Monday, March 9, 2015

Resepi Puding Nasi

Assalamualaikum...
Beberapa hari lepas ada tengok Rancangan 'Makan' di Maya HD.Program tu jarang2 jer tengok sbb lupa ari apa program Makan ni..tengok pun sekerat jalan jer.Chef buat Puding Nasi..hurmm menarik gak tu.Resepi asal menggunakan beras dimasak hingga menjadi bubur camtu.Tapi saya menggunakan jalan pintas guna nasi yg sudah masak hihi..Ni pun buat sket jer untuk test resepi.Bimbang jugak takut tak mendapat sambutan.Lagipun benda baru kan.Rupanya si Nisa suka ngan puding ni sedap katanya 'pulut' yg mama buat.Bila saya bagitau kata yang tu puding nasi terkujat dia hihi....Nasi pun jadi puding sambil buat muka kompius..kompius tak kompius abes gak satu bekas tu.Rasa puding ni agak unik sedikit...nak tau camana..kena la cuba sndri.Agak femes di Timur Tengah sana..
 Simpam sekejap dalam peti ais dah boleh makan.Rasa lemak2 nasi+susu,manis dr kismis dan crunchy dari almond(sy gn gajus) meletop2 dalam mulut camtu...kombinasi yg pelik tp sedap gak la

RESEPI PUDING NASI
Idea Asal : Rancangan Makan (Maya HD)

Bahan-Bahan (hasil 4 cup)
  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3-4 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang kulit kayu manis (sy x suka,skip)
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • Gajus dan kismis/sultana untuk hiasan
Cara-Cara:
  1. Masukkan nasi dan air ke dalam periuk, masak sekejap hingga nasi lembik (ala-ala bubur).
  2. Masukkan susu, gula,daun pandan,esen vanila kacau sebentar hingga mendidih.
  3. Bancuh tepung kastad bersama sedikit air, masukkan ke dalam periuk.
  4. Kacau hingga adunan menjadi pekat.Adunan mesti selalu di kacau supaya puding tidak bergentel.
  5. Dah siap.Tutup api.Masukkan ke dalam acuan/bekas kecil.
  6. Taburkan gajus, kismis dan sejukkan.Sedia dihidang
Kalau ada lebihan nasi yg sedikit jangan dibuang, boleh lah buat puding ni

2 comments:

Bbwana adienia said... Balas

wah, menarik sangat ni kak lina..mesti sedap rasanya kan..

kehidupan sihat said... Balas

kelainan resepi yang menarik :)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...