday, September 24, 2014

Resepi Daging Goreng Jintan

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran...pagi ni hujan turun lagi dengan penuh jayanya..kemarin tidak selebat pagi ni...Seronoknya kalau mampu tarik selimut dan sambung mimpi indah hehee...Tapi apakan daya banyak tugasan yang menanti..Sementara maisarah masih, bolehlah buat n3 ringkas..janji ada hidangan yang menanti tetamu2 TMK ni...
Okey arini saya nk kongsikan resepi mudah ajer tp sedap..tengok ct dah berulang2 kali buat dan menayang sakan di fb..okey kite pun terpengaruh juga kikiii...tengok dgg ada sket jer..boleh la untuk sekali makan kami sekeluarga...
Sudah menjadi kebiasaannya saya, walaupun resepi mudah jer..tp saya tetap akan gugel jugak..mencari info2 lain..owh rupanya tuan tanah resepi ni ialah kak Ayu (Curlybabe's) terima kasih untuk kedua2 pakar masak ni...Saya panjangkan resepi kat sini pulak
simple...yet tasty

RESEPI DAGING GORENG JINTAN
Sumber Cuci Mata : ct (DZ)

Bahan-Bahan A:

  • 300g daging dipotong nipis (LiNa Pg gn dgg batang pinang)
  • 1 sudu teh jintan manis biji (tumbuk)
  • 1/2 sudu teh lada hitam (tumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih biji (tumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar biji (tumbuk)
  • sedikit kunyit

Bahan-Bahan B:

  • 1 tangkai cili merah (potong)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 tangkai daun sup (LiNa Pg xletak-xde stok)
  • 1 tangkai daun bawang (LiNa Pg ganti dgn pudina)
  • 2 sudu minyak menumis
  • sedikit cuka
  • sedikit kicap
  • garam + perasa secukupnya (LiNa pg masukkan sos tiram)

Cara-Cara:
  1. Tumis bahan A (kecuali daging) hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daging dan semua bahan-bahan lain.
  3. Masak dengan api perlahan hingga daging empuk.
  4. Sesuaikan rasa.Tutup api.Hidangkan bersama nasi putih

Tuesday, September 23, 2014

Resepi Rassam Telur (Ringkas Dan Sedap)

Assalamualaikum...
Pagi ni hujan turun mencurah2 di bumi Pulau Pinang...terasa sejuk dan nyama..Udara pun fresh jer...Time2 ujan camni kalau dapat sesuatu yg panas dan boleh hirup2 kuah camti mmg sedap kan?So apa kata kaum ibu cuba menu ringkas ni untuk hidangan keluarga...Jangn pandang sebelah mata..walaupun ringkas tp sedap.
Pestaim saya masak camni walaupun dan sepuluh tahun menetap di Pulau Mutiara ni...dari anak hingga ke abah semua bertanyakan menu masakan mama...depa suma pelik..apalah yg mama depa masak...Bila makan...suma kata sedap..Alhamdulillah...
 simple dimple....tapi sedap ya...

RESEPI RASSAM TELUR
By: LiNa Pg
Sumber : Zaliedana

Bahan-Bahan:
  • 3 Biji Telur (Boleh juga guna ikan talang masin)
  • 1 sudu teh Jintan Putih Biji (Tumbuk)
  • 1/2 Sdt Lada Hitam (Tumbuk)
  • 2 Ulas Bawang Putih (Tumbuk)
  • 4 Ulas Bawang Merah (Tumbuk)
  • 2-3 Tangkai Cili kering (potong dlm 1 inci)
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 1/2 sudu besar Pati Asam Jawa (atau secukup rasa)
  • 1/2 Kiub Pati Ayam
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk bagi nampak yellowish sket)
  • Air Secukupnya
  • Garam Secukup Rasa
  • Minyak Utk Menumis
  • Cili padi (jika suka-rcp ori tak letak cili padi)
Cara-Cara
  1. Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering.Tumis sekejap hingga nak bau.
  2. Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau,
  3. Masukkan semua bahan kecuali telur.Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji2 kedalam kuah.
  4. Biarkan sehingga telur masak n kuning telur keras..Seimbangkan rasa,Tutup api
  5. Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin n papadom..
Kalau ada yg baru baik demam/selsema menu ni akan membuka selera sbb ada rasa masam2 sket...makan ngan nasi panas dan ikan masin mmg layan abes...

Monday, September 22, 2014

Resepi Nasi Beriani Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Isnin.Hari ni bermula seisi persekolahan setelah bercuti seminggu...Nampaknya rutin harian akan kembali ke asal.Si abang agak ceria ke sekolah..tp si adik tidak begitu setelah mendengar berita malam tadi megenai paper Math UPSR malam tadi...Alahai kesiannya anak2 UPSR tahun...Banyak tul dugaan...Semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusan anak2 UPSR tahun ni dan berikan kejayaan cemerlanag kepad mereka (atas uusaha mereka sendri dan bukan menggunakan jalan pintas)
Okey la....back to the track...Nasi Beriani ni saya buat mggu lepas lagi.Lepas balik cuti2 Melaka tu..esbok dah kosong, so..ajak husband beli stok lauk pauk kat meden...nampak dgg kambing, ayam...dalam paler boleh la buat nasi beriani..memandangkan anak2 ad kat umah (kan cuti time) bolehlah diorang ulang makan..Senang mama depa xyah dah buat minum petang hahaaa..Sy menggunakan resepi yg sama cuma kali ni saya gunakan stock ayam (air rebusan dari tulang2 ayam...sebab isinya saya gunakan untuk sayur)Rasa rajin lak rebus buat stok...Biasanya saya buang cenggitu jer...
Kalau ada yg berminat nak cuba silakan....bolehlah buat juadah keluarga di hari raya haji nnt..Tak lama dah nak raya...Jom semak resepi
Letak kaler oren sket bagi berseri...

RESEPI NASI BERIANI
By : LiNa Pg

BAHAN-BAHAN:

  • 5 pot beras basmati ( cuci bersih dan rendam ~20min)
  • 5 pot air rebusan ayam (boleh guna air biasa jer)
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik (Bunga lawang, b.cengkih,pelaga,kulit kayu manis)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut.Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  4. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  5. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkitkan aroma nasi beriani ni.
  6. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasan

Set Beriani.Nasi Beriani, Ayam Panggang Beriani dan Kambing Beriani..nyum..nyummm

Friday, September 19, 2014

Cuti-Cuti Melaka (3H2M)

Assalamualaikum...
Salam siaran di pagi Jumaat..penghujung cuti persekolahan...Cuti kali ni kami sempat coti2 Mesia ke Melaka..kekonon nak bagi budak UPSR hepi sket sbb dah merdeka..Tp mood holiday spoil lak sbb kena reseat paper Sains dan juga BI..Memandangkan hotel dan booking n siap bayar dah..kite ON jugakla...nnt abes cuti kena study balik...cuti kali ni rehatkan minda...jangan stress2 okey...
Perjalanan dari Penang ke Melaka mengambil masa selama 9jam disebabkan jem teruk dari n9 ke melaka.Perjalanan Penang-KL lancar dan tiada sebarang masalah...Check in kat hotel pun dah dekat kol 6.30pm....Cadangnya malam tu nk bakar ikan bakar...tp terpaksa dibatalkan sebab semua kepenatan dan hilang selera makan..kami cuma dinner di Restoran berdekatan dengan hotel...Pada mulanya terasa malas dah nk jalan2..lepas makan ingat nk balik rest jer...odw balik ke hotel smpt singgah berembun di tepi sungai Melaka...kat sini boleh la kalau nk naik River Cruise ke hapa..Kmi cuma lepak2 jer sbb dah pernah naik River Cruise mmg enjoy...
Welcome to Malacca
 Lepak2 di tepi sungai Melaka

 Dataran Ayer Keroh...lepak sekejap jer sbb hujan
 Jom ke Muzium Kapal Selam




 Pertandingan Layang-Layang - Klebang
 A Famosa


 Belakang tu Menara Taming Sari



 Masjid Terapung Pulau Melaka
 Zoo Melaka Ayer Keroh - odw nk balik Png dah ni



 Malas nk jalan kaki..kami naik benda ni hihiii



 Coconut shake Klebang


 Sampai kol 4.30pm....en husband nk pilih ikan, kate depa..kena pilih meja dulu..ok pilih meja..of coz banyak kosong kan..awal lagi...Dah pilih meja..nak pilih ikan n seafood lak.TAPI kami tidak dibenarkan memilih ikan.Kol 5pm baru boleh pilih ikan...Pulak dah...hurmmm xpo la kami lepak2 dulu...4.50pm..beratur lagi semata2 untuk pilih sbb time ni dah ramai orang..Kalau yg kebulur tu better makan kat kedai2 lain di Umbai ni...kol 4pm pun dah boleh serve makan...
 45min..ini yg sampai...selang 15 min baru air sampai (dok menganga sejam dah la)
 pastu buah ni lak sampai....(macam hidangan percuma lak..tetiba sampai)Jgn ingat yg ni complementary yea...berbayar ni...rm4 sepinggan






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...