Friday, June 19, 2015

Resepi Ayam Kicap Berempah

Assalamualaikum...
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam.Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa.Alhamdulillah cuaca pun tidak terlalu panas sehari dua ni..tp tuan rumah sakit2 tekak pulak..agak mencabar jugak la time2 posa ni kalau perit tekak kan?
Okey la hari ni saya nak kongsikan satu resepi ayam iaitu Ayam Kicap Berempah.Anak2 saya suka makan ayam..kalau ada kicap2 ni lagi depa suka.Harap dapat bg sedikit idea untuk kawan2 memasak juadah buka puasa ptg nnt..Jom kite semak
Hitam pun xpe la janji dapat penuhi selera anak2

RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH
By : Malina LiNa Pg

Bahan Perap
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil2)
  • Garam dan kunyit
  • 2 sudu kecil serbuk kari
Bahan Lain
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 cm halia (tumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk kari (bancuh dgn sedikit air-jadikan pes)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 labu bawang besar (potong bulat)
  • Cili merah (hiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Ayam dicuci bersih, perasakan dengan garam kunyit dan gaulkan dengan serbuk kari.Goreng ayam hingga masak.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk/kisar hingga garing.Masukkan daun kari dan juga serbuk kari tumis sekejap hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap dan sos.Kacau sekejap (kalau nk berkuah boleh letak sedikit air)
  4. Masukkan ayam gaul mesra dengan rempah tumisan.Masukkan hirisan bawang dan cili merah.
  5. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  6. Dah siap.Tutup api.Sedia untuk dihidang.

5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

Selamat berpuasa Lina.Biasa la anak2..menu ayam mmg tak pernah tinggai...poberet diaorg

Amie said... Balas

Hai Lina... selamat berpuasa. Menu begini anak-anak kita suka sangat!

Rozita Rizuan said... Balas

ASSALAMUALAIKUM SAUDARI LINA, NAK MINTA IZIN SALIN RESEPI2 YANG LINA KONGSIKAN. TERIMA KASIH.

LiNa_Pg said... Balas

@Rozita Rizuan
wslm..resepi mmg untuk dikongsikan..cuma gambar tu hakcipta terpelihara..

Fatiha Rahman said... Balas

Assalamualaikum Kak Lina, tumpang promote blog masakan ibu saya. dapurciktimah.blogspot.com

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...