Friday, October 31, 2014

Tempahan Sulung Marble CheeseCake

Assalamualaikum
Alhamdulillah tempahan pertama marble cis kek, kek yg saya baru jer mencuba beberapa hari lepas.Rupanya ada yg berkenan terus merisik untuk disunting cewah...Sebenarnya bukan cara saya untuk mengambil tempahan kek yg saya tidak begitu mahir.Tambahan pula cheesecake ni saya baru pertama kali mencubanya.Memandangkan kastemer ni sudah biasa dengan saya, saya juga ceritakan kemungkinan yg bakal berlaku kepada kek, maybe akan merekah sedikit dari segi rupa (sekadar contoh) Dengan penuh confident, beliau mengatakan kek ni nak makan2 jer.Apa dikisahkan rupa, janji rasanya sedap..Okeylah memandangkan dia sangat tidak kesah dan tidak berkira tentang harga kek..So, saya terima jugaklah order Marble Cheesecake ni..Alhamdulillah..hasilnya menjadi ngan jayanya...Syukur.Harap2 kastemer saya sukakan kek ni...
Hurm ada yg nak berminat tak?Silalah risik2 email/pm saya di fb.Rasanya insyaaAllah sedap..
Marble Baked Cheesecake.Saiz 9in.
Alhamdulillah....ni komen dari kastemer yg order marble cis kek ni.Lega bila dapat komen camni.Maklumlah kali kedua buat kek ni..pestaim wat untuk makan, kali kedua untuk tempahan...
Kalau teringin nak merasa, silalah order.InsyaaAllah sedap..tektur agak fragile..cair dalam mulut.

Thursday, October 30, 2014

Resepi Sayur Betik Bersama Daun Murungai

Assalamualaikum...
Dah ada plan nak masak apa ari ni?Ekceli saya pun pening gak kadang2 xtau nk masak apa.Bila dok termenung depan peti ais..ternampak buah betik tergolek2...sian lak lama dok bertapa dalam esbok...buah betik ni saya amnil dari kampung.Petik segar dari tepi umah bonda.Ingatkan dah mengkal rupanya masih putik lagi...Isinya masih putih.Hurmmm hajat ati nk buat sayur bening betik tu, tapi kansel la..sbb muda trang tang tang lagi..So saya buat sayur biasa jer..letak sket cili giling bg nampak merah2 sket baru menarik dan berselera nk hirup kuah hihi...Sayur camni sedap dimakan bersama ikan goreng (untuk anak2 of cos la ayam goreng kan) ,ulaman cicah budu pergggg sedap
Kalau ada yg xkenal/xsuka daun murungai tu boleh gantikan dengan cekur manis (bukan daun cekur ya hihi)

RESEPI SAYUR BETIK BERSAMA DAUN MURUNGAI
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:

  • 1 biji betik/labu air 
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sb udang kering (rendam jap ngan air panas spy kembang-tumbuk)
  • 1 sd cili giling
  • Sedikit serbuk lada hitam  (kasar)
  • Daun murungai/cekur manis
  • Udang segar (jika suka)
  • 1 kiub ikan bilis/garam&gula(perasa)
  • Air secukupnya
  • Minyak

Cara-Cara: 

  1. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang tumis sekejap.
  4. Masukkan betik gaul dengan bahan tumisan.
  5. Masukkan air dan kiub ikan bilis dan serbuk lada hitam .
  6. Bila betik hampir empuk, masukkan daun murungai.
  7. Biarkan daun layu sedikit dan betik empuk.Sesuaikan rasa.Tutup api
Note: LiNa Pg gn betik agak muda dan lambat empuk.pas tumis tu kuarkan dulu udang supaya udang tak liat (overcook) bila betik empuk, baru masukkan semula udang

Tuesday, October 28, 2014

Resepi Ayam Panggang Ketumbar

Assalamualaikum...
Resepi ayam lagi?Hahaa jangan seperais..TMK ni mmg boleh kata tiap2 ada menu ayam...almaklumler anak2 suka sangat makan hayam...macam xreti2 nak makan lauk lain..adeh pening mak huhuuu...
Okeylah sebenarnya ni resepi ulangan pernah buat macam2 versi jugak.Kali ni saya buat versi asal tp kali kali ni punya gambar kureng sket sbb Penang skrg selalu hujan kadang2 mai sekali pakej kilat,petir dan angin ribut2 manja punya huhuu...Moh ler tengok gmbar..kalau yg dolu punya tengok SINI
 Ni dinner malam tadi..kang ada yg kata..mak aih awainya LiNa Pg masak kikiii..snap memalam buta ngan hujan lagi..gambar pun ntah pape..saya pun malas nk tunggang tonggek snap..nnt sejuk lak hayam..jadi redho sajalah ngan gambar ni kikiiii...xpo lah janji sedap kat tekak kami..tekak org lain saya xtau la hihiii

RESEPI AYAM PANGGANG KETUMBAR
By: LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)
Sumber : Wana
Bahan-Bahan:                        
  • 1/2 ekor ayam (LiNa Pg guna 2 keping whole legs)
  • 1 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )
  • 1 inci halia
  • 6-8 ulas bawang putih (LiNa Pg gn 4 ulas jer)
  • 3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu makan gula (LiNa Pg gn madu)
  • 1/2 sudu makan garam (Secukup rasa
  • 2 – 3 sudu makan jus limau/cuka (LiNa Pg gn sebelah hirisan lemon sj)
  • sedikit perasa (jika suka )

Cara Penyediaan
  1.  Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih…
  2. Kisar bawang putih, cili merah, halia, daun ketumbar, serbuk kunyit, gula, garam, jus limau dan  gula dgn sedikit air.
  3. Sediakan dulang pembakar kemudian susun ayam.
  4. Kelar2kan sedikit  ayam tersebut terutama bahagian isi yg tebal…
  5. Curahkan bahan kisar pada ayam…gaul2kan hingga sebati ayam dgn bahan kisarnya
  6. Perapkan sebentar (LiNa Pg perap semalaman lagi bestt) barulah dibakar…. selama lebih kurang  50 minit – 1 jam…
  7. Balik2kan ayam agar rata masaknya…sambil dilumurkan rempah/minyak ayam pada ayam tadi….
  8. Bila ayam sudah masak keluarkan ayam kemudian dipotong2 dan tuang kuahnya pada ayam tadi..
  9. Jika suka hidangkan dengan sos cili bersama daun ketumbar bersama ulam2an dan nasi panas.Ratah pun sodapppp
Note: LiNa Pg bkr menggunakan pemanggang ajaib jer..

husband suka makan salad tu sbb tu letak banyak2...saya suka makan tomato..kalau tomato ceri lagi sedap..Ayam ni kami ratah jer malam tadi...saya gorengkan ayam ala2 KFC untuk anak2..kenyang makan ayam jer la malam tadi hihi

Monday, October 27, 2014

Resepi Cucur Manis (Air Panas)

Assalamualaikum...
Hari ni nak share satu resepi mudah untuk minum petang..makan panas2 mmg sedap...Bahan2 ringkas, nak buat pun semudah A,B,C jer.Cucur ni seakan sama dengan resepi kak fida Cucur Susu Lemak Manis  cuma resepi kak fida menggunakan soda dan baking powder.Resepi ni cuma guna susu,air panas dan gandum..Lebih ringkas.Secara jujurnya saya lebih suka tektur cucur menggunakan resepi sifu kak fida tu.Korang kena kedua2 resepi ni boleh bandingkan rasa.
Saya jemput guna tangan jer time nak menggoreng tu tak gentel bulat pun..

RESEPI CUCUR MANIS
By : LiNa Pg
Sumber: Grop Masakan Resepi Ringkas

Bahan-Bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas (betul2 panas mendidih)
  • 3 sudu besar susu pekat manis (nak manis tambah ler)
  • sedikit garam
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak.
  2. Kacau menggunakan senduk kayu, bila agak suam bentuk/gentel bulat2.Kemudian goreng secara deep fry. Adunan mmg kental dan boleh dibentuk.(Lina pg tak gentel pun, jemput ngan tgn jer masa nk menggoreng..cam malas nk gentel bulat2 sbb tu macam2 pesen hasil cucur tu kikiii)
************************
SELIT ORDER PETANG KEMARIN - KEK COKLAT MOIST
2 biji kek coklat moist...order last minute punya..saya buat simple2 jer la

Friday, October 24, 2014

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Kek Karamel Dari V.V.I.P KL

Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Jumaat.Pagi ni tayang order dulu..Ptg2 kalaua rajin baru buat n3 masak2.Tempahan kemarin punya ni.2 biji Kek buah kukus dan kek karamel coklat moist.Tempahan dari KL tp self pick up di Penang ni.Datin ni ada urusan di Penang n terus ambil kesempatan tempah kek hihi..Mengikut rekod belia pernah menempah 12 biji kek buah dari saya untuk dijadikan door gift AJK semasa meeting di Hydro Hotel tak berapa lama dulu...Entry boleh tengok sini Projek Kek Buah Mega Alhamdulillah kek buah saya menepati citarasa beliau.
Kali pertama Datin ni menempah dan merasa kek karamel biasanya order kek buag jer..Kek Buah tu nk bw balik KL..so makan kek karamel dulu kat hotel hihii...
Psst..kalau teringin nak merasa silakan order...Kek Buah boleh di pos...Untuk rekod kek buah saya pernah sampai ke Johor, S'gor,PutraJaya, Kelantan, Trengganu.Kuantan, Perak, Melaka...So boleh la tmpah ya :)
Ni la komen dari Datin Sue dan doternya pasal kek karamel...saya pun tersengeh2 baca hihi

Thursday, October 23, 2014

Resepi Ayam Berempah Mudah

Assalamualaikum...
Apa khabar semua pengunjung blog TMK?Harap semuanya baik belaka.Kebelakangan ni TMK agak meriah dengan kunjungan dari serata ceruk hingga mencecah ribuan pengunjung sehari.Biasanya dalam seribu unik visitor tapi sekarang mencecah 2000++ unik visitor.Terima kasih semua yg menyokong TMK.Sayang korang ketat2.
Okey la hari ni saya nak share satu resepi mudah dan sangat cepat disediakan.Biasanya anak2 mmg suka sangat makan ayam.Naik pening juga nk memikirkan juadah ayam..Takkan hari2 nk buat ayam goreng bodow2 kot..okey yg ni ayam goreng cerdik sket sbb ala2 berempah gitew..Tp amat ringkas.Saya tidak menggunakan bawang sbb nnt minyak akan hitam dan gorengan cepat hangus...Ringkas, dan sedap anak2 mmg suka kalau buat camni.Jom semak resepi 
Nak ratah pun boleh.

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH
Bahan-Bahan
  • 6 ketul ayam (LiNa Pg gn kepak)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (kalau xde abaikan)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (kalau xde abaikan)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Ayam dicuci bersih dan perasakan dengan kiub ayam dan serbuk kunyit
  2. Gaulkan ayam dengan serbuk kari, serbuk ketumbar dan jintan manis dan daun kari
  3. Perap selama 1/2 jam.Goreng dengan api sederhana hingga masak.

simple2 jer

Tuesday, October 21, 2014

Resepi Marble Baked Cheesecake

Assalamualaikum...
Cam lamaaaa sangat tak buat cis kek..Beberapa hari lepas tengok EG post gambo kek kat fb, terus jatuh chenta..abes segala perancangan/plan nak buat macam2 kena tolak tepi sbb nk ON jugak projek membaking ciskek ni.Bila semak resepi semuanya ada..cuma shortage sket cream cis..ada dalam 350g jer.Takpe on gak...sket jer tu maybe tak menjejaskan tektur kek..Bila siap Alhamdulillah menjadi ngan jayanya.Dan kami sangat sukakan tektur kek ni..Perut yg masih kenyang ngan dinner pun masih terasa keenakan ciskek ni...so yummy.
Okey la tanpa membuang masa, jom kite sema resepi.InsyaaAllah tak menyesal korang mencubanya.Sila terjah ke blog EG sbb dia ada sertakan tips dan macam2 ilmu pasal peel/perangai cis kek..Sy CnP resepi sahaja.
Setiap suapan penuh nikmat..lembut, gebu dan sangat enak...nyum..nyum...

RESEPI MARBLE BAKED CHEESECAKE

Bahan A
  • 500g cream cheese
  • 50g gula kaster
  • 1 sk esen vanila (saya tambah)LiNa Pg tambah gak
Bahan B
  • 230g whip topping cream
Bahan C
  • 5 biji kuning telur
Bahan D
  • 120g tepung gandum
Bahan E
  • 1 biji parutan kulit lemon (saya skipkan)LiNa Pg skip gak

Bahan F
  • 5 biji putih telur
  • 120g gula kaster
  • 1 sk jus lemon (saya skip)
Bahan G (LiNa Pg gn coklat paste)
  • 50g coklat
  • 1sb susu segar
Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.
  3.  Masukkan B, pukul sebati. Masukkan bahan C, D & E, pukul lagi hingga sebati.
  4. Pukul putih telur dari bahan F hingga berbuih. Masukkan bahan2 F yang lain & pukul hingga kembang.
  5. Satukan adunan F dengan adunan cheese (langkah 3) tadi. Gaul hingga rata.
  6. Cairkan coklat pada bahan G, masukkan susu segar & gaul rata. Ambil adunan tadi (langkah 5) sebanyak 200g & satukan dengan adunan coklat. Gaul rata.
  7. Tuang 1/3 adunan cheese kedalam loyang. Kemudian, tuang pula 1/2 adunan coklat atas adunan cheese tadi. Tuang pula baki adunan cheese atasnya. Akhir sekali, tuang adunan coklat & lorekkan guna chopstick/pencungkil gigi untuk membuat bentuk marble.
  8. Bakar kek guna kaedah waterbath selama 90 minit atau hingga kek masak pada suhu 150C.(LiNa Pg bakar selama 50min)
Inilah hasilnya
 
Cantik kejadiannya..tak merekah

Monday, October 20, 2014

Resepi Potato Fritters

Assalamualaikum...
Akhirnya terjebak gak ngan fenomena Potato Fritters ni..tp rasanya dah slow down sket kat fb.Dalam 2 minggu lepas, pagi petang potato fritters ni muncul di news feed fb saya.Tapi saya pejamkan mata dulu hahaa...Fritters ni saya buat kemarin (Ahad) pas balik JJCM.Malam malas nk masak,sbb xlapar sangat.So,buat la yg ni untuk alas perut anak2.Alhamdulillah sedap.Tambah lak makan panas2...Tp budak sarah langsung x makan huhu...mmg susah tul nak tangkap selera dia..Ribuan terima kasih buat tuan punya asal/pencetus idea yg kreatif.
Sedap..rangup dan mengenyangkan...

RESEPI POTATO FRITTERS
Asal : Noraida Durani (fb)

Bahan-Bahan

  • 3 biji kentang (sagat halus)
  • 1 batang karot (sagat halus)LiNa Pg tambah-asal xde
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Cili merah (dadu halus)LiNa Pg tmbah-asal xde
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Sedikit serbuk lada hitam kasar (LiNa Pg tambah rcp xde)
  • Garam
  • Ajinamoto (LiNa Pg letak ajishio)
  • Minyak masak (utk mgoreng)

Cara-Cara:

  1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, garam,ajishio dan serbuk lada hitam kasar dalam bekas yg besar.
  2. Kemudian masukkan kentang,karot,cili merah,daun bawang ke dalam campuran tepung tadi.Pecahkan telur.Gaul sebati.
  3. Panaskan minyak masak, sudukan adunan (tekan sedikit supaya menjadi agak leper)Goreng hingga garing (kuning keemasan)
  4. Sedap dimakan bersama sos

 Sesuai untuk minum petang...

Sunday, October 19, 2014

Tempahan Kek Minyak Dan Kek Karot

Alhamdulillah...
Syukur atas rezeki dari Allah s.w.t..sejak kebelakangan ni tempahan kek agak slow..cuma ada sebiji dua jer..Tp x mengapa rezeki yg sedikit tapi berterusan itu sudah memadai.Bila tempahan tidak banyak, ada lah lebih masa untuk main2 dengan si kecil saya dan juga eksperimen macam2 resepi..Itu rezeki juga yg didatangkan dalam bentuk yg lain..Hidup perlu bersyukur...
Biasanya week end saya jarang amek tempahan sbb selalu kuar jenjalan ngan family.JJCM cam biasa hihiii..tp ari ni kek agak mudah dan sangat cepat disediakan..Okeylah boleh ajer terima.Lagipun sebiji jer..Godek2 dalam sejam siaplah sebiji kek minyak...
Alhamdulillah tempahan dari kastemer baru.Rakan fb saya...Terima kasih sudi menempah..Harap berpuas hati
 Hari ni punya. Kek Minyak 9x9in.Berminat boleh tempah.Sesuai untuk minum petang.Kek ni juga boleh di pos.
Sebelum bako...cantik belang2..dah bako belang pun ngaib hihiii...gebu gebas sangat 
Kek karot repeat order dari regular kastemer saya...buat simple2 jer dia xmo cis banyak sbb nk makan banyak katenya hahaa...Tempahan Jumaat lepas

Friday, October 17, 2014

Resepi Kari Kepala Ikan

Assalamualaikum...
Hari ni nak tayang menu siaran ulangan jer...dah selalu sangat masak kari kepala ikan, tp nak share gak resepi saja nak memeriahkan n3 kat blog hihhii...Rasanya semua orang tau kot masak kari kepala ikan ini..Cuma kari kepala ikan ni istimewanya tidak menggunakan asam jawa sebagai agen pemasam dalam masakan..Saya menggunakan sos tomato mmberi impact masam yg agak lite tidak terlalu tajam seperti asam jawa.Kalau ada yg bertukar selera dari resepi yg agak cliche tu bolehlah cuba resepi ni pulak..pasti korang akan tau perbezaan dari segi rasa..Apa yang penting anak2 lebih memilih kari kepala ikan yg menggunakan sos berbanding menggunakan asam jawa..Alhamdulillah..sekali sekala tukar selera la kan hihi..Jom kite semak resepi
Ekceli kuahnya agak pekat, tp saya snap time panas2 lagi..nampak cam ceroi sket la..Bukan apa kalau tak snap cepat2 mmg tinggal pinggan jer la haha..

RESEPI KARI KEPALA IKAN

Bahan - Bahan:
  • 1 ketul kepala ikan jenahak/apa2 pun boleh (dibelah dua)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk/blend)
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk/blend )
  • 1 cm halia ( tumbuk/blend )
  • 1 labu bawang besar (tumbuk/blend)
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan hirisan bawang besar, daun kari  dan halba campur hingga naik bau dan garing.Masukkan bahan tumbuk/kisar dan cili giling.Tumis hingga garing 
  2. Masukkan pes rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan sos tomato dan gula merah. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan kepala ikan, Simbah2kan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

Thursday, October 16, 2014

Resepi Kacang Buncis Tumis Belacan

Assalamualaikum...
Dah siap dah masak untuk lunch ari ni, saya kongsikan dulu resepi Kacang Buncis tumis Belacan.Kacang buncis ni saya buat sket jer sbb ada masak kari kepala ikan dalam tu dah ada bendi Okey la tanpa membuang masa, xmo bebel panjang sebab sat lagi nk kuar lak g kedai bakery beli barang2 dan sekali jalan amek si kakak balik sekolah.Jadi semuanya kena speed up.
Okey saya share juga resepi goreng belacan ni walaupun ringkas sekadar bagi idea kepada mama2 di luar sana heheee...
 Ringkas dan mudah..itulah pilihan saya hehee..janji sedap dan menepati selera keluarga.Guna bendi pun boleh

RESEPI KACANG BUNCIS TUMIS BELACAN
Bahan-Bahan:
  • 15 batang kacang buncis (potong serong)
  • 1/2 batang karot (potong bentuk batang mancis)
  • 1 biji bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji cili merah (tumbuk)
  • 1/2 inci belacan (tumbuk)
  • 2 sudu besar udang kering (rendam dlm air pns-tumbuk)
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • Minyak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau
  2. Masukkan kacang buncis dan karot, gaul sebati.Masukkan kiub ikan bilis.
  3. Kacau sebentar hingga sayuran agak layu sedikit.
  4. Tutup.Dah siap
Ratah pun sedap

Wednesday, October 15, 2014

Blog TMK Di Carta Ke 15 - Top Food Blogs

Assalamualaikum...
Dah malam baru boleh buat n3...kali ni cuma nak cerita pasal Top Food Blogs Indonesia..Saya baru saja joint web ni kemarin..bila check blog kesayangan saya ni berada di carta no.17..malam ni berada di tangga ke 15 hehee...Alhamdulillah..walaupun sepi tanpa n3 tapi kedudukan TMK telah bernganjak 2 anak tangga..
Tahniah buat kak amie (Amie's Little Kitchen) berada di carta ke 8.Ramai juga blogger lain yg mendaftar dalam web tersebut.Rasanya lebih kurang macam KR jugak la..cuma yg ni tak perlu CnP setiap n3
Ada yang berminat nak joint sila klik Logo hijau right top corner blog TMK atau boleh singgah ke sini mytesteindonesia.com
Okey la tu..baru 2 hari melepak kat sini..

Tuesday, October 14, 2014

Resepi Puding Telur Mata Kerbau

Assalamualaikum...
Ada yang tertunggu2 n3 terbaru dari TMK ke?Maaflah tuan umah msak menu biasa2 ajer kebelakangan ni.Kemarin pun cuma masak gulai Ikan Aye/Tongkol pastu goreng telur dadar dan sayur simple2 ajer..Memandangkan tak bizi ngan sangat, sempat la godek2 wat puding.Agak lama juga tak test skill buat puding asyik membaking jer kan..Kek orang lak tu hahaa..
Okey back to track...Puding telur mata kerbau ni pernah melintas di newsfeed fb saya..maybe ada kawan2 yg share (kot) tp bila cari balik x jumpa pun.xpe la kite gugel jer mesti hado la tu.Rupanya Puding bentuk telur mata kerbai ni berasal dari Tanah Seberang..dikenali sebagai puding mata sapi..tp kebanyakan menggunakan jely bereperisa oren, pastu bahasa lak saya tak berapa nak faham...So, buat eksperiment ajer la...Saya menggunakan basic puding/agar2 yg biasa ajer..Cuma ambil sedikit untuk diwarnakan kuning...Selebihnya biarkan warna asal (putih).Alhamdulillah percubaan berjaya...Kalau ada yg berminat nak cube dipersilakan...Tapi pasni jangan ngaku resepi sndri dah la ya...Kalau facebooker tu rajin2 la seru nama saya (peace)
Macam real punya telur mata kerbau kan?Tipah tertipu lagi

RESEPI PUDING TELUR MATA KERBAU
By: LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 600ml air
  • 1 tin susu cair 
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • Sedikit pewarna kuning
  • Acuan lompang dan bekas
Cara-Cara:
  1. Satukan agar-agar, air, gula.Masak hingga agar-agar dan gula hancur.
  2. Tuang susu cair ke dalam adunan.Kacau sebati.Biarkan mendidih.Tutup api
  3. Cedukkan satu setengah cawan adunan ke dalam periuk lain.
  4. Masukkan pewarna kuning dan tepung kastad.
  5. Kacau hingga nampak likat.Tuang ke dalam acuan kuih lompang.Biarkan bahagian telur kuning mengeras
  6. Bila keras, keluarkan dari acuan, letakkan dalam bekas yg sesuai, tuangkan adunan putih.
  7. Bahagian kuning mestilah menonjol sedikit dari bahagian putih.Untuk menampakkan bentuk telur mata separuh masak.
  8. Sejukkan...bila puding telah keras, siap dihidang...

Puding Telur Mata Kerbau tapi puding yang tidak menggunakan telur langsung...sedap..tektur lembut2 ala-ala2 telur mata
LiNa Pg gunakan acuan kuih lompang untuk membentuk kuning telur..

Monday, October 13, 2014

Barangan Lama-Timba Upih/Upeh

Assalamualaikum...
Bertemu kembali di pagi Isnin.Pagi ni tak ada resepi..maybe petang2 atau esok ajerlah sbb ari sabtu masak menu kg yg biasa2 ajer...ari ahad seharian kuar meronda JJCM...yg masak hari ni...esok la br buat n3 hihiii..Biasanya n3 tertangguh ler...
Okey berbalik kepada tajuk n3 ari ni, kesahnya kemarin kuar JJCM ke Bukit Jambul.Biasanya setiap mggu kami akan ke Mydin untuk beli barangan dapur.Disebabkan kemarin kuar awal untuk membeli belah..kami terus jer makan kat Food Court...odw ke fud cot tu ternampak kedai barangan kraf (ntah bila ada kat situ sbb lama xmakan kat fud cot BJ tu)terus emergency brake.Masuk jer la tinjau kawasan hihi...mula2 belek2 cam menarik, tengok harga..aisey murah jer...amek nyiru dulu yg bentuk segitiga.Actually nyiru ni ada beli kat Melaka masa pi cuti sekolah bln 9 yg lepas.Tp yg ini hasilnya lebih kemas dan cantik, murah lak tu...terus bagi kat cashier...sambil kepala dongak ke atas tengok2..tetiba terpandang suatu benda yg menarik, bila tanya katanya timba upih.Wah cam menarik ni...zaman saya dulu, tak sempat guna timba upih..walau pernah merasa mandi air perigi/telaga.Timba yg digunakan adalah baldi besi...itu pun sekejap jer sebab lepas tu dah ada air paip.Terus minta sales girl tu amekkan...Tengok2 harga..owh..murah jer...bolehlah beli.Sah2 anak2 saya tak kenal benda ni...Boleh lah simpan wat koleksi...
Kalau ada yg tak kenal..meh kite tengok camana rupa Timba Upih ni...
Timba upih digunakan untuk menceduk air dari telaga/perigi...sejuk giler beb kalau mandi air telaga jaman dolu...

Saturday, October 11, 2014

Terima Kasih Nuffnang...Alhamdulillah Rezeki

Alhamdulillah...
Hari ni cuaca jerebu jer kat bumi Pulau Pinang ni...pagi tak ke mana2 just lepak2 kat umah jer..lagipun Nisa ada sekolah ganti..Masak pun dah siap..so, ada masih untuk belek2 blog n cek nuff..wah sekali dah buka..tu syok lak tengok..nampak ada BE menyinggah 5 kempen..syukur..Tetiba tangan terasa nak klik 'view all'...Ya Allah terkejut bila tengok rupanya ada 15 kempen sedang on going...syukur YaAllah atas rezekiMu melalui Nuff...Terima kasih banyak2 Nuffnang...
Kawan2 bloggers sekelian cer check akaun masing2..insyaaAllah ada lah yg menyinggah tu
Tak boleh nak print screen besar dah sbb xmuat ngn BE tu...Ya Allah syukur...Tenkiu Nuffnang

Friday, October 10, 2014

Tempahan Kek Karot/Carrot Kek Dan Kek Coklat Moist

Alhamdulillah...
Tempahan selepas raya haji..setelah berehat panjang...Hurmm membaking ni bukan boleh ditinggal lama..nnt mood jadi lemau dan terasa sangat malas..Kali kek karot lagi, walaupun kek karot bukanlah kepakaran saya..masih R&D gitew...Dis time pun buat yg ada walnut..kalau untuk makan2 saya tak letak walnut sbb anak2 tak suka kekacang..Untuk jualan kena letak..maybe kastemer suka ada unsur crunchy dalam kek tu...Kalau ada yg teringin roger2 la ya...Tp kena awala sket sbb kat umah karot akan jadi 'sayur' hihiii...bukan untuk kek..
 Carrot kek n walnut, topping cream cis frosting.Saiz 9in, berat ~2kg.Cubaan membuat basket wave huhuu...sadis lak tengok 'pagar2' tu gajah pun bolos.Regular kastemer gak ni
Kek coklat moist...tempahan regular kastemer

Thursday, October 9, 2014

Resepi Asam Pedas Daging

Assalamualaikum...
Masih banyak lagi daging korban pemberian jiran2 atau kaum keluarga?Atau sudah jemu makan daging gulai, singgang, sup?Hurmm apa kata buat asam pedas lak ngan daging tu..sedap tau...Tambah lak kalau makan buat kuah banjir....Dah nama pun asam pedas kan?mesti lah kena sedikit masam dan ada pedas2 sket.Tapi saya masak ni versi mesra kanak2..pedas manja2 jer..Maisarah pun boleh makan...Alhamdulillah memenuhi selera juri2 kat rumah ni..Owh ya..asam pedas ni lain sket sbb tidak menggunakan daum kesum..hanya menggunakan daun limau purut.Rare kan?Aroma daun limau purut tu semerbak satu umah.Itupun sudah membangkitkan selera ahli keluarga.Tak sabar2 nak makan heheee...Jom kite semak resepi :)

Memang tak menyesal....Anak2 puji sedap sangat kate depa asam pedas ni..Alhamdulillah

RESEPI ASAM PEDAS DAGING
By: LiNa Pg (TMK)
Sumber : Kak Amie Little Kitchen
Asal : Masakan Tradisi Melayu Melaka

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg daging lembu tetel
  • sekepal asam jawa - ambil airnya 2 mangkuk
  • 10 helai daun limau purut
  • 2 batang serai - dititik
  • garam secukup rasa
  • 1 inci lengkuas - dititik

Bahan untuk menumis - dihiris

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 camca halba
  • 1/2 cawan minyak masak

Bahan giling lumat/blend

  • 20 tangkai lada kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 camca besar jintan manis
  • 1/2 camca besar jintan hitam
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan

Cara Memasak:

  1. Bersihkan daging, toskan.
  2. Pijarkan minyak, masukkan halba, biarkan beberapa saat, kemudian tumis bawang yang dihiris. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan bahan giling/blend, masak hingga garing. Masukkan daging, lengkuas dan serai. Masak sehingga daging empuk. Jika perlu, tambah sedikit air. Tutup periuk.
  4. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, garam dan daun limau purut. Biarkan hingga kuah mendidih.


Tuesday, October 7, 2014

Tempahan Carrot Cupcakes,Kek Buah,Kek Karamel Dan Kek Gula Hangus

Alhamdulillah...
Disebabkan kekangan masa saya cuma mengambil sedikit sahaja tempahan kek.Inipun disebakan kastemer menempah seawal bulan Syawal lagi untuk juadah hari raya Aidiladha..yg mana saya telah confirmkan mmg saya buat..yg nak tempah last minute tu mmg saya tak terima dek kebizian.Semua ni ditempah oleh regular kastemer.Terima kasih semuanya..
Carrot cupcakes dan kek buah..tuan yg sama
16pcs..pestaim buat jualan dalam cuppies
 ada belen beberapa biji..dapat saya dan anak2 makan sket hihi..sedap..nak cuba jom order..
 kastemer req nak walnut juga dalam carrot cupcake ni
  
Kedua2 ni kastemer baru, sebiji dipos ke Johor
Kek Gula Hangus dan kek karamel

Thursday, October 2, 2014

Resepi Ayam Kandar

Assalamualaikum...
Dah petang baru sempat hupdet blog..agak bz sket ari...Apa yg di bz kan pun xtau la...Ni pun buat n3 cepat2 sebab sat lagi nk kuar amek Nisa blik sekolah pulak..hurmm kesian anak mama..exam UPSR belum selesai lagi tp sudah kena attand latihan sukan dan juga latihan senamrobik untuk persembahan Hari Sukan nnt..alahai cikgu2 sekolah awat la tak buat sukan tu awal tahun..awal2 dah setel kan senang..ni dah hujung tahun sukan tahunan pun tak buat lagi..UPSR pun tak setel huhuuuu...
Okey lah back to track.Hari ni saya nak kongsikan resepi ayam..ayam lagi huhuuuu...sampai naik pening kepala hari2 masak ayam..Kali ni saya gugel terjumpa di dapur myR..adeh lama betul xmasak ayam/dgg kandar ni.Bila tengok report di myR last punya tahun 2009 saya masak daging kandar..Kali ni saya gantikan dengan ayam..dua2 pun sedap..Jom kite semak resepi
 Alhamdulillah sedap..makan ngan nasi atau roti

RESEPI AYAM KANDAR

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia(tumbuk)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi (LiNa Pg terlupa nak letak...haish ptt pucat)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam, kunyit dan perasa

Cara-cara

  1. Ayam cuci bersih.Perasakan dengan garam kunyit.Goreng 3/4 msak.Ketepikan
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan ayam (yg telah digoreng td)
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi.Sesuaikan rasa
  7. Renehkan sehingga kuah menjadi pekat.Dah siap.

 Kuahnya agak pekat..mmg suka pesen ceggini..cubalah
Versi live dari kuali..yg back up sebenarnya untuk facktor keselamatn kikiiii. In case lauk abes sebelum sempat pose..boleh tepek gambar ni untuk rujukan resepi kikiii

Wednesday, October 1, 2014

Resepi Ikan Bakar Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober dah.Terlalu cepat masa beredar..Terasa seperti kite baru jer sambut taya puasa..dah tinggal berapa hari jer lagi nak sambut raya haji pulak..
Okey la kite pun tak boleh membazir masa, terus jer ke n3 hari ni.Kali saya nak kongsikan satu resepi yang sangattttt senang dan cepat yang penting sedap.Dua tiga ari lepas, saya singgah di rumah kak amie yg menghidangkan ikan bakar..wow..sungguh menggoda jiwa raga.Bila semak resepinya..alahai simple sangat bahan2 yang digunakan.Kebetulan ikan pulak ada stok  apa lagi dengan pantas terus mencuba.Menurut kak amie..resepi tu diambil dr blog kak Azie Kitchen..tp tiada sukatan..Jd saya CnP saya rumah kak amie..Sukatan yg kak amie berikan untuk 1kg ikan..saya cuma ada 4ekor jer ikan kemubung.Agak malas nak kurangkan sukatan.Saya tambah seekor ikan siakap...Ya ampun sedap betul yg gunakan ikan siakap ni isinya manis..husband saya ratah gitu ajer..Tambah lak makan panas2 (yg ni saya tak snap gambar cuma ikan kembung jer ada gambar)
Apa pun terima kasih kepada kedua2 pakar masak kak amie dan kak azie.Jom semak resepi
Simple tapi sedap..bahan2 pun sangat mudah...

RESEPI IKAN BAKAR MUDAH DAN SEDAP
Sumber Cuci Mata: Kak Amie (Little Kitchen)

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (LiNa Pg gn 4ekor kembung 1siakap)

Bahan Perencah:

  • 1/2 cawan pati santan 
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam / perasa pilihan (LiNa Pg gn 1/2 kiub ikan bilis)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh susu pekat

Cara:

  1. Ikan dibersihkan.Perasakan garam kunyit.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan perencah.
  3. Panggang atau bakar ikan. Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah.
  4. Balik-balikkan ikan
  5. Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
  6. Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.

saya perap ikan dengan perencah dan bakar terus..Kes tak bagi arahan kikiii..Apa pun mmg sedap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...