Tuesday, March 10, 2015

Resepi Siakap Sambal Bersama Bendi

Assalamualaikum...
Bila tengok ikan jer yg ada dalam peti ais, mula la jem xtau nk masak apa?Kalau masak ikan kembung, maka kureng berselera sket anak2.Biasanya akan back up jugak dengan ayam goreng...walaupun hanya ayam goreng bodow...Hurmmm dah yg ada ikan..ikan..dan ikan..Baik pilih ikan yg anak2 makan..kalau ikan besar cam ikan siakap ni makan pulak budak2 kat umah...adoi pening betul...So, buat ajerlah apa yg ada kat umah..Nk buat 3 rasa cam x cukup bahan..buat ala2 sambal camni la...sekali campak ngn bendi kes kejar masa tak yah buat sayur dah...sedap lak tengok anak2 ratah bendi ni hihi..Okey kalau ada yg berkenan..meh la semak resepi...Cam biasalah resepi mudah2 jer dari dapur saya ni...
 Seisi menghabiskan stok dalam peti ais hihihi..

RESEPI SIAKAP SAMBAL BERSAMA BENDI

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (cuci bersih)
  • 5 ulas bawang merah ( blend)
  • 2 ulas bawang putih ( blend)
  • 1/2 labu bawang besar ( blend)
  • 2-3 sb cili giling
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam/kunyit
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 biji cili merah ( potong serong)
  • Buah tomato ( belah)
  • Daun Bawang (untuk hiasan)
  • 4 biji kacang bendi (potong serong)
  • Minyak
  • Air

Cara-Cara:
  1. Perasakan ikan dengan garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili giling hingga garing dan pecah minyak
  3. Masukkan sos tomato, kiub ikan bilis dan sos ikan.Kacau sebati.Tambah air jika ingin sedikit berkuah
  4. Masukkan cili merah dan tomato dan bendi.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  5. Tutup api.Curahkan kuah ke atas ikan siakap yang sudah digoreng terlebih dahulu.Taburkan hirisan daun bawang.Sedia dihidang
Cukup dengan yang ini sahaja..tak perlu sayuran dah sebab dah ada sayur dalam lauk ni...Senang kan?

3 comments:

Wani said... Balas

Salam singgah...sedapnya lama x masak siakap... biasalah kadang2 kita ni reka2 je lah apa yg ada dlm pantry hiii

Bbwana adienia said... Balas

Simple tapi nampak menyelerakan tu Kak Lina..

kehidupan sihat said... Balas

salam blogwalking kak lin :)

siakap...siapa tak suka..hihi

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...