Wednesday, February 4, 2015

Resepi Puding Roti Bakar Sos Kastad

Assalamualaikum...
Baru balik dari hantar Maisarah ke tadika, cepat2 buat n3.Jap lagi nak masak pulak..Segalanya serba pantas sekarang ni..Bz tul jadu supermama ni..Okeylah Puding Bakar terhasil bila mana sebungkus roti  tak terusik tgk date nak expired dah..nak buat puding roti marble yg dah biasa sangat...Bosan gak agak repeat yg tu jer.So saya godek2..jumpa yg versi kukus..malas benor nk kuarkan kukusan..cari lak yg versi bakar...Terjumpa umah hana (mana la hana pi...rindu tul kat dia...tetiba touching lak huhu) Tengok bahan2 semua ada..apa lagi ON terus la projek Puding Roti Bakar ni..Sat jer nak buat pun..nk makan lagilag sat kikiii...Sambil2 tnggu puding dibakar, terus godek2 buat sos kastad.Okey lah meh kite tgk resepi..
Sesuai untuk minum petang..Makan satu pun dah kenyang sbb ada roti, telur dan susu..

RESEPI PUDING ROTI BAKAR SOS KASTAD
By : LiNa Pg
Sumber : Hana n Syapex

Bahan-bahan 
7-8 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (LiNa Pg xletak)
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis (LiNa Pg guna sultana)

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)

Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

***LiNa Pg buat setengah adunan dia atas guna remekin dapat 6 bekas remekin

6 comments:

asyifa mustaffa said... Balas

Lelehan sosnya itu...! Tempting!!!

Bbwana adienia said... Balas

wow, telan liur la wana tengok..tengah lapar belum minum petang lagi ni kak lina :)

usna said... Balas

saya ikut semua kecuali telur tak letak, lembik habis jadinya.
seakan akan mentah mcm before bakar dalam oven.
=(
pantang telur tapi teringin..

LiNa_Pg said... Balas

@usna
Maybe sebab x letak telur kot?sbb telur tu bg kental batter n cepat masak...or kena tambah masa membakar (oven x sama lain pulak pesennya)

Maryam Razi said... Balas

Klu sy tukar susu segar tu dgn susu cair boleh ke?

LiNa_Pg said... Balas

Boleh jer..tadak masalah

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...