Resepi Pulut Kuning

By LiNa_Pg - Thursday, April 02, 2015

Assalamualaikum...
Lately rajin tul buat makanan jenis pulut2 ni...Sebenarnya masa balik kg SNY ada beli beras pulut.byk la wat stok...pastu pi Padang Besar beli lagi beras pulut.So, segala mak nenek resepi pulut2 ni kena try la hahaaa...Hurmmm bila tengok ada lebihan gulai ayam untuk lunch,terus rajinkan diri buat pulut kuning ni.Tambah lak ada stok santan segar..lagilah mabeles.Kiranya boleh la wat minum petang merangkap bekfas sekali..Alhamdulillah tak basi pulut ni selama 24jam.La ni xyah tunggu kenduri kendara dah kalau nak makan pulut kuning.Ada kerajinan sket dah boleh makan..
Simple2 jer...nak makan sndri xperlu la berhias bagai...

RESEPI PULUT KUNING

Bahan - Bahan:
  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • Sedikit pewarna kuning
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula
  • Daun pandan
Cara - Cara:
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. 
  2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
  3.  keluarkan asam keping,bilas beras pulut dengan bersih.Kemudian toskan
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pandan/daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
  5. Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
  6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam,gula dan sehelai daun pandai yg telah disimpul.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
  7. Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kita akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni saya panggil ARUN org lain xtau ada istilah ke tak hehehe.
  8. Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak) 
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat
Sedap...

  • Share:

You Might Also Like

2 comments